30 September 2009

Hari ni...

Jam 6.30am aku dah terjaga. Entah macam mana boleh terlelap balik, sedar-sedar dah jam 7.45am. Bergegas aku mandi pagi tadi. Baru nak pi kerja, hujan punyalah lebat turun pulak. Kereta baru basuh semalam. Adusss...kotor pulak kali ni. Nak tunggu hujan reda sikit, jam dah pukul 8.20am baru aku keluar rumah. Sampai pejabat hari ni jam 8.45am.
Jam 9am aku dok lepak kat pentry sarapan pagi dulu. Hari ni makan mee hoon goreng. Adik-adik student ada bawa makan-makan pulak untuk CME dan majlis perpisahan diaorang. Ini lah kuih tat nenas, karipap sardin dan maruku yang best sekali. Buatan sendiri tu. Memang sedap.

Jam 1.15 jamuan perpisahan adik-adik student dari MSU kumpulan 3 bermula. Sebelum tu aku sibuk dok menyediakan susun atur makanan. Dari pukul 12pm diaorang dok beri CME sampai ke pukul 1pm lebih, jawabnya tak ada oranglah nak susun makanan, lambat pulak jamuan mula nanti. Sedap tak makanan tu semua? Korang jangan ingat aku pulak yang sediakan. Adik-adik MSU tu yang bawak, aku cuma tolong susun aje.


Punya sayangnya Dr Fatimah kat student-student tu sampai dibelinya kek untuk diaorang.

Aku macam biasalah, time orang makan, aku lebih suka memerhatikan gelagat dan tangkap gambar diorang. Secara tak sedar perut aku yang lapar tetiba jadi kenyang bila tengok diorang sedang seronok makan.

Time aku mula nak makan, geng-geng diorang dah habis makan. Jadi akulah mangsa lensa kamera pulak kali ni. Rasa macam artis lah pulak. Ahak...ahak...ahak...

Apa-apa pun untuk adik-adik student MSU kumpulan ke-3 ni, aku mengucapkan selamat berjaya dan kalau ada masa datang-datanglah jenguk kami di sini. Jadikan pengalaman dan ilmu yang diperolehi sebagai 'guru' dalam mencapai cita-cita korang. Cewah...berfalsampah lah pulak. All the best untuk korang.
Petang tadi member aku bangsa cina datang beri benda ni. Korang nak tau apanya, nanti hujung blog ni aku story.

Jam 5.30pm aku teman sayang ambil kereta dia kat bengkel. Dia pi ganti cermin kereta abang dia yang retak. Abang dia akan balik bercuti dalam dua, tiga hari lagi dari Filipina. Kiranya macam nak ganti baliklah apa yang patut pada kereta 'pinjam' tu. Siapa yang pecahkan? Dialah kena ganti. Hehehe...

Lepas ambil kereta tu kat bengkel kami hantar kereta tu balik dulu ke rumah dia. Kena patuhi pantang larang cermin baru seperti yang disarankan oleh abang mekanik tu. Kalau tak patuhi pantang larang, rosak cermin tu nanti pandai-pandailah kena ganti semula. Lepas parking kereta abang dia kat rumah dia, kami nak menuju ke Alamanda. Nak makan sushi katanya Tapi kami singgah dulu kat pasar malam di Bangi. Hajatnya nak cari ubat racun pembunuh semut. Kan aku dah maklumkan sebelum ni tentang semut-semut yang degil kat rumah aku ni. Kiranya aku nak bunuh semua sekali suku sakat diorang.
Cari punya cari, tak ada sorang pun yang jual racun tu. Cisss...dah kali ke berapa niat suci murni aku nak bunuh semut masih gagal.Geram aku. Kemudian kami terus menuju ke Alamanda selepas singgah solat maghrib kat stesen minyak Petronas sekitar Putrajaya.

Sampai aje Alamanda kami terus ke Sushi King. aku memang janggal nak makan kat sini. Aku kan orang melayu, manalah nak makan benda alah ni. Bukannya aku tak nak merasa kelainan dalam makanan tapi ia tak kena dengan lidah aku yang masih kampung lagi. Tapi sekali sekala ok lah nak makan. Nak selalu, buka citarasa aku lah.

Aku order Salmon Steak ni. Ikan Salmon tu dipanggang dengan sos BBQ, ada sayur campur, kastard telur, miso sup dan nasi kukus. Best jugalah.



Sayang makan tak tengok sekeliling dah. Lapar punya pasal lah tu. Tapi ni kali terakhir kot aku pergi makaan kat Sushi King ni. Ada satu benda yang tak sedap yang aku dengar dari pelayan kat situ. Untuk pengetahuan korang kebanyakan bahan mentah kat Sushi King ni di import terus dari Jepun. Ada sebahagian dari makanan kat situ telah direndam dengan Sake (sejenis arak Jepun). Astarghfirullahhalazzim...istirghfar panjang aku dibuatnya. Sedap tu memang sedap tapi ada unsur was-was dalam makanan tu, wajib lepas ni aku reject kedai ni. Macam 7eleven lah, kedai 24 jam ok lah, tapi ada arak yang dijual dalam tu sekali dengan barang-barang keperluan lain. Aku memang kalau boleh, menolak tempat-tempat macam tu. Aku tak tahulah korang macam mana? Ini pendapat aku aje sebagai seorang muslim, kalau aku salah betulkan ok.
Lepas makan kami singgah sekejap kat kedai buku. Saja cari majalah. Lepas tu kami menuju balik. Singgah pulak kat bank sekejap di Bangi. Kemudian terus aku hantar sayang balik rumah. Aku sampai rumah tadi jam lebih kurang 10.20pm.
Hari ni aku terlupa dah 30 haribulan, sewa rumah tak bayar lagi. Tuan rumah dah hantar sms. Macam mana aku boleh lupa ni? Terus aku online maybank2u, selamat boleh bayar, lega rasanya.

Kotak tadi tu dalamnya ada kek bulan. Kek bulan ni tahun kedua aku dapat dari member aku. Tahun lepas pun aku dapat juga. Nak kata aku suka makan pun taklah juga kek bulan ni. Tapi dah member kasi, kenalah ambil juga sebab dia bersusah payah beli dan siap hantarkan kat aku sendiri pulak tu. Dalamnya ada 4 perisa kek yang berlainan. Walnut Tiramisu, Durian Lotus, Red Bean dan White Lotus Single Yolk. Aku tak risau nak makan pun, semuanya halal. Aku try makan Durian Lotus tadi, best juga. Rasa intinya, durian dicampur dengan biji lotus. Tapi aku makan sekerat ajelah, manis sangat. Kalau korang tak pernah rasa, selaput luarnya tepung biasa aje, tapi dalam isinya melekit seperti dodol (lebih kuranglah). Nak lebih mengetahui macam mana rasanya korang pi beli kat kedai. Cari yang halal punyalah, sebab setahu aku kek bulan yang best (pada pendapat kaum cina) ia ada campuran lemak babi. Jadi berhati-hati kalau nak beli ye...
Oklah aku nak tido dulu. Esok kena pergi kerja awal sebab adik-adik student kumpulan 4 dari MSU nak buat practical kat tempat aku. Dan aku ada tugas besar esok (alah dah jadi rutin aku pun setiap kali ada pelawat datang kat jabatan aku, tugas biasa aje sebenarnya). Apa dia tugas aku tu? Esok aku story ok.

No comments:

Post a Comment