






Setiap hari adalah saat yang indah untuk menimba ilmu kehidupan. Belajarlah dari pengamatan serta pengalaman sendiri dan belajarlah dari kejayaan dan kesilapan orang lain jika ingin berjaya. Jika berlaku kepincangan dalam perhitungan kehidupan anggaplah itu bukan kesilapan tetapi nilailah ia sebagai pengalaman.
Lepas makan jadi kenyang dan penat pulak. Entah pukul berapa entah, aku terlelap semula. Penat dan ngantuk sangat. Sedar-sedar dah jam 6.30pm. Menggeliat ala kadar, sambung tengok tv. Dah jam 7pm aku mandi, bersedia nak keluar pi shopping kat Jusco. Nak beli barang dapur sikit untuk adik aku yang akan datang isnin ni. Kesian pulak tak ada makanan dalam peti sejuk. Apa pulak dia nak makan nanti? Dahlah minggu depan aku oncall, dia pulak nak duduk seminggu kat rumah aku. Baik aku sediakan makanan untuk dia masak sendiri nanti. Kesianlah pulak nak suruh dia keluar beli makan. Dahlah aku tak mungkin akan balik bila time oncall.
Lepas singgah Jusco aku dan Mike singgah makan kat kedai mamak. Malam ni aku pesan mee goreng mamak. Tak tahu dah nak makan apa. Jadi blur dah pasal makan ni. Layan ajelah apa-apa pun, asalkan kenyang perut ni sudahlah.
Lepas makan kami ke Pasar Borong Selangor pi beli daging, sayur sikit dan udang. Esok ingat nak masaklah. Almaklumlah dah lama dapur aku tak berasap. Jadi nak try-try lah memasak semula. Sedap atau tak, belakang kira. Asal makan.