Malas gila nak bangun pagi ni. Tengah hujan, sedap kalau sambung tarik selimut. Nak tak nak kena pi oncall juga. Ada satu kes postmortem pagi ni. Rasa macam tak berbaloi pulak bangun semata-mata satu kes aje. Sedar-sedar terlewat juga aku pi oncall. 9am baru nak bertolak dari rumah. Patutnya 8.30am aku dah ada kat hospital. Selamat kereta tak banyak sangat pagi ni.
Singgah kat gerai tepi jalan sekejap, beli sarapan. Sampai kat hospital waris dah ramai, polis pulak tak datang lagi. Sebelum tu baik aku sarapan dulu sementara menanti polis datang. Pagi ni aku makan mee goreng dan ayam rendang, pedas. Sedap makan time hujan ni.
Korang nampak tiket konsert Siti ni? Dah lama dan menjadi idaman aku untuk pergi ke konsert Siti. Aku memang peminat Siti dari mula dia menceburkan diri dalam bidang seni. Nak kata peminat hardcore tak lah, gitu-gitu aje. Selama ni kesempatan aje tak ada untuk aku pergi secara live untuk tengok konsert dia. Dan bila sekali lagi kesempatan tu datang, aku dengan semangatlah beli tiket ni dari Dr Salmah. Tanpa aku sedar hari konsert tu adalah hari oncall aku. Huhuhu...frust gila. Mintak-mintak aku dapat tukar jadual oncall untuk satu hari tu aje. Kalau tidak aku terpaksalah jual tiket tu. Arrrggghhh...tidakkk...

Kami ke The Mines singgah di Subway. Makan sandwich. Ini kali kedua aku makan benda ni. Kali pertama dulu pun sayang yang belikan. Best dapat makan sandwich, aku suka sangat. Nak buat sendiri malas, kalau ada orang buatkan aku makan. Hahaha...


saye pn hardcore fan siti...tolong jualkan tiket tu kat saye bole? serious nh...
ReplyDeleteSorry lah puteri. Abg lupa nak beritahu, abg dapat pergi konsert tu. Dapat tukar cuti isnin lepas utk 14hb ni. Sebenarnya abg beli tiket tu utk hadiah hari jadi tunang abg. Insyallah abg akan post pic konsert tu kat 3 laman web abg.
ReplyDelete