08 November 2009

Hari ni...

Pagi ni celik aje mata nak mengemas aje dalam kepala ni. Kerja semalam pun masih tertangguh. Aku tido dalam pukul 2am lebih. Tak sedar dah lewat masih mengemas. Pagi ni tengah aku dok mengemas tetiba Mike masakkan jemput tepung ni. Sedap juga makan, dah lama tak makan jemput ni. Maklumlah malas nak masak sekarang ni. Jadi makanan aku pun asyik beli aje. Mana nak jual jemput tepung kosong macam ni.

Ini pulak makanan tengahari dan malam aku. Mike rajin masak hari ni. Dia masak nasik dan sup sayur tu. Ayam panggang tu dia beli. Kalau ikutkan aku, memang malaslah nak masak atau keluar makan time cuti-cuti ni. Nak-nak aku banyak kerja, lagilah malas nak keluar cari makan. Paksa relalah makan apa aje yang ada dalam peti sejuk. Selamat Mike ada, dia jugalah yang tolong sediakan makan untuk aku. Thanks.


Hari ni mulanya aku kemas kan rak buku dalam bilik bacaan. Aku kemas buku aje. Kemudian nak dekat pukul 6pm lebih aku dah naik angin. Menyusun tak kemas-kemas juga. Bilik tido tetamu masih belum selesai lagi. Aku kosongkan bilik bacaan yang dulu (untuk dijadikan bilik tido tetamu) kemudian aku masukkan barang dalam bilik tu. Inilah hasilnya. Tak kemas 100% lagi. Main letak-letak aje barang dulu.

Tapi barang-barang semuanya aku longgokkan dalam bilik bacaan baru. Hasilnya, aku sendiri tak boleh masuk dalam bilik tu. Jawabnya sabtu, ahad ni lah aku sambung mengemas. Sabtu, ahad ni aku cuti. Aku malas dah nak fikir macam mana susun atur dalam bilik tu. Nantikan ajelah Erik Leong datang deko kat rumah aku ni.

Dalam pukul 8am tadi sayang hantar msg kat aku, dia kata makciknya meninggal dunia kat Kuantan. Takziah aku untuk family dia. Masa dia beritahu aku tadi dia dah sampai kat hentian Sungai Besi, baru balik dari Kuantan melawat makciknya yang sedang nazak mulanya. Mungkin sudah sampai masanya, sayang dan mak dia tak sempat nak tengok makciknya menghembuskan nafas terakhir. Kemudian adalah msg susulan yang dia hantar kepada aku. Tetapi macam biasalah semuanya menyakitkan hati. Aku dah cuba jadi air pun, masih membara api kemarahan dia. Saja nak membakar perasaan aku. Nak aje aku cili-cili mulut dia tu. Tak sopan langsung.
Mulanya dia persoalkan aku, kenapa tak teman dia pergi ke Kuantan semalam. Macam korang tahu, semalam aku mengemas rumah seharian suntuk, sampai sakit-sakit badan aku ni. Ayat yang buat aku tak senang duduk mulanya berbunyi "...since awak x dpt tlg..sy g kuantan ngan rody esok...sy rasa..susah la sy nak mintk tlg awak...sy tau, awak mesti marah sy ckp mcm ne..tp..nie realiti...pijak la dibumi yg nyata..". Bukan aku tak nak pergi mulanya. Aku kesian juga bila tahu dia terpaksa naik bas ke Kuantan, sebab kereta dia ada kat sana, mak dia guna. Sebelum ni pun makcik dia (entah yang mana satu) pernah dikata nazak. Tapi tak meninggal time tu. Jadi dalam fikiran aku, mungkin sakit biasa-biasa aje. Aku pun dah ada plan dalam dua hari ni nak mengemas rumah. Dah terfikir dari sejak lepas tunang hari tu lagi. Jadi inilah masa aku nak mengemas bila cuti-cuti macam ni. Dia tak faham ke nak bagi aku kebebasan sikit? Yang dia tahu, apa dia nak mesti dia dapat. Aku juga yang pening melayan. Dah namanya mintak tolong, kena lah faham jika pihak yang satu lagi tidak mahu menolong. Janganlah berkecil hati. Tapi aku pun semalam ada rasa serba salah kalau tak ikut kemahuan dia untuk teman dia ke Kuantan, dan hari ni kerisauan aku semalam terjawab dengan ayat yang menyakitkan hati aku malam ni.
Bila aku kata itu perkara yang kecil dan jangan besar-besarkan (maksud aku, tak teman dia ke Kuantan) dia kata pulak "...benda kecik?..hmm..bila sy mintak tlg, sy menaruh harapan..Bharap pd awak..supaya bleh bantu sy...mendesak?? siapa mendesak?..Bila masa sy xsopan?selalu ckp sy xsopan...mintk tlg pun xsopan...standard sopan awak tinggi sgt...nmpknya sy memang dr bangsa yg xsopan...xsetaraf dgn sopan awak...". Aku maksudkan dia tak sopan sebab dari ayat dia mulanya macamlah aku tak pernah tolong dia sebelum ni. Perlu ke aku nak mengungkit apa yang dah aku tolong dia? Aku lelaki, mana nak mengungkit, dan bukan jenis aku. Disebabkan aku tak teman dia ke Kuantan dia kata aku ni susah nak tolong dia. Itu saja kayu pengukur dia? Kalau korang apa yang korang nak buat? Arrrggghhh...kepala aku dah panas.
Aku dah syak dah, mesti sayang nak kenakan aku cukup-cukup malam ni. Dia dah pasang strategi perang. Aku baru nak pacak kawat duri. Allah...apalah ujian Mu untuk aku malam ni? Tahap keimanan aku bergetar. Aku balas balik kat dia "Apalah awak ni. Istirghfar byk2. Asyik angin x tentu pasal knp? Itu lah yg sy risau bila dkt dgn awak. Kalau awak ok, sy sendiri offer nak tolong. Ni awak angin aje dgn sy, sy takut nak dkt. Mungkin awak perasan atau tidak, itu yg sy rasa. Takut". Maksud aku 'offer nak tolong' tu ialah teman dia pergi semula ke Kuantan. Aku mulanya terfikir juga nak call Boss aku untuk teman dia esok pagi, masa mula-mula dia maklumkan makcik dia dah meninggal tadi. Sebabnya aku oncall esok, peraturan oncall kena ikutlah. Bila keluar ayat sengsara macam kat atas tadi terus aku hold dulu kesanggupan aku. Aku risau dan takut dengan perangai dia yang suka mendesak macam ni. Bila aku tak penuhi permintaan dia bermakna dia akan simpan dalam hati. Dia akan gunakan tu untuk 'serang' aku dilain masa. Macam hari nilah, semalam bila aku kata tak nak ikut, dia kata ok. Bila dah nak perang dengan aku, dia keluarkan 'peralatan bom saraf' dia. Sampai sakit kepala otak aku. Aku nak tanya lah, ni ke sifat perempuan? (soalan maut untuk kaum hawa).
Kemudian dia balas yang ni pulak "...kalo sy ok, awak offer nak tolong??... Wah...br nie...awak offer nak tlg sy?...mcm xpecaya...sy mintk tlg elok2..awak kata malas...hmm..nie awak offer nak tlg sy?......." Ni dia persoalkan pulak bila aku nak tolong. Apa kes? Tolong salah, tak tolong salah. Apa aku nak buat ni weiii... Aku balas "Sy rasa jiwa awak x tenteram lah. Sy pulak jadi mangsa awak nak marah2 ni. Kan yg meninggal tu makcik awak. Bukannya 'org' dkt2 awak. Esok sy oncall, bila oncall kan cuti beku. Apalah awak ni? Tak puas hati kat mana sebenarnya? Tu ke yg awak maksudkan tolong? Bkn itu kuasa veto? Bila sy ckp sikit awak putar kenakan sy semula. Knp awak ni?" Aku faham makciknya yang meninggal malam ni. Tapi aku ni siapa? Aku cuma tunang dia aje. Dalam bab cuti perintah am pun termaktub cuma ayah, ibu, isteri dan anak-anak aje yg meninggal aku boleh bercuti. Atas belas ikhsan aje jika orang lain yang meninggal aku boleh cuti. Dan itu bukan masalah aku sebenarnya, nak cuti boleh aje. Tapi esok aku dah mula oncall. Bila oncall ini bermakna seratus peratus diri aku kena berada kat tempat oncall. Kalau sakit dan MC aje yang boleh membatalkan oncall tu. Dan oncall ni pun bukan alasannya juga. Tapi alasan yang paling besar sekarang ni sikap dia terhadap aku. Tengoklah cantik gila bahasa dia nak mintak tolong dengan aku. Kalau dia merayu dan minta tolong (dalam perkataan sebenar TOLONG) mungkin dari awal lagi aku akan teman dia.
Kemudian dari permintaan tolong kepada ayat mendesak (sama ada sedar atau tidak) dan tak nak ambil kisah pun permasalahan oncall aku esok dan tidak terfikir pun yang aku adalah kakitangan awam yang akan bertugas, dia membalas "..adik mak sy kan yg meninggal tu...xdkt lg ke?..xpe la..pendek kata..sy xleh nak harap pertolongan dr awak la...xyah pusing2..". Apalah tunang aku ni? Makcik dia bukan keluarga aku lagi pun. Memang aku faham yang dia maksudkan ahli keluarga dia yang meninggal, tapi bukan ahli keluarga aku pun. Dari aku nak ikut dia awal-awal tadi bila sampai msg yang ni aku dah jadi muak dan bosan dengan dia. Aku ke yang pusing ayat? Apa maknanya dia maksukan dengan "sy xleh harap pertolongan dr awak". teruk sangat ke aku ni? Dari suruh teman dia ke Kuantan, sehingga aku ibarat ditarik dan dipaksa untuk mengikut kemahuan dia? Ibarat kalau aku tak ikut dia bermakna aku ni tak guna langsung.
Kalau aku, dalam family aku meninggal pun, aku tak kisah pun dia nak ikut pun tidak. Sebab aku sedar dia masih tunang aku. Aku pun akan fikirkan macam mana dia nak cuti, macam mana nak berjalan jauh ke Terengganu dan mungkin dia ada hal peribadi yang dia nak buat.
Kesimpulan dari kisah ni, aku cuma nak beritahu, bukanlah aku ni zalim sangat tak nak ikut dia melawat makcik dia yang meninggal tu. Aku sendiri bertugas di bilik mayat dan aku faham perasaan dia. Cuma yang aku tak suka ialah sikap dia. Masih berdegil dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain semata-mata nak memenuhi kehendak dia. Semalam kata ok, hari ni kata tak ok pulak. Dan konsep perkataan TOLONG perlu aku kaji semula dengan dia ni. Jadi fobia pulak aku sekarang. Dan dengan sikap dia macam ni, aku risau sesuatu akan berlaku jika dia tidak mahu muhasabah diri. Aku faham jika korang pun akan rasa berkecil hati jika seseorang yang korang harap dapat membantu tetiba tak nak bantu. Tetapi dari segi orang berilmu dan berakal panjang dia akan menafsirkan dari sudut berbeza. Tak perlu kecil hati sebab secara tidak langsung akan menyakitkan hati pihak yang kita minta bantuan tadi. Dan hasilnya adalah seperti aku dan tunang aku malam ni. Asalnya dengan niat yang baik, dah dua-dua tak puas hati. Dan aku tak akan mengharapkan perkataan MAAF dari dia, sebab dia memang jenis yang tak tahu mengungkapkan perkataan MAAF. Manusia sombong, bongkak dan riak aje yang dalam hatinya tak ada perkataan maaf.
Dari aku penat mengemas dan menyepahkan barang. Tetiba pulak hilang penat tu. Kepala aku ligat pulak memikirkan permasalahan ni. Aku cuma nak seseorang yang dapat mendengar. Aku tak tahu apa yang aku patut buat dengan orang macam ni.
Oklah guys, aku noktahkan dulu penulisan aku ni. Makin aku menaip, makin meluap-luap marah aku. Dan aku sedar inilah dikatakan darah manis (tapi ni dah tak manis dah, makin menaik darah aku adalah). Apa yang dia buat sejak bergelar tunang ni akan meresap dalam jiwa aku. Tak macam dulu, aku masih boleh bersahaja. Sory lah sebab libatkan korang untuk membaca keluh kesah aku ni. Ini lah salah satu cara aku nak lepas kan masalah aku. Sebab aku tak ada siapa yang boleh mendengar masalah aku ni. Doakan ketenteraman jiwa aku ok. Amin...

No comments:

Post a Comment