Pagi ni aku bangun jam 6am. Mengantuk gila, mata malas nak bukak. Aku kunci jam untuk bangun jam 6.30am pulak (sempat lagi sambung tido walau setengah jam pun). Bila bangun paksa relalah nak celikkan mata. Nak tak nak kena kemas barang sebab aku nak oncall hari ni. Keluar dari rumah jam dah pukul 7.30am. Sempat lagi lap kereta dan tengok enjin. Selamatlah jalan tak sesak pagi ni. Dapatlah aku memandu secara kuak santai...hehehe...
Bila sampai ofis selamatlah tak ada kes. Jadi sepanjang hari ni membosankan sebenarnya. Perut aku pulak tak berapa sedap. Nak kata sakit pun tidak, nak kata tak sakit pun tidak. Entahlah apa ayat yang sesuai aku nak gunakan pun aku tak pasti. Yang yakinnya perut aku cukup tak selesa.
Hari ni Jemang dan Haji cuti. Hampeh...dua-dua pulak cuti serentak. Jemang aku tak kisah sangat kalau dia nak cuti. Tapi Haji ni, dia orang penting. Apa-apa pun jangan lah orang tanya pasal dia, bosan nak menjawab. Aku sebenarnya selesa kerja sorang-sorang macam ni. Tak ada gangguan. Rasa aman keadaan sekeliling walaupun sunyi sikit.
Bila aku fikirkan balik, apa aku nak buat untuk mengelakkan kebosanan hari ni? Jadi aku pun bagilah talk pasal pengendalian spesimen kat student UiTM. Rasanya cakap punya cakap dekat satu jam lebih juga bercakap. Nampak sangat aku ni banyak berbual. Entah student tu faham ke tidak, aku pun tak tahu. Mintak-mintak diaorang faham. Korang tak faham tanya dengan aku ok...
Hari ni juga ada dua orang Houseman dari Hospital Kajang datang buat attachment kat dept aku. Pandangan pertama aku untuk diaorang; kosong pasal forensik. Macam kebanyakan Houseman dari Kajang semuanya berperangai pelik. Pelik maksudnya dari segi sikap. Aku pun tak tahu bagaimana diaorang dididik sepanjang posting kat hospital Kajang? Macam mana cara pergaulan diaorang kat sana? Berbeza dengan Houseman dari Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya. Nak cakap lebih-lebih pun ini pandangan awal aku aje. Orang kata tak kenal maka tak bercakap. Lepas berbual dengan diaorang, barulah dapat tahu perangai dan cara diaorang bekerja. Malas aku nak komen pasal diaorang. Kang kata aku ngumpat pulak. Apa yang pasti mata kita cukup tajam untuk memerhati, tapi hati kita tidak layak untuk menghukum diaorang untuk hari pertama ni.
Tengahari tadi student-student belanja makan nasik bungkus. Allah...thanks lah sebab belanja makan. Insyallah rezeki korang bertambah, amin... Petangnya aku bagi Houseman periksa tulang. Adalah sikit-sikit aku tolong diaorang. Selanjutnya aku mengadap facebook aku aje petang tadi. Bosan gila, nak tido tak lalu sebab perut aku masih tak selesa. Sayang call ajak ngeteh. Sorry lah sebab tak dapat keluar.
Malam tadi aku keluar jam 9.30pm nak jumpa Abang Marol dan Jaki kat Kajang. Abang Marol datang bercuti ke sini dari Terengganu. Jaki setakat tinggal kat sini aje (walhal dia tinggal kat Kajang pun aku jarang jumpa dia). Ini dah alang-alang keluar seronok juga jumpa diaorang. Dah lama tak borak-borak kosong. Macam kat kolej dulu. Rindu gila zaman kolej.
Asalnya janji nak jumpa kat Sate Kajang. Jadi aku pun tunggulah hampir 1 jam. Lepas tu diaorang ubah lokasi kat Perantau pulak. Hampeh...tapi sebab dah lama tak jumpa, tak ada hal lah. Memang rindu gila dengan kawan-kawan lama. Harap pun dapat jumpa diaorang semula satu masa nanti.
Ok aku nak tido lah. Mata dah berat dah ni. Kes postmortem esok ada 3. Habislah esok, mesti penat. Mintak-mintak dapat habiskan sebelum tengahari. Petang dapat lah rehat, insyallah...