01 November 2009

Hari ni...

Pagi ni alhamdulillah cuma ada satu kes untuk postmortem. Jadi hari ni dengan rehat yang cukup aku bangun awal untuk pergi oncall. Sempat lagi singgah kat gerai yang sama macam semalam untuk beli sarapan. Sampai aje aku buat kerja sedikit sebelum tunggu yang lain sampai. Bila diaorang dahy sampai kitaorang sarapan dulu. Ni lah rezeki aku hari ni. Alhamdulillah kenyang.

Lepas makan polis masih tak datang lagi. Waris dah berlonggok kat depan kaunter. Pening betul nak melayan. Last-last pukul 10.15 baru polis sampai. Janji pukul 9am. Apalah... Aku release body pada waris pada jam 11.30am. Selepas tu memang free gila. Dah tak ada kes lain.
Kalau ikutkan hati aku, nak aje balik rehat kat rumah. Tapi atas komitmen dan kerajinan aku (hahaha...ayat poyo gila) aku pun selesaikan fail yang masih berlonggok atas meja aku. Korang boleh tengok berapa ratus fail lagi yang aku tak selesaikan atas meja tu. Tengah aku selesaikan fail atas meja tu tetiba satu fail ni aku cari tak jumpa-jumpa. Manalah pulak hilangnya. Cari punya cari sekeliling jabatan masih tak jumpa lagi. Dari jam 12pm aku cari hinggalah jam 3pm masih tak jumpa juga fail tu. Fail lain ada kat atas meja aku tu. Manalah fail tu bersembunyi. Matilah aku kalau fail tu hilang. Ni aku nak letak dalam peti besi pulak ni. Geram betul. Sakit kepala dan penat kaki aku berlari sana sini dengan harapan dapat jumpa fail tu. Tapi hampeh...tak jumpa-jumpa juga.


Jam 3pm aku ambil keputusan berhenti dari mencari fail tu. Sakit hati dibuatnya. Baik aku balik. Kebetulan pulak adik aku nak jumpa kat rumah sebab nak ambil barang dia yang tertinggal. Tengok cuaca petang tadi macam nak hujan lebat. On the way nak sampai rumah hujan dah turun renyai-renyai. Aku call adik aku, suruh dia datang lain kalilah. Hujan mungkin lebat.
Sayang pulak dalam jam 2pm lebih tadi kata nak hantar makanan tengahari yang dia masak. Aku punyalah lama tunggu kat ofis, dia tak datang-datang juga. Masa dekat aku nak balik dari ofis ke rumah, aku call dia. Dia masih kat rumah lagi. Aku malas lah nak tunggu dia, aku kata aku nak balik dan tak payahlah hantar makanan tu. Dia macam merajuk pulak bunyinya. Aku yang merajuk tunggu dia lelama, dia tak kira. Ada aku makan orang nanti (hehehe...garang tu).
Aku dah sampai rumah, sayang hantar msg. Dia kata nak datang rumah aku hantar makanan tu. Aku kata tak payah tapi dia nak hantar juga, aku ikutkan aje. Perut tengah lapar juga ni hujan-hujan. Dalam pukul 4pm sayang sampai kat rumah aku, dalam hujan tengah turun. Aku ingatkan dia nak datang lepas hujan reda. Kesian pulak kat dia. Jauh-jauh hantarkan makanan untuk aku. Tapi aku tak berbual lama. Hujan tu beb. Nak ajak masuk rumah...jangan cari pasal. Ada yang kawin free pulak nanti.
Bila aku masuk rumah, bau makanan tu menyebabkan perut aku makin berbunyi. Tak sabar punya pasal terus aku makan. Sedap gila. Udang pedas masak dengan petai dan gulai tempoyak ikan patin. Perrrggghhh...memang sedap. Licin aku bantai. Untung ada bakal isteri yang pandai masak.
Lepas makan mata ngantuk pulak. Tengah aku tengok tv tetiba mata terlelap. Selamat sedar semula sebab ada kes dari hospital. Nak tak nak aku suruh Nuar simpan aje dulu kes tu. Kacau betullah time aku nak tido. Aku bangun dan terus sambung tido kat atas.
Hari ni aku banyakkan rehat. Entah penat apa pun aku tak tahulah. Lepas ni nak buat apa pun aku tak tahu. Rasanya nak sambung tido semulalah.

No comments:

Post a Comment