Pagi ni aku bangun awal. Jam 6am aku dah bangun. Bersiap untuk pergi kerja. Pukul 8am nanti aku selesai oncall. Dah 7 hari aku oncall selama 24 jam. Selamat minggu ni tak berapa sibuk sangat. Malam tadi sampai ke pagi tadi sebelum jam 6am ada 4 kes untuk aku daftarkan. 1 kes dari wad dan 3 kes untuk di postmortem. Banyak tu...
Pagi-pagi tadi student dari UIA dah datang, ada 8 orang. Diaorang akan posting di jabatan aku selama 6 hari. Macam biasalah, aku akan beri orientasi jabatan. Hari ni juga ada dua orang Houseman yang buat posting kat sini untuk minggu ni. Aku terpaksa beri orientasi secepat mungkin sebab postmortem dah nak mula.
Hari ni cukup sibuk sebab banyak sangat kes. Bertambah pulak kesnya dari 4 aje. Lantaklah. Aku cuma nak habiskan aku punya fail yang bertimbun atas meja tu. Plan aku dalam minggu ni separuh atau suku dari fail-fail tu dapat aku selesaikan. Insyallah...
Tengahari tadi sayang ajak keluar makan. Kami makan kat Seri Serdang. Ramai juga orang makan kat sini. Seronok juga dapat makan berdua. Lepas makan aku teman sayang pergi ke bank. Adalah kerja dia tu.

Sedar tak sedar jam dah pukul 5pm. Aku pun blah lah balik rumah. Hari Isnin kalau korang nak tahu adalah hari tido aku. Maksud aku jika dah selesai oncall minggu sebelumnya. Biasanya aku akan tido awal. Kiranya topup tido yang tak cukup minggu lepas. Nak menaip apa pun lagi aku tak tahu. Lepas ni aku nak tido. Jangan ada sesiapa yang call. Aku belasah nanti kacau aku tido. Jom zzz...
No comments:
Post a Comment