31 October 2009

Hari ni...

Malas gila nak bangun pagi ni. Tengah hujan, sedap kalau sambung tarik selimut. Nak tak nak kena pi oncall juga. Ada satu kes postmortem pagi ni. Rasa macam tak berbaloi pulak bangun semata-mata satu kes aje. Sedar-sedar terlewat juga aku pi oncall. 9am baru nak bertolak dari rumah. Patutnya 8.30am aku dah ada kat hospital. Selamat kereta tak banyak sangat pagi ni.
Singgah kat gerai tepi jalan sekejap, beli sarapan. Sampai kat hospital waris dah ramai, polis pulak tak datang lagi. Sebelum tu baik aku sarapan dulu sementara menanti polis datang. Pagi ni aku makan mee goreng dan ayam rendang, pedas. Sedap makan time hujan ni.
Korang nampak tiket konsert Siti ni? Dah lama dan menjadi idaman aku untuk pergi ke konsert Siti. Aku memang peminat Siti dari mula dia menceburkan diri dalam bidang seni. Nak kata peminat hardcore tak lah, gitu-gitu aje. Selama ni kesempatan aje tak ada untuk aku pergi secara live untuk tengok konsert dia. Dan bila sekali lagi kesempatan tu datang, aku dengan semangatlah beli tiket ni dari Dr Salmah. Tanpa aku sedar hari konsert tu adalah hari oncall aku. Huhuhu...frust gila. Mintak-mintak aku dapat tukar jadual oncall untuk satu hari tu aje. Kalau tidak aku terpaksalah jual tiket tu. Arrrggghhh...tidakkk...

Selesai postmortem tadi aku selesaikan pulak fail-fail yang berlonggok atas meja. Asyik sangat menyelesaikan fail-fail tu sehingga aku tak perasan masa berlalu. Aku dah janji dengan sayang nak keluar lunch tengahari ni. Perut masih kenyang sebenarnya penangan mee goreng pagi tadi. Apa-apa pun sebab dah janji kenalah makan juga.
Kami ke The Mines singgah di Subway. Makan sandwich. Ini kali kedua aku makan benda ni. Kali pertama dulu pun sayang yang belikan. Best dapat makan sandwich, aku suka sangat. Nak buat sendiri malas, kalau ada orang buatkan aku makan. Hahaha...


Lepas makan kami jalan-jalan sekejap kat The Mines. Tak beli apa pun, cuma window shopping. Sempat beli majalah biasa kami aje. Lepas tu terus kami balik. Aku sampai rumah petang tadi terus tertido. Entah apa penat sangat pun tak tahu lah aku. Bangun-bangun ni tak tahulah nak buat apa pulak. Baik aku update blog sekejap. Lepas ni? Entah apa aku nak buat? Mesti bosan. Korang ada idea apa patut aku buat?

2 comments:

  1. saye pn hardcore fan siti...tolong jualkan tiket tu kat saye bole? serious nh...

    ReplyDelete
  2. Sorry lah puteri. Abg lupa nak beritahu, abg dapat pergi konsert tu. Dapat tukar cuti isnin lepas utk 14hb ni. Sebenarnya abg beli tiket tu utk hadiah hari jadi tunang abg. Insyallah abg akan post pic konsert tu kat 3 laman web abg.

    ReplyDelete