09 November 2009

Hari ni...

Pagi ni aku bangun awal hasil dari ketepatan jam handset aku berbunyi dengan baik. Seawal jam 6am benda tu dah berbunyi. Apa yang tak bestnya, boleh pulak aku terlelap sejam lagi. Pukul 7am lebih baru terjaga. Apa taknya malam tadi aku tido dalam jam 3am lebih. Mata tak ngantuk lagi masa tu. Jadi nak tak nak, aku paksa juga untuk tido. Maknanya kalau aku dah melebihi jam 3am masih tak tido, itu masalah besar. Tak akan nyenyak tido aku. Hari ni pulak aku dah oncall. Alhamdulillah sampai kat ofis sebelum jam 8am. Jalan tak berapa sesak sangat hari ni walaupun banyak kenderaan.
Pagi ni selamatlah ada satu kes postmortem aje. Taklah berapa sibuk. Hari ni juga ada dua orang Houseman posting kat tempat aku dalam minggu ni. Welcome to our dept Dr Shangeetha and Dr Raja. Harapan kami korang dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan selamat berkenalan dengan keluarga forensik di sini. Mulanya sebenarnya aku ingatkan tak akan ada Houseman dan student dalam dua minggu ni. Tapi tetiba pulak ada. Macam biasalah pagi-pagi lagi aku dah berikan orientasi pasal jabatan. Kemudian kami buat postmortem. Sampai ke tengahari, kemudian rehat sekejap.
Pagi ni kebetulan pulak kes postmortem yang kami buat tu ada masalah. Bukan masalah pada body simati tetapi masalah pada family diaorang. Kes berebut siapa nak uruskan mayat tu. Sebelah pihak suami nak menuntut mayat si isteri, belah keluarga si mati ni pun nak menuntutnya. Siap macam nak buat rusuhan ramainya orang berkumpul depan dept aku hari ni. Sampai polis dan pak guard turun mengawal keadaan. Keluarga si mati kata si suami ni cuba nak bunuh isterinya. Si suami pulak menafikannya. Dari postmortem kes tu cuma infeksi pneumonia aje. Apalah kecoh-kecoh. Kemudian polis dah pening melayan, polis ambil keputusan nak bawak kes tuntutan tu ke mahkamah. Maknanya body tu tak boleh diserah kepada sesiapa selagi tak dapat keputusan dari mahkamah siapa yang berhak menuntutnya. Lepas beberapa sessi perbincangan dan penerangan barulah keluarga si mati dan suami si mati berdamai. Jadi kes ni tak perlulah di bawa ke mahkamah sebab yang berhak menuntut kalau ikutkan adalah suami dia. Apa-apa pun setakat nak uruskan orang tersayang yang telah pergi ni, gunakanlah akal fikiran. Kalau mengikut perasaan ia akan terus menyiksa mayat. Ini adalah antara kes yang biasa aku hadapi bila bekerja dengan forensik. Macam macam perangai dan emosi yang tidak stabil terpaksa aku hadapi. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan berhemah dan bijaksana.
Hari ni juga kebetulan pulak hospital aku menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Tahunan National Suicide registry Malaysia. Ramailah member-member dari seluruh Malaysia yang datang. Aku tak terlibat sebab aku tak menguruskan semua data dan maklumat berkaitan kes-kes bunuh diri ni. Aku tahu kursus ni 3 minggu lepas lagi sebab member aku Hasli ada call kata nak suruh ambil dia kat stesen komuter. Pagi tadi tertunggu-tunggu jugalah dia call. Rupanya dia dah naik cab ke hospital, hampeh... Tapi petang tadi aku hantar dia ke stesen komuter sebab flight dia pukul 8pm ke Alor Star. Dia sebenarnya kerja kat Hospital Tuanku Fauziah Arau, Perlis. Tapi kalut sangat nak balik awal, risau bini dengan anak kat rumah katanya.
Petangnya lepas rehat, aku beri kelas tentang pengendalian spesimen kat Houseman. Lepas tu seperti arahan Boss aku, diaorang kena periksa tulang rangka manusia. Dan alhamdulillah petang tadi rezeki melimpah ruah. Ada orang belanja kami McDonald. Best dapat makan free. Rezeki jangan ditolak. Dr Fatimah pulak bagi burger nya kat aku. Maknanya aku makan dua biji burger. Kenyang perut ni.

Petang tadi ada kes mayat untuk dieksport ke Indonesia. Lepas habis kes tu aku jadi tak tau nak buat apa pulak. Kebetulan pulak sayang call. Biasalah dengan suara menggoda dia, cair dan hilang marah aku yang semalam. Dia just nak beritahu yang dia dalam komuter. Dan bila aku offer untuk ambik dia, dia menolak dengan baik. Aku ni bukan jenis pendendam dan tak reti nak simpan marah lama-lama. Yang boleh dijernihkan tu apa salahnya aku bertolak ansur sikit. Tapi aku tetap berhati-hati, yang jernih tu mungkin akan keruh sebab keladak masih ada kat dasarnya. Apa-apa pun aku ok aje, terimalah realiti kehidupan.

Mula aku bercadang nak tido. Tapi bila memikirkan takut terlepas maghrib, dan tak elok tido senja-senja ni. Aku pun mulalah operasi mengemas dan susun atur semula jabatan aku. Gambar ni aku snap masa 20% dari proses make over berlaku. Banyak gila habuk dan barang-barang tak guna aku lempar ke tepi. Entah apalah harta pusaka staf-staf aku simpan? Dokumen masa jabatan aku baru buka pun masih ada. Patutnya dah boleh hantar ke muzium simpan.

Pagi tadi Dr Fatimah ada beri cadangan untuk make over sikit bilik pejabat kami. Dinding dah ceria dengan cat baru tapi susun atur dalam pejabat masih sama. Mulanya kalau ikutkan aku, malas nak mengemas, tapi entah mana datang rajinnya aku petang tadi terus mengemas ikut naluri aku. Sempit ke apa ke, janji ada pemandangan baru. Cuma meja aku aje yang tak berubah, tetap memandang kaunter. Inilah hasil make overnya (sebenarnya aku pinjam ayat member aku. Siapa? Itu tuan punya diri boleh jawab sendiri). Kemas dan tak serabut dengan benda-benda tak berguna sini sana. Semuanya tersimpan rapi. Cuma ada beberapa perkara yang akan aku suruh staf aku kemaskan semula esok.

Ok lah aku nak rehat kejap. Kebetulan pulak ada satu kes kematian kat wad. Aku pun nak rehat kejap sebab aku kurang sihat. Dada aku semakin sakit, batuk. Duduk dalam tempat sejuk pulak ni. Betul-betul sakit. Dah nak sebulan batuk masih tak elok-elok lagi?

No comments:

Post a Comment