30 September 2009

Hari ni...

Jam 6.30am aku dah terjaga. Entah macam mana boleh terlelap balik, sedar-sedar dah jam 7.45am. Bergegas aku mandi pagi tadi. Baru nak pi kerja, hujan punyalah lebat turun pulak. Kereta baru basuh semalam. Adusss...kotor pulak kali ni. Nak tunggu hujan reda sikit, jam dah pukul 8.20am baru aku keluar rumah. Sampai pejabat hari ni jam 8.45am.
Jam 9am aku dok lepak kat pentry sarapan pagi dulu. Hari ni makan mee hoon goreng. Adik-adik student ada bawa makan-makan pulak untuk CME dan majlis perpisahan diaorang. Ini lah kuih tat nenas, karipap sardin dan maruku yang best sekali. Buatan sendiri tu. Memang sedap.

Jam 1.15 jamuan perpisahan adik-adik student dari MSU kumpulan 3 bermula. Sebelum tu aku sibuk dok menyediakan susun atur makanan. Dari pukul 12pm diaorang dok beri CME sampai ke pukul 1pm lebih, jawabnya tak ada oranglah nak susun makanan, lambat pulak jamuan mula nanti. Sedap tak makanan tu semua? Korang jangan ingat aku pulak yang sediakan. Adik-adik MSU tu yang bawak, aku cuma tolong susun aje.


Punya sayangnya Dr Fatimah kat student-student tu sampai dibelinya kek untuk diaorang.

Aku macam biasalah, time orang makan, aku lebih suka memerhatikan gelagat dan tangkap gambar diorang. Secara tak sedar perut aku yang lapar tetiba jadi kenyang bila tengok diorang sedang seronok makan.

Time aku mula nak makan, geng-geng diorang dah habis makan. Jadi akulah mangsa lensa kamera pulak kali ni. Rasa macam artis lah pulak. Ahak...ahak...ahak...

Apa-apa pun untuk adik-adik student MSU kumpulan ke-3 ni, aku mengucapkan selamat berjaya dan kalau ada masa datang-datanglah jenguk kami di sini. Jadikan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sebagai 'guru' dalam mencapai cita-cita korang. Cewah...berfalsampah lah pulak. All the best untuk korang.
Petang tadi member aku bangsa cina datang beri benda ni. Korang nak tau apanya, nanti hujung blog ni aku story.

Jam 5.30pm aku teman sayang ambil kereta dia kat bengkel. Dia pi ganti cermin kereta abang dia yang retak. Abang dia akan balik bercuti dalam dua, tiga hari lagi dari Filipina. Kiranya macam nak ganti baliklah apa yang patut pada kereta 'pinjam' tu. Siapa yang pecahkan? Dialah kena ganti. Hehehe...

Lepas ambil kereta tu kat bengkel kami hantar kereta tu balik dulu ke rumah dia. Kena patuhi pantang larang cermin baru seperti yang disarankan oleh abang mekanik tu. Kalau tak patuhi pantang larang, rosak cermin tu nanti pandai-pandailah kena ganti semula. Lepas parking kereta abang dia kat rumah dia, kami nak menuju ke Alamanda. Nak makan sushi katanya Tapi kami singgah dulu kat pasar malam di Bangi. Hajatnya nak cari ubat racun pembunuh semut. Kan aku dah maklumkan sebelum ni tentang semut-semut yang degil kat rumah aku ni. Kiranya aku nak bunuh semua sekali suku sakat diorang.
Cari punya cari, tak ada sorang pun yang jual racun tu. Cisss...dah kali ke berapa niat suci murni aku nak bunuh semut masih gagal.Geram aku. Kemudian kami terus menuju ke Alamanda selepas singgah solat maghrib kat stesen minyak Petronas sekitar Putrajaya.

Sampai aje Alamanda kami terus ke Sushi King. aku memang janggal nak makan kat sini. Aku kan orang melayu, manalah nak makan benda alah ni. Bukannya aku tak nak merasa kelainan dalam makanan tapi ia tak kena dengan lidah aku yang masih kampung lagi. Tapi sekali sekala ok lah nak makan. Nak selalu, buka citarasa aku lah.

Aku order Salmon Steak ni. Ikan Salmon tu dipanggang dengan sos BBQ, ada sayur campur, kastard telur, miso sup dan nasi kukus. Best jugalah.



Sayang makan tak tengok sekeliling dah. Lapar punya pasal lah tu. Tapi ni kali terakhir kot aku pergi makaan kat Sushi King ni. Ada satu benda yang tak sedap yang aku dengar dari pelayan kat situ. Untuk pengetahuan korang kebanyakan bahan mentah kat Sushi King ni di import terus dari Jepun. Ada sebahagian dari makanan kat situ telah direndam dengan Sake (sejenis arak Jepun). Astarghfirullahhalazzim...istirghfar panjang aku dibuatnya. Sedap tu memang sedap tapi ada unsur was-was dalam makanan tu, wajib lepas ni aku reject kedai ni. Macam 7eleven lah, kedai 24 jam ok lah, tapi ada arak yang dijual dalam tu sekali dengan barang-barang keperluan lain. Aku memang kalau boleh, menolak tempat-tempat macam tu. Aku tak tahulah korang macam mana? Ini pendapat aku aje sebagai seorang muslim, kalau aku salah betulkan ok.
Lepas makan kami singgah sekejap kat kedai buku. Saja cari majalah. Lepas tu kami menuju balik. Singgah pulak kat bank sekejap di Bangi. Kemudian terus aku hantar sayang balik rumah. Aku sampai rumah tadi jam lebih kurang 10.20pm.
Hari ni aku terlupa dah 30 haribulan, sewa rumah tak bayar lagi. Tuan rumah dah hantar sms. Macam mana aku boleh lupa ni? Terus aku online maybank2u, selamat boleh bayar, lega rasanya.

Kotak tadi tu dalamnya ada kek bulan. Kek bulan ni tahun kedua aku dapat dari member aku. Tahun lepas pun aku dapat juga. Nak kata aku suka makan pun taklah juga kek bulan ni. Tapi dah member kasi, kenalah ambil juga sebab dia bersusah payah beli dan siap hantarkan kat aku sendiri pulak tu. Dalamnya ada 4 perisa kek yang berlainan. Walnut Tiramisu, Durian Lotus, Red Bean dan White Lotus Single Yolk. Aku tak risau nak makan pun, semuanya halal. Aku try makan Durian Lotus tadi, best juga. Rasa intinya, durian dicampur dengan biji lotus. Tapi aku makan sekerat ajelah, manis sangat. Kalau korang tak pernah rasa, selaput luarnya tepung biasa aje, tapi dalam isinya melekit seperti dodol (lebih kuranglah). Nak lebih mengetahui macam mana rasanya korang pi beli kat kedai. Cari yang halal punyalah, sebab setahu aku kek bulan yang best (pada pendapat kaum cina) ia ada campuran lemak babi. Jadi berhati-hati kalau nak beli ye...
Oklah aku nak tido dulu. Esok kena pergi kerja awal sebab adik-adik student kumpulan 4 dari MSU nak buat practical kat tempat aku. Dan aku ada tugas besar esok (alah dah jadi rutin aku pun setiap kali ada pelawat datang kat jabatan aku, tugas biasa aje sebenarnya). Apa dia tugas aku tu? Esok aku story ok.

29 September 2009

Hari ni...

Malam semalam aku tak dapat tido sampai lepas subuh. Mata ni tak ngantuklah pulak. Badan aku penat sangat. Jadi lepas subuh aku paksakan diri untuk tido juga. Selamatlah hari ni tak kerja lagi, masih bercuti. Kalau tidak maunya mengantuk kat tempat kerja. Mungkin aku dah terlebih tido siang semalam.
Nak paksa tido pun susah juga. Aku kalau paksa tido jawabnya memang tak akan lenalah tido. Tido aku siang tadi jadi tak selesa. Walaupun cuaca sejuk tapi memang tak boleh tido juga. Kalau tido pun akan terkejut sekali sekala. Entah macam mana aku nak terangkan kat sini, tak ada ayat sesuai nak menggambarkan keadaan tu. Kesimpulannya memang tido aku tak lena siang tadi. Jam 9am aku bangun. Tak larat dah banyak kali terkejut dalam tido. Baik aku bangun dan buat kerja.
Hari ni ingat nak kemas stor dan kosongkannya untuk dijadikan bilik rehat atau bilik menonton TV. Bila aku ukur saiz kabinet TV memang tak muat nak masuk dalam bilik tu, panjang kabinet tu lebih sejengkal aje dari keluasan dinding bilik stor tu. Terpaksalah aku lupakan hajat nak pindahkan kabinet TV tu masuk dalam bilik stor. Aku cubalah pulak nak menyusun atur semula ruang tamu supaya kelihatan lain sikit. Pusing punya pusing almari dan sofa, last-last gaya susunan lama juga yang jadi. Hampir dua jam juga aku dok main susun atur perabot kat ruang tamu tu. Membazir masa betul. Bukannya apa, kalau susun gaya lain nampak sempit pulak ruang tamu tu. Tapi rumah aku tak mesra kanak-kanak lah. Dahlah ruang sempit, kalau ada budak maunya kena duduk sopan aje. Ruang untuk melompat-lompat tak ada dalam rumah aku. Jadi nak bawak budak-budak datang rumah aku memang tak sesuai.
Selebihnya aku mengemas dapur dan bilik. Basuh pinggan, buang sawang, lap habuk, lap tangga dan mengemop lantai. Tengahari tadi sayang call ajak keluar makan sekali petang nanti. Dia puasa hari ni. Hajatnya nak pergi pasar malam juga, nak cari ubat bunuh semut. Rumah aku ni banyak semut yang kecik-kecik. Dah macam-macam cara aku buat, tak nak mati juga semut-semut tu. Geram aku. Korang ada petua? Sayang nak berbuka makan sushi. Mengidam apa tah dia dari lepas raya lagi dia dah mintak nak makan sushi. Benda-benda macam ni aku jarang nak makan. Bukan tak nak tapi rasa macam membazir, harga mahal tapi benda kecik-kecik aje yang ditelan. Sekali sekala ok lah, nak mencuba tak ada masalah. Plan petang nanti aku jumpa dengan sayang untuk teman dia berbuka. Selang beberapa ketika pulak Mike call kata nak datang rumah aku dalam pukul 3pm. Sebab lama dah tak jumpa, aku cancel plan nak keluar dengan sayang. Rasa tak larat juga sebenarnya nak keluar petang tadi sebab dah penat mengemas ditambah dengan badan yang tak berapa selesa sebab tak tido. Kepala rasa ringan aje.
Mike datang dalam pukul 4pm lebih, nak dekat pukul 5pm juga. Masa dia call tadi aku dah suruh dia singgah belikan nasik. Aku tak makan apa pun hari ni lagi. Minum air aje. Nak keluar malas, sebab berpeluh dan tak larat nak drive. Selamat atas kerajinan dia, dia singgah belikan makanan untuk aku telan. Dia belikan nasi goreng seafood dan sup sayur. Perut dah lapar, makan ajelah apa ada, best.

Lepas makan, mengantuk. Terlelap aku dibuatnya. Mengantuk gila petang tadi. Tido memang tak ingat dunia dah. Sedar-sedar dah pukul 10pm lebih tadi. Allah, lena sungguh tido. Mike pulak tak kejutkan aku. Mungkin dia tak nak ganggu aku tido. Aku bangun mandi untuk keluar makan. Mike lapar dan mengidam nak makan mee goreng. Kebetulan pulak aku call Haji Azhar tanya pasal jamuan hari raya jabatan esok. Dia mintak tolong aku belikan pinggan mangkuk disposable, serbuk ketumbar, serbuk kunyit serta daun ketumbar untuk diperap dengan daging kambing esok. Masa aku tengah mandi tadi sayang call. Tak sempat aku nak angkat, nak call semula kridit dah habis. Jangan marah ya sayang.
Aku keluar dari rumah dalam pukul 10.45pm menuju terus ke Pasar Borong Selangor. Nak cari daun ketumbar dulu. Entah macam mana lah rupa daun ketumbar ni ekkk...? Aku sebenarnya tak tahu langsung daun ketumbar tu macam mana. Serbuk ketumbar tu aku yakinlah tahu sebab kat paket luarnya akan tertera nama serbuk tu. Tak terbayang aku bagaimanalah bentuk daun tu mulanya.
Mike pun tak tahu daun tu macam mana. Dah namanya jantan, makan aje tau lah. Cari punya cari, last-last Mike tolong tanyakan kat uncle yang jual sayur tu. Dia pun tunjuklah daun ketumbar yang seakan-akan daun sup tu. Laaa...ni ke daun ketumbar? Nampak sangatlah aku ni tak tahu menahu pasal spesis tumbuh-tumbuhan yang biasa aku telan. Makan memang hebat, daun ketumbar pun tak tahu macam mana rupanya. Kepada korang yang dah tahu daun ketumbar tu macam mana, jangan gelakkan aku. Kepada mereka yang tak tahu dan tak nak digelakkan nanti, ini lah daun ketumbar. Beza dia dengan daun sup, pertama daunnya kedua bau daun tu. Daun sup wangi sikit dan ketumbar bau macam tak best sikit. Dari segi daun pulak daun ketumbar besar dan lebar sikit dari daun sup. Jadi serba sedikit dapatlah maklumat malam ni. Lepas ni aku tak kelirulah kalau nak pi pasar beli daun ketumbar. Hahaha...

Lepas beli daun ketumbar, aku singgah beli daging lembu. Mengidam pulak nak makan. Nak goreng dengan kunyit taruk bawang aje. Teringat masa cuti raya lepas mak aku masak untuk kami makan. Bestlah, terliur aku. Belilah daging tu dalam sekilo lebih. Mahal juga, sekilo RM19. Entahlah, mungkin itu harga biasa kot? Ialah manalah aku rajin ke pasar. Entah betul atau tidak harga tu. Aku tengok kat papan tanda tu sekilo RM20. Ya lah kot. Tapi aku dengar mak aku cerita kat kampung hari tu, harga daging lembu sekilo RM17 aje. Kat kampung lagi murah kot harganya. Nak beli udang dan sotong, rasa mahal lah pulak harga sekilo. Tak jadi belilah. Jadi aku beli daging dan daun ketumbar aje.
Nak cari pinggan mangkuk disposable kat kedai jual peralatan plastik, kedai dah tutuplah pulak. Esok ajelah beli. Kemudian aku terlupa nak beli serbuk kunyit dan serbuk ketumbar. Nak patah balik ke Pasar Borong aku dah keluar dari kawasan pasar. Takkan nak masuk balik bayar tiket masuk RM1 semata-mata nak beli serbuk tu. Tak kuasa aku. Baik beli esok aje, kata dalam hati. Harapan dalam hati mintak-mintak ada kedai runcit yang masih buka dalam pukul 11.30pm ni. Selamatlah ada lagi kedai yang buka, jadi aku belilah serbuk kunyit dan serbuk ketumbar tu. Serbuk ni kalau orang nak tipu aku pun aku boleh tau. Korang tak nampak tulisan yang kat luar paket tu? Hahaha...berlagak gila. Matilah aku kalau dia tak letak nama serbuk tu kat luar paket tu. Orang tipu aku pun aku tak tahu tu serbuk ketumbar. Kalau serbuk kunyit tu aku kenal lah sebab warnanya kuning.

Lepas beli serbuk tu, aku menuju ke kedai mamak. Ni lah kedai yang biasa aku lepak kat sekitar kawasan rumah aku. Kadang-kadang aku minum aje. Malam di dah alang-alang Mike nak makan, baik aku makan sekali. Laparlah perut ni. Tak ramai sangat orang malam ni. Biasanya full house. Kat bahagian luar aje penuh. Aku refer lepak kat luar, lagi seronok. Dapat lihat suasana sekeliling.

Malam ni aku order teh tarik dengan mee goreng mamak. Tak bestlah mee malam ni. Mike pulak order yang mee goreng mamak yang basah. Aku tak minat sangat goreng basah-basah ni. Rasa nyek-nyek bila makan. Tapi licin juga sepinggan, lapar punya pasal.

Lepas makan kami berbual. Sedar-sedar dah nak dekat pukul 1am. Rancak sangat berbual. Kami bergerak balik ke rumah aku dulu. Mike lepas tu balik kat rumah dia, esok dia nak mengajar. Jomlah, aku nak tido dulu. Esok banyak kerja. Ada jamuan hari raya kat dept aku.

27 September 2009

Hari ni...

Alhamdulillah ini catatan aku yang pertama dalam blog ni. Catatkan ia sebagai satu titik mula aku dalam dunia penulisan. Dah lama aku nak mula blogging tapi macam biasalah, masa menjadi halangan untuk lebih menjurus ke arah penulisan.
Sebagai permulaan dan sebagai salam pembuka korang mesti nak berkenalan dengan aku. Jangan risau, sedikit sebanyak korang akan kenal dengan aku jika korang terus mengikuti blog ni. Aku pun macam insan biasa yang lain. Cuba nak buat anjakan dalam kehidupan tapi masih banyak halangan. Bersyukurlah aku dengan pencapaian yang aku kecapi berbanding masa lalu.
Hari ni aku bangun dalam jam 8.30am, tu pun pasal adik aku kejut. Kalau ikutkan hati maunya aku babaskan tido sampai ke tengahari. Dia kejutkan aku sebab nak suruh hantar dia ke Stesen Komuter Serdang, adik aku nak balik ke Seremban. Aku pun katalah aku nak baring sekejap aje lagi. Terbabas tido sampai 9.30am, dia kejut lagi sekali. Nak tak nak bangun jugalah aku, kesian kat dia kalau sampai Seremban lambat. Aku basuh muka dan gosok gigi aje (hajat hati lepas hantar dia, aku nak sambung tido lagi). Ngantuk tahap cipan dah mata ni sebenarnya.
Kenapa aku ngantuk yang teramat sangat? Sebabnya semalam aku baru sampai dari kampung. Drive kereta dari my hometown Jerteh, Terengganu ke Seri Kembangan ni makan masa 12 jam. Padahal kalau paling lambat pun cuma 8 jam aje perjalanan. Semalam jalan jem gila dari Machang ke Gua Musang. Azab gila nak beratur panjang atas jalan tu. Aku keluar rumah jam 12.45pm, lambat bertolak sebab tunggu mak aku pi pasar dan memasak. Tak sedap pulak kalau tak makan dan tapau makanan yang dia masak. Kalau aku balik sorang tak kisah sangat nak makan, aku bukannya makan sangat. Dapat minum pun dah ok. Dah adik-adik aku yang bertiga tu ikut sekali, wajiblah bekalkan makan. Kalau lapar atau ramai sangat orang beratur kat R&R nanti, makanan dah ada tersedia, makan aje apa yang ada.
Aku pulak semalam bangun terus test kereta dulu. Buat pemeriksaan kereta apa yang patut sendiri. Semuanya ok. Dalam perjalanan dari Jertih ke Machang memang jalan clear. Lepas aje simpang Machang tu, Ya Rabbi, berbaris panjang kenderaan. Nak tak nak terpaksalah join dalam barisan. Sampai di R&R Gua Musang dah pukul 5pm. Padahal 2 jam aje kalau jalan tak jem dari Jerteh ke Gua Musang. Lenguh kaki aku. Manusia punyalah ramai kat R&R ni. Nak cari parking pun kena pusing dua kali. Time makan pun dah tak peduli kat orang sekeliling, makan ajelah cepat-cepat.

Lepas makan dan rehat, jam 6pm aku bergerak semula. Kali ni aku cuba jalan Cameron Highland. Sayang kata jalan tu tak jem dan boleh sampai cepat. Dari Gua Musang aku lencong ke Cameron Highland. Aku tak pernah lalu jalan ni. Jalan memang selesa, kereta boleh dikatakan tak ada langsung. Paling banyak sekali dengan aku pun 2 buah kenderaan. Itu aje. Tapi masyallah jalannya bengkang bengkok. Sebab naik dan turun bukit, selekoh tajam. Azab aku nak habiskan perjalanan di Cameron Highland tu. Siapa dah pernah lalu kawasan tu tahulah apa yang aku maksudkan. Selekoh maut punya, jatuh gaung memang tak bernyawalah. Dahlah aku malam-malam jalan tak berapa nampak sangat. Nak bagi adik aku drive pun tak tergamak aku. Baik aku bawak, risau jadi lain pulak nanti. Dahlah jalan gelap. Lebih kurang jam 8pm barulah aku sampai ke Simpang Pulai. Azab gila nak jalan kawasan lintang pukang tu. Bila nampak simpang ke Highway Utara Selatan barulah bernafas lega.
Bila sampai Highway aku berhenti rehat kat Hentian Sebelah Simpang Pulai. Beli buah-buahan sedikit dan beli burger buat alas perut. Lepas rehat dalam 30 minit kami sambung perjalanan. Adik aku, Ijan drive pulak. Dapatlah aku habiskan tengok DVD dalam kereta. Perjalanan atas Highway selesa sikit walaupun banyak kereta. Kalau aku ikut Raub maunya tak lepas lagi masa ni. Cepatlah sikit ikut jalan Cameron Highland. Tapi lepas ni kalau aku nak pilih jalan tu, aku pastikan aku hanya akan lalu waktu siang aje, malam mungkin tidak. Sampai rumah aku kat Seri Kembangan ni dalam 12am tadi. Sebelum tu aku singgah KFC untuk belikan makanan untuk adik-adik aku. Jam 2am tadi baru aku dapat tido.
Jadi kesimpulannya hari ni aku ngantuk sangat. Pagi tadi lepas hantar adik aku ingat nak basuh kereta. Malas lah pulak, mata dah ngantuk. Aku singgah beli makan untuk adik aku yang dua orang lagi kat rumah. Selamat gerai tepi jalan kat rumah aku dah buka. Lepas makan adik aku balik ke asrama diaorang di Bangi. Sorang kat UKM dan sorang lagi kat UniKL. Lepas zohor aku sambung tido. Sayang call lebih kurang jam 3pm lebih nak ajak pi open house kat rumah sepupu dia seperti yang dijanjikan. Aku yang masih mai-mai tak larat nak pi. Kaki aku jadi lenguh dan badan rasa macam tak sedap. Sakit-sakit seluruh badan. Aku tak sedar bila handset berbunyi. Satu mungkin sebab aku penat sangat (dah jadi tabiat aku bila penat dan dah tido tak ingat dunia memang bom atom meletup kat sebelah pun tak dengar), keduanya siapalah gatal tangan dok main handset aku ni, ada orang ubah tone handset ni kepada standart nokia tone. Tu lah pasal aku tak dengar bila phone berbunyi. Sedar-sedar 80 lebih miss call dalam phone. Ya Allah, maaf lah banyak-banyak siapa yang call aku hari ni. Aku bangun makan lepas tu. Lepas Asar aku sambung tido balik. Sedap dapat tido sebab ditambah dengan cuaca yang sejuk lepas hujan.


Malam tadi aku bangun pukul 7.30pm. Bangun maghrib. Lepas 8.30pm baru aku mandi. Lepak-lepak sekejap sebelum aku ke rumah Ijat jam 9.30pm. Lepak-lepak kat rumah dia makan kuih raya (kira beraya lah ni kat rumah dia) terus keluar minum kat kedai mamak pulak. Malam ni aku makan mee meggi goreng dengan air nescafe o panas. Lepak sampai jam 11.45pm tadi. Terus balik rumah.

Hari ni juga aku dah kecewakan hati seorang lagi wanita dalam hidup aku. Kes tangkap cintan lah ni. Nak tak nak aku terpaksalah juga 'melukakan' hati dia sebab aku anggap dia macam kakak aku aje selama ni. Aku tau perasaan dia yang lebih dari itu, tapi aku seringkali menafikannya. Aku dengan berat hati dah maklumkan nak bertunang 25 Oktober ni kat dia. Dia punyalah marah-marah kat aku. Azab telinga aku menahan jeritan dan ayat-ayat sengsara yang dia tuturkan. Terdiam aku nak jawab. Masuk ni dah 3 orang terkecewa tak dapat berlakikan aku, hahaha... Apa boleh buat, aku dah ada pilihan hati yang terbaik untuk masa depan aku. Dan aku yakin ini lah pilihan terhebat untuk masa depan aku. Moga Allah berikan kekuatan untuk aku menempuh hidup baru nanti. Amin...