Selamatlah pagi tadi aku boleh bangun awal. Walaupun mata ngantuk-ngantuk tapi larat lagi nak melangkah ke bilik air. Pagi ni aku mulakan tugasan seperti biasa. Disebabkan hari ni hari Isnin seperti biasalah akan ada Houseman baru posting kat jabatan aku. Houseman dari Hospital Putrajaya, Dr Norainon dan Dr Khadijah.
Jam 9.30am aku mulakan orientasi jabatan, kemudian ceramah tentang pengendalian spesimen medikolegal dan lawatan ke seluruh jabatan aku. Itulah rutin aku setiap pagi Isnin kalau ada 'pelawat'. Hari ni alhamdulillah tak ada kes postmortem dan wad. Bolehlah rehat sikit. Petangnya aku cuba selesaikan fail-fail yang beratur atas meja aku. Selesaikanlah mana yang larat. Dr Salmah beri ceramah untuk student dan Houseman petang ni.

Lepas waktu pejabat tadi ada kes dari wad. Lepas selesaikan kes tu aku terus tido. Entah apa yang ngantuk sangat mata ni pun tak tahulah. Mungkin tido malam tadi tak nyenyak sangat. Sedar-sedar dah jam 8.30pm. Cari-cari handset aku, tak ada. Rupa-rupanya terselit celah kerusi. Aku tengok banyak gila miscol dan msg masuk. Yang utama aku check ada tak hospital call. Kalau ada, masaklah aku. Selamat tak ada. Lega. Rupanya ramai yang call tu nak tanya pasal satu kes kejadian tembak-menembak di Taman Equine Seri Kembangan (area rumah aku tu).
Aku yang tak tahu apa-apa, terkial-kial lah nak menjawab. Dah body tu aku tak terima lagi di Forensik ni, mana lah aku nak tahu. Maklumat asal yang aku terima kata kes tu jadi dalam pukul 2pm lebih lagi, kalau ikutkan mestilah polis dah hantar ke jabatan aku kes tu. Paling lewat petang tadi mesti dah sampai. Rupanya polis baru hantar body tu malam tadi, jam 11.30pm baru nak daftar. Lambat sungguh.
Hari ni aku ambil Jemang punya oncall day. Kalau ikutkan aku dah habis oncall pukul 8am tadi. Sebab aku nak minta dia ganti aku pada 26hb ni sebab aku nak cuti. Selamatlah santai gila hari ni. Dan malam tadi ada juga beberapa kes dari wad masuk. Layanlah.
Ini petikan berita awal yang aku ambil dari BERNAMA berkaitan kes tembak menembak tu. Selamatlah esok aku dah tak oncall. Jadi kes tu Jemang yang punya. Hehehe...
TWO BANK ROBBERS SHOT DEAD
SUBANG JAYA, Oct 12 (Bernama) -- Two men suspected of committing a series of bank robberies in the Klang Valley the last two months where shot dead by police in separate incidents today.
In the first, the 22-year-old suspect was shot dead at Persiaran Equine Perdana in Seri Kembangan nearby the Jusco shopping centre at around 2.15pm.
The second suspect was gunned down a the Gohtong Jaya intersection in Genting Higlands around 3.30pm.
Selangor CID chief Datuk Hasnan Hassan when met at the scene in Seri Kembangan, confirmed both shootings but declined to elaborate.
Bernama understands that based on a tip-off, a police team had tailed the Honda Accord car driven by the first suspect before ordering him to stop.
However, the suspect sped away but was cornered at the Equine Perdana traffic light and when asked to surrender came out of his car and fired several shots at the policemen.
MORE
POLICE-SHOOTING 2 (LAST) KUALA LUMPUR
The suspect was killed in the ensuing shootout. Police recovered a .38mm revolver from the suspect.
It was a similar scenario in the Gohtong Jaya case. Kuala Lumpur CID chief Datuk Ku Chin Wah when met in Gohtong Jaya, said police recovered a loaded Smith & Wesson semi-automatic pistol from the suspect. He said a press conference on the two incidents would be held tomorrow morning.
The two suspects were believed to be involved bank robberies in Puchong Prima on Aug 21, in Seri Kembangan on Sept 15 and Taman Segar Cheras on Sept 18. They had managed to escape with RM180,000 in the three robberies.