Malam semalam aku tak dapat tido sampai lepas subuh. Mata ni tak ngantuklah pulak. Badan aku penat sangat. Jadi lepas subuh aku paksakan diri untuk tido juga. Selamatlah hari ni tak kerja lagi, masih bercuti. Kalau tidak maunya mengantuk kat tempat kerja. Mungkin aku dah terlebih tido siang semalam.
Nak paksa tido pun susah juga. Aku kalau paksa tido jawabnya memang tak akan lenalah tido. Tido aku siang tadi jadi tak selesa. Walaupun cuaca sejuk tapi memang tak boleh tido juga. Kalau tido pun akan terkejut sekali sekala. Entah macam mana aku nak terangkan kat sini, tak ada ayat sesuai nak menggambarkan keadaan tu. Kesimpulannya memang tido aku tak lena siang tadi. Jam 9am aku bangun. Tak larat dah banyak kali terkejut dalam tido. Baik aku bangun dan buat kerja.
Hari ni ingat nak kemas stor dan kosongkannya untuk dijadikan bilik rehat atau bilik menonton TV. Bila aku ukur saiz kabinet TV memang tak muat nak masuk dalam bilik tu, panjang kabinet tu lebih sejengkal aje dari keluasan dinding bilik stor tu. Terpaksalah aku lupakan hajat nak pindahkan kabinet TV tu masuk dalam bilik stor. Aku cubalah pulak nak menyusun atur semula ruang tamu supaya kelihatan lain sikit. Pusing punya pusing almari dan sofa, last-last gaya susunan lama juga yang jadi. Hampir dua jam juga aku dok main susun atur perabot kat ruang tamu tu. Membazir masa betul. Bukannya apa, kalau susun gaya lain nampak sempit pulak ruang tamu tu. Tapi rumah aku tak mesra kanak-kanak lah. Dahlah ruang sempit, kalau ada budak maunya kena duduk sopan aje. Ruang untuk melompat-lompat tak ada dalam rumah aku. Jadi nak bawak budak-budak datang rumah aku memang tak sesuai.
Selebihnya aku mengemas dapur dan bilik. Basuh pinggan, buang sawang, lap habuk, lap tangga dan mengemop lantai. Tengahari tadi sayang call ajak keluar makan sekali petang nanti. Dia puasa hari ni. Hajatnya nak pergi pasar malam juga, nak cari ubat bunuh semut. Rumah aku ni banyak semut yang kecik-kecik. Dah macam-macam cara aku buat, tak nak mati juga semut-semut tu. Geram aku. Korang ada petua? Sayang nak berbuka makan sushi. Mengidam apa tah dia dari lepas raya lagi dia dah mintak nak makan sushi. Benda-benda macam ni aku jarang nak makan. Bukan tak nak tapi rasa macam membazir, harga mahal tapi benda kecik-kecik aje yang ditelan. Sekali sekala ok lah, nak mencuba tak ada masalah. Plan petang nanti aku jumpa dengan sayang untuk teman dia berbuka. Selang beberapa ketika pulak Mike call kata nak datang rumah aku dalam pukul 3pm. Sebab lama dah tak jumpa, aku cancel plan nak keluar dengan sayang. Rasa tak larat juga sebenarnya nak keluar petang tadi sebab dah penat mengemas ditambah dengan badan yang tak berapa selesa sebab tak tido. Kepala rasa ringan aje.
Mike datang dalam pukul 4pm lebih, nak dekat pukul 5pm juga. Masa dia call tadi aku dah suruh dia singgah belikan nasik. Aku tak makan apa pun hari ni lagi. Minum air aje. Nak keluar malas, sebab berpeluh dan tak larat nak drive. Selamat atas kerajinan dia, dia singgah belikan makanan untuk aku telan. Dia belikan nasi goreng seafood dan sup sayur. Perut dah lapar, makan ajelah apa ada, best.


Aku keluar dari rumah dalam pukul 10.45pm menuju terus ke Pasar Borong Selangor. Nak cari daun ketumbar dulu. Entah macam mana lah rupa daun ketumbar ni ekkk...? Aku sebenarnya tak tahu langsung daun ketumbar tu macam mana. Serbuk ketumbar tu aku yakinlah tahu sebab kat paket luarnya akan tertera nama serbuk tu. Tak terbayang aku bagaimanalah bentuk daun tu mulanya.
Mike pun tak tahu daun tu macam mana. Dah namanya jantan, makan aje tau lah. Cari punya cari, last-last Mike tolong tanyakan kat uncle yang jual sayur tu. Dia pun tunjuklah daun ketumbar yang seakan-akan daun sup tu. Laaa...ni ke daun ketumbar? Nampak sangatlah aku ni tak tahu menahu pasal spesis tumbuh-tumbuhan yang biasa aku telan. Makan memang hebat, daun ketumbar pun tak tahu macam mana rupanya. Kepada korang yang dah tahu daun ketumbar tu macam mana, jangan gelakkan aku. Kepada mereka yang tak tahu dan tak nak digelakkan nanti, ini lah daun ketumbar. Beza dia dengan daun sup, pertama daunnya kedua bau daun tu. Daun sup wangi sikit dan ketumbar bau macam tak best sikit. Dari segi daun pulak daun ketumbar besar dan lebar sikit dari daun sup. Jadi serba sedikit dapatlah maklumat malam ni. Lepas ni aku tak kelirulah kalau nak pi pasar beli daun ketumbar. Hahaha...
Lepas beli daun ketumbar, aku singgah beli daging lembu. Mengidam pulak nak makan. Nak goreng dengan kunyit taruk bawang aje. Teringat masa cuti raya lepas mak aku masak untuk kami makan. Bestlah, terliur aku. Belilah daging tu dalam sekilo lebih. Mahal juga, sekilo RM19. Entahlah, mungkin itu harga biasa kot? Ialah manalah aku rajin ke pasar. Entah betul atau tidak harga tu. Aku tengok kat papan tanda tu sekilo RM20. Ya lah kot. Tapi aku dengar mak aku cerita kat kampung hari tu, harga daging lembu sekilo RM17 aje. Kat kampung lagi murah kot harganya. Nak beli udang dan sotong, rasa mahal lah pulak harga sekilo. Tak jadi belilah. Jadi aku beli daging dan daun ketumbar aje.


Nak cari pinggan mangkuk disposable kat kedai jual peralatan plastik, kedai dah tutuplah pulak. Esok ajelah beli. Kemudian aku terlupa nak beli serbuk kunyit dan serbuk ketumbar. Nak patah balik ke Pasar Borong aku dah keluar dari kawasan pasar. Takkan nak masuk balik bayar tiket masuk RM1 semata-mata nak beli serbuk tu. Tak kuasa aku. Baik beli esok aje, kata dalam hati. Harapan dalam hati mintak-mintak ada kedai runcit yang masih buka dalam pukul 11.30pm ni. Selamatlah ada lagi kedai yang buka, jadi aku belilah serbuk kunyit dan serbuk ketumbar tu. Serbuk ni kalau orang nak tipu aku pun aku boleh tau. Korang tak nampak tulisan yang kat luar paket tu? Hahaha...berlagak gila. Matilah aku kalau dia tak letak nama serbuk tu kat luar paket tu. Orang tipu aku pun aku tak tahu tu serbuk ketumbar. Kalau serbuk kunyit tu aku kenal lah sebab warnanya kuning.
Lepas beli serbuk tu, aku menuju ke kedai mamak. Ni lah kedai yang biasa aku lepak kat sekitar kawasan rumah aku. Kadang-kadang aku minum aje. Malam di dah alang-alang Mike nak makan, baik aku makan sekali. Laparlah perut ni. Tak ramai sangat orang malam ni. Biasanya full house. Kat bahagian luar aje penuh. Aku refer lepak kat luar, lagi seronok. Dapat lihat suasana sekeliling.

No comments:
Post a Comment