29 December 2009

Hari ni...

Hari ni macam biasa aku bangun. Nak kata awal tak juga nak kata lewat pun tak. Cuma bila bab nak pi kerja memang jadi lewat, saja aje. Tapi pagi ni bila aku nak buka pintu kereta pakai remote, tak nak terbuka pulak. Dalam hati aku dah agak dah mesti bateri kereta kong. Aku buka pintu kereta pakai kunci secara manual. Bila try hidupkan enjin, langsung tak nak hidup. Hampeh...
Selamatlah Mike ada kat rumah aku lagi. Aku kejutkan dia untuk tolong hantar aku pi kerja. Kesian pulak kat dia. Nak tak nak terpaksa juga pi kerja hari ni. Jalan pulak tak sesak macam kebiasaan. Mungkin masih ramai yang ambil kesempatan untuk cuti panjang hujung tahun ni. Jadi sampai kat pejabat sebelum jam 8.20am. Awal juga lah tu.
Nak sarapan pagi ni Abang Din pulak ke klinik Kardio. Jadi selamatlah Dr Salamah singgah belikan sarapan kat cafe. Makan mee hoon goreng aje pagi ni.
Hari ni ada satu kes aje tapi kes bunuh. Nak dijadikan isu hari ni pasal panggilan pakar dari forensik HKL untuk cover Big Boss aku yang sedang bercuti. Ni masalah dalaman, nak cerita pun tak sedap tapi apa-apa pun konsep Penyayang, Profesionalisme dan Kerja Berpasukan patut kita terapkan. Nak-nak sesama pasukan yang bernaung di bawah satu nama jabatan, dah lah sana ibu pejabat. Gunakanlah budi bicara bila berurusan. Kes ni bukan melibatkan aku secara langsung tapi tempiasnya adalah sikit-sikit, tapi dah selesai semuanya dengan cara baik itu pun dah ok.
Tengahari tadi aku makan nak dekat pukul 2pm. Lewat sikit, makan pulak sorang-sorang. Dah masing-masing sibuk dengan urusan. Hari ni yang datang kerja hanya 6 orang aje termasuk aku. Yang lain masih bercuti. Makan tengahari untuk hari ni adalah nasi ayam, best.
Hari ni pulak entah apa kerja yang aku buat. Aku pun tak tahu. Cuma aku habiskan sikit-sikit projek aku yang tergendala. Petang tadi aku balik awal, jam 3.30pm lebih aku dah blah. Bukannya apa, mulanya ingat nak balik betulkan kereta, tapi bila tengok masa yang macam tak berapa cukup, aku batalkan niat tu. Aku call Mike minta tolong ambik aku. Balik terus terlelap pulak depan PC.
Jam 5.45pm aku bangun untuk bersiap ke Istana Budaya (IB). Teman Mike dulu untuk cari baju yang sesuai kat Jusco. Mike sebenarnya tak bawa baju sesuai, nak pakai baju aku besar sangat. Nak masuk IB kena berpakaian kemas. Lepas teman Mike cari baju kitaorang ambil sayang kat tempat kerja dia. Malam ni ada pementasan Gema Zafana.

Ini kali pertama aku masuk IB. Sebelum ni berminat juga untuk mengikuti pementasan teater tapi masa aje yang tak ada. Bila dah ada peluang ni seronok pulak rasanya. Dengar dan lihat dalam TV aje sebelum ni dengan kehebatan IB. Tapi malam ni aku sendiri merasai kehebatan IB.

Gema Zafana berkaitan dengan zapin dari negeri Johor. Siapa yang tak tahu tarian zapin (maksud aku mesti korang pernah dengar). Dan aku secara langsung (waktu zaman sekolah dulu-dulu lah) terlibat dalam tarian zapin. Masa tingkatan 4 aku adalah penari dan bila naik ke tingkatan 5 aku dah jadi jurulatih. Dan adalah serba sedikit gerak-geri zapin yang masih aku ingat, almaklumlah dah sedekat aku meninggalkan zaman persekolahan.
Secara keseluruhan rasanya aku tak layak untuk komen persembahan tu tapi satu pujian aku berikan untuk pementasan tu. Secara keseluruhannya aku rasa terhibur. Persembahan yang cukup santai dan sekali sekala terpaksa menafsirkan sendiri pergerakan kontemperori yang di bawa oleh penari. Apa-apa pun tahniah atas persembahan tu.
Malam tadi persembahan bermula tepat jam 8.30pm dan berakhir jam 11.40pm. Balik tadi singgah sekejap kedai mamak kat Serdang. Pesan tosei rawa tapi tak sedap lah pulak malam ni dia masak. Rasa lemau aje. Lepas tu hantar sayang balik semula ke pejabat sebab kereta dia park kat sana.
Lepas ni aku nak tido, dah lewat ni bro... Mata dah ngantuk gila. Entah esok boleh bangun awal ke?

25 December 2009

Hari ni...

Firstly hari ni aku nak ucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada pembaca blog aku yang menyambutnya. Semoga korang ceria dan gembira dapat berkumpul dengan keluarga tercinta. Sempena cuti hari ni juga aku banyak menghabiskan masa dengan melepak kat rumah aje. Cutilah katakan, jadi bila lagi nak rehat.
Pagi ni aku bangun awal tapi lepas subuh sambil-sambil tengok tv tu aku terlelap semula. Best pulak tido. Bangun secara rasminya lepas pukul 12pm. Adalah juga tersedar sekali sekala sebab nak tengok tv. Tengahari tadi Mike masakkan meggi goreng ni. Makan ajelah apa yang ada, nak keluar malas.

Petang tadi aku tak tahu nak buat apa, adalah sekali sekala aku mengemas rumah. Kadang-kadang dok mengadap PC ni, download cerita sambil-sambil tengok tv. Tapi petang tadi aku dok habiskan masa buat benda ni (dalam gambar kat bawah). Dulu aku ada beli perhiasan gantung-gantung ni (ada limau, lemon, strawberry dan kacang). Aku cantumkannya sekali, jadi senang bila nak gantung nanti. Ingat nak gantung kat dapur.

Malam ni aku makan kat kedai mamak rasmi aku. Macam biasalah, makan mee goreng mamak dan milo ais. Lepas makan terus balik.

Jadi lepas ni aku nak lepak lagi dan layan tengok cerita santa clause kat tv. Ok selamat bercuti.

24 December 2009

Hari ni...

Nyenyak gila malam tadi aku tido. Best bila bangun pagi ni, rasa segar. Semalam lupa nak tutup PC, member aku pagi-pagi lagi seawal jam 6am dok YM kat aku. Layan dia sekejap YM. Lepas tu aku bersiap nak ke tempat kerja.
Hari ni bersemangatlah aku nak ke tempat kerja awal tapi jalan teruk gila jem nya. Terperangkap lebih kurang 2 jam juga rasanya. Apasallah jalan sesak pagi-pagi macam ni. Nak kata ada accident, tak nampaklah pulak. Nak kata ada kereta rosak tengah jalan pun tak ada nampak juga. Mungkin ratu cantik melintas jalan kot, sampai kereta tak bergerak, mungkin???

Pagi ni sampai-sampai aje aku sarapan dulu, best gila makanan pagi ni. Mee soto. Makan tak tengok sekeliling dah. Best sangat.

Petangnya sekali lagi aku makan soto nasi impit. Ada lebih punya pagi tadi. Adalah rezeki aku petang tadi nak makan. Yang pastinya memang best makan petang tadi.

Petang tadi aku terbaca diari student UCSI tentang hari pertama diaorang kat sini. Macam-macam komen aku terbaca. Sebenarnya jarang aku ada masa nak baca diari student. Jangan korang salah sangka pulak, diari ni bukan rahsia macam diari peribadi. Diari ni adalah catatan harian diaorang kat sini. Bukti dokumentasi ini adalah antara perkara wajib diaorang lakukan untuk lulus posting kat jabatan aku. Siapa-siapa yang dah pernah posting kat jabatan aku, diaorang fahamlah apa tu diari student.
Ini antara beberapa komen yang aku ambil dari diari diaorang tentang pembentangan pengendalian spesimen medikolegal yang aku lakukan semasa Seminar Jenayah Seksual dan Penderaan Kanak-kanak pada 31 Nov lepas.
Dan ini komen yang membuatkan aku tergelak tetiba. Korang bacalah sendiri.

Petang tadi aku singgah jumpa sayang. Dia call kata gambar tunang hari tu dah siap. Apalah punya lama baru siap gambar tunang tu. Keseluruhan gambar yang aku tengok tu tak berapa best. Rasa kurang seni lah jurukamera nya. Tak ada unsur 'wow' dalam gambar tu. Selamatlah dalam banyak-banyak tu ada beberapa gambar yang ok. Yang lain biasa-biasa aje.
Balik tadi ingat nak tido, ngantuk lah. Tapi tetiba Mike call kata dah sampai. Dia belikan aku radiator coolant untuk kereta aku dan smart tag beserta touch n go. Lepas tu kami keluar pi makan kat McD.

Lepas makan kami singgah ke bank sekejap sebab aku nak keluarkan duit dan ambil cermin mata baru aku. Inilah cermin mata baru aku yang berharga RM1020. Sesuailah harganya untuk penglihatan yang lebih selesa. Baik beli benda yang berkualiti untuk mata aku ni, kalau tak jaga elok mau buta pulak nanti.

Lepas ambil cermin mata kami singgah beli DVD sekejap. Inilah antara DVD yang aku beli.

Lepas beli DVD aku teman Mike mencari Citi Bank. Punyalah jauh sampai ke KL malam ni aku berjalan. Banyak kali aku menguap dah. Ngantuk sangat.
Ok lah aku nak membuta ni. Jom tido.

17 December 2009

Kalamullah...

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. Yang awal dan ke atas kelebihan Mu yang besar dan kemurahan Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan aku.
Aku memohon pemeliharaan dari Mu sepanjang tahun ini daripada syaitan, pembantunya, tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada Mu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak reda dan tidak melupakannya.
Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan dimana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunan Mu, maka ampunilah aku.
Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engaku redainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu.
Maka kami memohon kepada Mu, wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepada Mu wahai Yang Maha Pemurah.
Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga, sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
SALAM AWAL MUHARAM 1431 HIJRAH

12 December 2009

Hari ni...

Hari ni terbangun lambat. Pukul 10.30am baru nak celik mata. Mungkin sebab tido lambat semalam. Dan mungkin juga penat semalam tak habis lagi. Bangun-bangun terus kemas bilik bacaan aku. Korang tengoklah bilik bacaan aku yang bersepah ni. Dah lama tak kemas. Setiap kali nak kemas mesti malas gila nak mula. Bila dah mula pulak, nak meletakkan barang pulak jadi masalah. Bilik ni sempit jadi terpaksalah susun atur dengan baik. Nak fikir barang tu nak letak sini, barang ni nak letak situ, arrrggghhh...pening. Kena susun atur supaya aku mudah cari barang. Dan dalam bilik ni jadi tempat aku nak rehat nanti sambil buat kerja dengan tenang, jadi kena susun atur supaya selesa.
Tengahari tadi aku ingat nak keluar makan tapi sayang call kata nak hantar makanan. Alhamdulillah ada rezeki aku. Dia masakkan nasi, daging pedas dan cendawan masak sayur air. Best betul makan tengahari tadi. Kenyang, sedap betul. Pandai sayang masak. Dan aku tambah dengan petai jeruk. Antara makanan kegemaran aku yang aku beli masa kat kampung masa cuti lepas. Bertambah selera bila makan.

Lepas makan jadi kenyang dan penat pulak. Entah pukul berapa entah, aku terlelap semula. Penat dan ngantuk sangat. Sedar-sedar dah jam 6.30pm. Menggeliat ala kadar, sambung tengok tv. Dah jam 7pm aku mandi, bersedia nak keluar pi shopping kat Jusco. Nak beli barang dapur sikit untuk adik aku yang akan datang isnin ni. Kesian pulak tak ada makanan dalam peti sejuk. Apa pulak dia nak makan nanti? Dahlah minggu depan aku oncall, dia pulak nak duduk seminggu kat rumah aku. Baik aku sediakan makanan untuk dia masak sendiri nanti. Kesianlah pulak nak suruh dia keluar beli makan. Dahlah aku tak mungkin akan balik bila time oncall.

Lepas singgah Jusco aku dan Mike singgah makan kat kedai mamak. Malam ni aku pesan mee goreng mamak. Tak tahu dah nak makan apa. Jadi blur dah pasal makan ni. Layan ajelah apa-apa pun, asalkan kenyang perut ni sudahlah.

Lepas makan kami ke Pasar Borong Selangor pi beli daging, sayur sikit dan udang. Esok ingat nak masaklah. Almaklumlah dah lama dapur aku tak berasap. Jadi nak try-try lah memasak semula. Sedap atau tak, belakang kira. Asal makan.

23 November 2009

Hari ni...

Pagi-pagi buta ni aku menaip. Entahlah, mata tak ngantuk lagi. Dan hari ni disebabkan aku dah mula oncall, ada satu lagi kes baru yang aku sedang tunggu. Setakat ni esok dah ada 4 kes untuk di postmortem. Penatlah aku macam ni.
Pagi tadi aku bangun macam biasa. Kunci jam pukul 8am. Takut-takut kalau ada kes postmortem untuk hari ni atau ada kes dari wad. Tengok-tengok masih tak ada maklumat pasal kes baru. Aku tertunggu-tunggu juga tapi tak ada pun hospital call. Jadi aku anggapkan hari ni aman tanpa kes kematian. Jadi seperti dirancang, jadilah aku temankan sayang ke majlis kenduri kawin Aishah (rakan sekerja sayang). Sementara nak menunggu jam 12pm aku pun tengoklah tv dan sambung lelapkan mata sekejap. Hari ni sejuk pulak, redup aje. Lepas sarapan pulak pagi tadi sesuailah untuk melelapkan mata semula. Pagi tadi Mike masakkan roti telur dan nugget.
Sedar-sedar dah jam 12.10pm bila sayang call kata nak ke kenduri. Aku ingatkan pukul 1pm nak bertolak. Kan biasa orang bersanding dalam jam 1.30pm. Jadi kelam kabutlah aku bersiap. Hampir jam 1pm juga aku sampai depan fakulti UPM (tempat kitaorang berkumpul). Alah...setakat Cheras aje, bukannya jauh pun.
Sampai tempat kenduri di rumah Aishah, selamat pengantin tak bersanding lagi. Jadi kami makan dulu. Sempatlah jumpa tuan rumah dulu dan sempat ambil gambar pelamin dan meja makan beradap. Simple tapi oklah, macam kenduri kawin yang biasa-biasa aje. Mulalah orang menyakat kat aku, macam mana jenis pelamin yang aku akan buat nanti. Itu jawapan, no komen. Kena tanya sayang.
Makanan untuk majlis kawin kat Selangor ni kadang-kadang pelik juga aku. Ialah, makin kekampungan. Maksud aku, kebanyakan majlis yang aku pergi tak ada dah hidangan biasa-biasa macam dulu. Ataupun itu memang makanan dah dalam menu yang tukang masak berikan. Entahlah, tapi bagi aku memang sesuai dengan selera aku (aku ni apa pun makan, hahaha...). Ada gulai nangka, pajeri nangka, gulai rebung, rendang daging, ayam goreng, acar buah, nasi putih dan nasi tomato (kalau aku tak silaplah). Macam makanan biasa-biasa aje kan? Tiap-tiap hari kedai makan mana-mana pun ada jual. Tapi sedap juga. Aku ni bab komen pasal makan memang nombor satu. Komen tau, masak tak tau. Hahaha...
Apa-apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru untuk Aishah dan Amirul. Semoga mahligai yang korang bina insyallah akan bertahan dan kekal selamanya. Ucapan ikhlas dari aku yang akan mengikuti jejak korang bulan Mac tahun depan. Huhuhu...

Petang tadi selepas kenduri kepala aku berdenyut. Sakit kepala sungguh sebabnya kena hujan. Aku ni kan pantang kena hujan. Mulalah kepala berdenyut. Sampai rumah aje lepas zohor terus terlelap. Sakit kepala punya pasal. Jam 5pm aku terjaga sebab hospital call. Ingatkan ada kes rupanya operator nak semak semula siapa yang oncall hari ni. Jadi keliru sikit sebab Jemang tak tukar nama oncall hari ni. Aku ganti dia hari ni untuk cuti yang aku ambik minggu lepas ke konsert Siti.
Jam 5.30pm sampai ke jam 10pm aku sibuk dok melayan call masuk. Ada 2 kes petang tadi yang huru-hara sikit. Mana silapnya entahlah, ada kekilafan dalam komunikasi yang disampaikan kepada waris dan polis. Bukan aku yang berikan arahan tapi waris pandai-pandai sendiri buat arahan. Jadi haru biru lah sekejap keadaan. Ada satu waris ni nak tengok body, padahal masa sebelum masukkan body tu dalam peti sejuk diaorang dah tengok, datang pulak satu kampung lagi nak tengok, masalahlah macam ni. Kes pulak body nya berat melebihi 100kg, siapa nak jawab tu. Kesian PPK aku nak mengangkat. Berat tu... Satu lagi kes nak buat postmortem malam, lagilah pulak. Katanya pakar dia yang bersetuju arahkan untuk buat malam ni. Padahal pakar tu kerja di Hospital Klang (jabatan lain pulak tu), aku ni kat Hospital Serdang. Apa kes dia arahkan kitaorang buat malam-malam postmortem. Last-last dua-dua kes aku cakap elok-elok gunakan komunikasi berhemah dan sopan, akhirnya dua-dua kes akan dibuat esok postmortemnya dan akan dicam oleh waris esok pagi. Alhamdulillah.
Malam ni hati aku tak sedaplah pulak. Tulah pasal aku ambil keputusan nak over night kat hospital malam ni. Pertamanya tadi kredit aku dah habis, jadi aku nak keluar beli kredit. Duit pulak tak ada. Bila sampai ke mesin ATM, ada ke patut duit RM10 aje yang ada. Tebal beg duit aku dengan note RM10. Gila... Apa-apa pun oklah sebab dapat beli prepaid. Oklah aku layan menaip esoklah pulak. Aku nak tengok kes tadi dulu.

21 November 2009

Hari ni...

Pagi ni aku terjaga awal. Bangun terkebil-kebil tak tahu nak buat apa. Nak tido semula rasanya macam dah puas gila tido. Hari sabtu tu, cuti. Jadi bangun juga layan tengok tv. Rasa laparlah pulak pagi ni. Nak masak malas. Bukan malas apa pun, malas nak menyediakan bahan dan malas nak membasuh pinggan mangkuk. Jadi aku mandi, aku keluar beli sarapan.
Terliur pulak tengok nasik dagang ni. Dah lama aku tak makan. Nak makan selalu muak pulak rasanya. Sekali sekala jumpa ni rasa best lah pulak. Nasiknya pulak best gila. Lauk ikan tongkolnya nampak cair tapi pekat rasanya. Best...kenyang ingat nak tido. Tak juga ngantuk mata.

Aku pun layan lah buat kerja depan PC dan sambil-sambil tu tengok tv. Ingat nak kemas rumah, malas lah pulak. Sedap kalau malas-malas kan diri hari ni. Terlelap jugalah sekejap tengaharinya. Bangun semula sebab Mike call kata malam ni ni nak datang tido kat rumah aku. Lepas tu aku pun layan mengadap PC semula.
Inilah makan malam aku (sebenarnya aku makan waktu petang tadi). Mee goreng, telur mata dan ayam rendang. Best...

Malam tadi Mike datang nak bermalam kat rumah aku. Aku pulak dari tadi main-main edit konsert Siti Nurhaliza hari tu. Dah selesai konsert tu aku edit. Nanti aku maklumkan link ke Youtube aku kat korang bila aku dah upload kan. Lecehlah nak upload, lambat gila. Kepada sesiapa nak video konsert tu, datang sendiri jumpa aku. Bawa thumbdrive aje yang berkapasiti 2GB. Free aje aku bagi. Oklah aku nak edit lagi ni. Mata aku pun dah ngantuk melayan PC ni. Nak edit pun susah gila.

20 November 2009

Hari ni...

Pagi ni dapatlah aku bangun awal. Walhal penat semalam pun tak habis lagi. Tapi disebabkan kualiti tido yang bagus, jadi pagi ni aku segar sikit nak bangun. Jalan tadi taklah sesak sangat. Jadi dapatlah kereta aku meluncur dengan laju. Sampai-sampai aje aku sarapan dulu. Isi tenaga dulu apa-apa pun. Pagi ni makan kuetiow goreng. Yummy...

Pagi ni ada kes tapi aku sibuk dengan projek terbaru aku. Tetiba aje aku dapat projek baru padahal projek spesimen aku pun tak habis lagi. Pagi ni aku kena habiskan buat buku log dan buku laporan student. Bulan depan dah ada ramai student yang akan buat posting kat jabatan aku. Jadi selama ni buku log diaorang tak ada dan jika ada pun tak sama antara satu sama lain. Jadi untuk seragamkan buku log diaorang, aku pagi ni diarahkan untuk cipta satu buku log standart untuk semua student. Idea lagi...
Selamatlah aku ni banyak idea dalam kepala. Dalam kepala ni dah ada plan sebenarnya tapi saja aku tak nak suarakan. Ialah, balik-balik aku juga yang kena buat. Apa-apa pun aku seronok juga sebenarnya nak buat benda-benda ni. Hasil kerja kita digunakan oleh orang lain. Memudahkan untuk student-student daripada kena beli buku di luar. Tapi diari klinikal diaorang masih kena beli. Mungkin perancangan masa depan aku akan usahakan untuk cipta satu diari yang sesuai. Siapa yang dah posting kat jabatan ni taulah apa itu diari klinikal.
Tengahari lepas jumaat aku lelapkan mata sekejap. Ngantuklah. Kepala penat bekerja, memikir design yang sesuai untuk buku log.
Petang tadi adalah hari terakhir Dr Sri posting kat jabatan aku. Macam biasalah, sebelum habiskan posting, CME wajib dibentang. Ini adalah antara syarat untuk lulus posting kat jabatan aku. Selamat dia lulus. Pengkritik-pengkritik tetap ada mendengar dan memerhatikan CME tu. Siapa pengkritik tetap tu? Tu nampak tak 3 orang dalam gambar tu.?
Lepas CME macam biasalah, mesti ada jamuan sikit. Kali ni disebabkan paginya sibuk, jadi CME ditangguh ke petang. Jadi bersesuaianlah untuk minum petang. Time hujan-hujan pulak tu.


Inilah yang aku maksudkan, pizza. Dah lama aku tak makan pizza. Sebenarnya aku jarang nak makan pizza. Tak minat sangat. Tapi petang tadi daripada hajat nak makan sekeping, aku termakan sampai 4 keping. Siapa nak jawab tu? nak kata lapar tak lah sangat. Tapi mungkin best sangat mengunyah kot...hahaha...

Inilah muka-muka sebelum makan. Lapar dah, tapi tetap ceria. Time makan aje dah tak ingat sekeliling. Thanks Dr Sri. Semoga apa yang you belajar di jabatan kami akan you terapkan dalam perkhidmatan. To Dr Buven, you punya posting tak selesai lagi, jadi kita akan berjumpa lagi. Hahaha...
Petang ni aku balik jam 5.15pm. Kena balik awal sebab risau jalan sesak. Selamatlah jalan belum sesak lagi. Sampai rumah terus baring. Nak tido sayang marah sebab takut aku terlepas maghrib katanya. Jadi aku baring-baring dan lepas ni aku nak membuta. Nak bayar tido tertunggak aku dalam 2 hingga 3 hari ni. Siapa nak join aku tido, jom. Zzz...

Kalamullah...

PETUNJUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Aku lah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 41)
Huraian
Beriman dengan Al Quran merupakan salah satu daripada rukun iman yang keempat. Al Quran merupakan rujukan utama umat Islam.
Di dalamnya terkandung segala kebaikan yang menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat, dan mencegah manusia daripada kesesatan hidup di dunia.
Janganlah kita berpaling lari dari petunjuk Al Quran semata-mata mahu mengejar keuntungan yang sedikit berupa harta, pangkat kedudukan dan sebagainya kerana sesungguhnya keuntungan tersebut teramat kecil nilainya berbanding dengan kerugian yang bakal kita tempuhi di akhirat kelak akibat kelalaian kita ketika di dunia.
Manusia yang alpa dan menjauhi Al Quran akan jauh dari keredaan Allah SAW sedangkan tidak ada yang lebih mulia di sisi Nya melainkan orang yang paling bertaqwa iaitu orang yang sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh serta menjauhi perkara yang dilarang.
Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah mereka yang menjauhi dan membenci Al Quran sedangkan mereka mengetahui akan hakikat kebenaran yang terkandung di dalamnya sebagaimana halnya yang berlaku terhadap orang-orang Yahudi yang mendustai Rasulullah SAW dan kitab Al Quran yang dibawa baginda kepada mereka padahal segala kebenaran itu juga terdapat di dalam kitab mereka yang diturunkan sebelumnya.
Kesimpulan
Muslim yang beriman dengan Allah SAW tidak akan melakukan sesuatu yang terang-terangan bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia akan merosakkan dirinya dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
Al Quran merupakan panduan terbaik yang menggambarkan kehidupan orang-orang yang beriman dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.

13 November 2009

Kalamullah...

GOLONGAN KANAN DAN KIRI
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Dan puak kiri; alangkah siksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia) yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) - (Al-Waqiqh 8-10)
Huraian
Golongan kanan iaitu mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan adalah orang yang mendapat kemuliaan. Merekalah orang yang berbahagia dan bakal menduduki syurga.
Manakala puak kiri iaitu orang yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri merupakan satu petanda bahawa merekalah orang yang rugi yang mendapat kecelakaan dan bakal menghuni neraka jahanam.
Keadaan puak ketiga pula adalah orang yang telah mendahului dalam melakukan kebaikan dan amal soleh ketika di dunia malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk tabungan hari akhirat.
Golongan ini telah diberi keluliaan oleh Allah SAW sepadan dengan kecemerlangan yang telah dicapai mereka ketika hidup mereka di dunia.
Kesimpulan
Allah SAW menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Siapa yang bijak memanfaatkan masa hidupnya maka kesudahannya adalah kebahagiaan. Mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang beroleh kenikmatan dunia dan akhirat serta layak menduduki syurga Allah.

Hari ni...

Pagi ni aku bangun awal untuk ke tempat kerja. Dari rumah aku singgah isi minyak dulu. Dah kering minyak kereta. Bila dah isi barulah sedap nak berjalan. Tapi jalan raya pagi ni sesak teramat. Selamatlah aku keluar rumah awal. Jadi terperangkap sekejaplah dalam kesesakan pagi ni.
Sampai tempat kerja perkara pertama aku buat ialah sarapan pagi. Laparlah perut pagi ni. Dan alhamdulillah rezeki aku pagi ni. Nasik berlauk. Best wooo...memang kegemaran aku. Sambal dia perrrggghhh...pedas dan power. Tapi satu aje yang tak best...deria rasa dan bau aku dah hilang gara-gara hidung tersumbat. Potong stimlah. Aku pun sumbat ajelah makanan tu dalam mulut. Memang tak terasa langsung apa rasanya. Pedas ke, masin ke, manis ke, semuanya aku telan tanpa perasaan.

Hari ni ada dua aje kes postmortem. Satu buat pagi dan satu lagi buat petang. Taklah sibuk sangat, maksud aku keadaan terkawallah juga. Dengan keadaan aku yang tak berapa sihat ni, selamatlah Allah masih sayangkan aku. Taklah banyak beban kerja yang terpaksa aku tanggung. Hari ni suara aku mula hilang, tengelam timbul. Nak bercakap pun susah. Dahlah sakit tekak nak bercakap, kena ulang pulak berkali-kali sebab si pendengar tu tak faham apa yang aku kata. Nak kuat cakap, aku terpaksa tinggikan nada suara. Lepas tu paham-paham sendirilah, perit anak tekak ni.
Petang tadi aku tertido. Ingat nak baring-baring aje. Lepas maghrib baru sedar. Lena juga tido. Dan macam biasalah, malam ni aku jadi burung hantu tak tido lagi ni. Apa aktiviti aku nak buat pun tak tahu. Cuma update beberapa kerja aku yang masih tertangguh kat pejabat ni. Malam ni aku tido kat ofis, nak balik rumah malas lah.
Apa aku nak buat pun tak tahulah pagi-pagi buta ni...

12 November 2009

Hari ni...

Semalam aku terlena pukul 3am. Memang tak tahan tekak ni, gatal gila. Pagi tadi terlajak bangun. Pukul 8am baru nak capai tuala untuk mandi. Teruk sangat batuk malam semalam. Siang ni bila bangun, batuk dan rasa gatal tekak dah kurang sikit. Tapi selsema dan hidung tersumbat pulak. Aduh...macam-macam lah.
Pagi ni ada satu kes untuk postmortem. Selamatlah external aje. Tengahari boleh rehat sekejap. Ini sarapan aku pagi semalam, lontong. Mula-mulanya aku was-was nak makan sebab dr Salmah kata ada ulat pada kacang. Bila aku siasat kuah tu, ok aje. Aku pun ngap ajelah, dah memang antara makanan aku. Setakat ulat sayur tu, tak salah makan.

Tengaharinya staf aku belanja makan nasi goreng kampung ni. Lidah aku kurang deria rasa dah. Jadi makan ajelah. Dah rezeki.


Ingat semalam nak ambil ubat. Tak jadilah pulak bila teringat kesan sampingannya kat aku. Takut terjadi apa-apa pulak nanti. Macam yang aku kata, bila aku makan ubat batuk bermakna aku akan jadi mai-mai. Setakat nak mintak paracetamol aka panadol, kat rumah aku ada.
Petang tadi Ijat call aku, dia kata malam semalam saja aje dia round dengan kereta dia yang baru di cat depan rumah aku sekitar jam 10pm++. Dia ternampak ada sebuah Kancil putih dengan dua orang lelaki di dalamnya park depan rumah aku. Risau aku dibuatnya, sebab tak ada member aku yang pakai Kancil. Yang aku peliknya siapa nak parking malam-malam depan rumah orang lain. Risau dia nak mencuri aje. Aku balik segera petang tadi. Alhamdulillah semuanya ok. Tak ada kesan diceroboh atau cubaan menceroboh.
Petang tadi lepas maghrib kepala aku sakit sangat. Memang tak boleh bangun. Aku tertido entah pukul berapa pun aku tak tahu. Selamatlah tadi Abang Din dan Hairul cover sekejap oncall. Ada satu kes dari wad dan satu kes BID dari ED. Dan selepas tu line clear sampai sekarang.
Dan tadi aku terjaga pukul 2am++. Tak boleh nak tido semula ni, apa aku nak buat ekkk... Bosannya.

10 November 2009

Hari ni...

Malam tadi aku tak dapat tido nyenyak. Batuk dan sakit dada aku makin teruk bila tido kat tempat sejuk. Banyak kali aku tersedar. Pusing sana, pusing sini, dada ni rasa nak pecah bila batuk. Kerongkong ni rasa makin sakit dan tersumbat. Nak tak nak cuba jugalah melelapkan mata walhal tak lena tido pun. Buat syarat.
Malam tadi ada dua kes dari wad. Selamatlah dua kes tu tak nak release malam tadi. Memang aku tak larat nak bangun. Terjaga jam 5am tadi, sejam kedian baru dapat lena dengan nyenyak. Kena bangun pulak tak lama lepas tu sebab nak mandi, kan aku kerja.
Pagi ni ingat tak ada kes untuk postmortem. Rupanya ada satu kes. Lepas selesaikan kes tu sampai ke petang banyak pulak kes nak kena release. Ada 5 kes kena release. Penat wooo...
Tengahari tadi sayang belikan aku lunch. Dia beli kat Nando's. Ada mushroom soup, garlic bread, dan salad. Sebenarnya aku tak ada selera sangat hari ni. Nak tak nak telan ajelah walhal deria rasa aku dah kurang sensitif. Bedal ajelah labu...

Petang tadi aku terpaksa lenakan diri sekejap. Tetiba kepala aku berdenyut dan sakit kepala yang teramat. Selamatlah ada member-member tolong cover. Dapatlah aku tido sejam. Tapi bila bangun kepala terhuyung hayang. Tu pun Hj Azhar kejutkan dalam pukul 6pm sebab nak pantau Radicare baiki aircond. Kacau betullah. Dah lah aku kurang sihat, time ni lah nak datang buat kerja.
Lepas tu aku tak boleh tido. Tekak aku makin menjadi gatalnya. Bila batuk kepala aku berdenyut sakit. Macam migraine. Sampai aku kena tekan kepala setiap kali batuk. Esok paksa rela terpaksalah aku mintak Dr Salmah orderkan ubat untuk aku. Sakit tak boleh tahanlah. Aku nak ubat aje, MC tak nak. Kan aku ni pekerja yang berdedikasi. Ahak...
Ok lah guys, aku stop kat sini dulu. Bagi aku rehat. Tak stabil kepala aku ni. Sakitnya, masyallah susah mau ceritalah...

09 November 2009

Hari ni...

Pagi ni aku bangun awal hasil dari ketepatan jam handset aku berbunyi dengan baik. Seawal jam 6am benda tu dah berbunyi. Apa yang tak bestnya, boleh pulak aku terlelap sejam lagi. Pukul 7am lebih baru terjaga. Apa taknya malam tadi aku tido dalam jam 3am lebih. Mata tak ngantuk lagi masa tu. Jadi nak tak nak, aku paksa juga untuk tido. Maknanya kalau aku dah melebihi jam 3am masih tak tido, itu masalah besar. Tak akan nyenyak tido aku. Hari ni pulak aku dah oncall. Alhamdulillah sampai kat ofis sebelum jam 8am. Jalan tak berapa sesak sangat hari ni walaupun banyak kenderaan.
Pagi ni selamatlah ada satu kes postmortem aje. Taklah berapa sibuk. Hari ni juga ada dua orang Houseman posting kat tempat aku dalam minggu ni. Welcome to our dept Dr Shangeetha and Dr Raja. Harapan kami korang dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan selamat berkenalan dengan keluarga forensik di sini. Mulanya sebenarnya aku ingatkan tak akan ada Houseman dan student dalam dua minggu ni. Tapi tetiba pulak ada. Macam biasalah pagi-pagi lagi aku dah berikan orientasi pasal jabatan. Kemudian kami buat postmortem. Sampai ke tengahari, kemudian rehat sekejap.
Pagi ni kebetulan pulak kes postmortem yang kami buat tu ada masalah. Bukan masalah pada body simati tetapi masalah pada family diaorang. Kes berebut siapa nak uruskan mayat tu. Sebelah pihak suami nak menuntut mayat si isteri, belah keluarga si mati ni pun nak menuntutnya. Siap macam nak buat rusuhan ramainya orang berkumpul depan dept aku hari ni. Sampai polis dan pak guard turun mengawal keadaan. Keluarga si mati kata si suami ni cuba nak bunuh isterinya. Si suami pulak menafikannya. Dari postmortem kes tu cuma infeksi pneumonia aje. Apalah kecoh-kecoh. Kemudian polis dah pening melayan, polis ambil keputusan nak bawak kes tuntutan tu ke mahkamah. Maknanya body tu tak boleh diserah kepada sesiapa selagi tak dapat keputusan dari mahkamah siapa yang berhak menuntutnya. Lepas beberapa sessi perbincangan dan penerangan barulah keluarga si mati dan suami si mati berdamai. Jadi kes ni tak perlulah di bawa ke mahkamah sebab yang berhak menuntut kalau ikutkan adalah suami dia. Apa-apa pun setakat nak uruskan orang tersayang yang telah pergi ni, gunakanlah akal fikiran. Kalau mengikut perasaan ia akan terus menyiksa mayat. Ini adalah antara kes yang biasa aku hadapi bila bekerja dengan forensik. Macam macam perangai dan emosi yang tidak stabil terpaksa aku hadapi. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan berhemah dan bijaksana.
Hari ni juga kebetulan pulak hospital aku menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Tahunan National Suicide registry Malaysia. Ramailah member-member dari seluruh Malaysia yang datang. Aku tak terlibat sebab aku tak menguruskan semua data dan maklumat berkaitan kes-kes bunuh diri ni. Aku tahu kursus ni 3 minggu lepas lagi sebab member aku Hasli ada call kata nak suruh ambil dia kat stesen komuter. Pagi tadi tertunggu-tunggu jugalah dia call. Rupanya dia dah naik cab ke hospital, hampeh... Tapi petang tadi aku hantar dia ke stesen komuter sebab flight dia pukul 8pm ke Alor Star. Dia sebenarnya kerja kat Hospital Tuanku Fauziah Arau, Perlis. Tapi kalut sangat nak balik awal, risau bini dengan anak kat rumah katanya.
Petangnya lepas rehat, aku beri kelas tentang pengendalian spesimen kat Houseman. Lepas tu seperti arahan Boss aku, diaorang kena periksa tulang rangka manusia. Dan alhamdulillah petang tadi rezeki melimpah ruah. Ada orang belanja kami McDonald. Best dapat makan free. Rezeki jangan ditolak. Dr Fatimah pulak bagi burger nya kat aku. Maknanya aku makan dua biji burger. Kenyang perut ni.

Petang tadi ada kes mayat untuk dieksport ke Indonesia. Lepas habis kes tu aku jadi tak tau nak buat apa pulak. Kebetulan pulak sayang call. Biasalah dengan suara menggoda dia, cair dan hilang marah aku yang semalam. Dia just nak beritahu yang dia dalam komuter. Dan bila aku offer untuk ambik dia, dia menolak dengan baik. Aku ni bukan jenis pendendam dan tak reti nak simpan marah lama-lama. Yang boleh dijernihkan tu apa salahnya aku bertolak ansur sikit. Tapi aku tetap berhati-hati, yang jernih tu mungkin akan keruh sebab keladak masih ada kat dasarnya. Apa-apa pun aku ok aje, terimalah realiti kehidupan.

Mula aku bercadang nak tido. Tapi bila memikirkan takut terlepas maghrib, dan tak elok tido senja-senja ni. Aku pun mulalah operasi mengemas dan susun atur semula jabatan aku. Gambar ni aku snap masa 20% dari proses make over berlaku. Banyak gila habuk dan barang-barang tak guna aku lempar ke tepi. Entah apalah harta pusaka staf-staf aku simpan? Dokumen masa jabatan aku baru buka pun masih ada. Patutnya dah boleh hantar ke muzium simpan.

Pagi tadi Dr Fatimah ada beri cadangan untuk make over sikit bilik pejabat kami. Dinding dah ceria dengan cat baru tapi susun atur dalam pejabat masih sama. Mulanya kalau ikutkan aku, malas nak mengemas, tapi entah mana datang rajinnya aku petang tadi terus mengemas ikut naluri aku. Sempit ke apa ke, janji ada pemandangan baru. Cuma meja aku aje yang tak berubah, tetap memandang kaunter. Inilah hasil make overnya (sebenarnya aku pinjam ayat member aku. Siapa? Itu tuan punya diri boleh jawab sendiri). Kemas dan tak serabut dengan benda-benda tak berguna sini sana. Semuanya tersimpan rapi. Cuma ada beberapa perkara yang akan aku suruh staf aku kemaskan semula esok.

Ok lah aku nak rehat kejap. Kebetulan pulak ada satu kes kematian kat wad. Aku pun nak rehat kejap sebab aku kurang sihat. Dada aku semakin sakit, batuk. Duduk dalam tempat sejuk pulak ni. Betul-betul sakit. Dah nak sebulan batuk masih tak elok-elok lagi?

08 November 2009

Hari ni...

Pagi ni celik aje mata nak mengemas aje dalam kepala ni. Kerja semalam pun masih tertangguh. Aku tido dalam pukul 2am lebih. Tak sedar dah lewat masih mengemas. Pagi ni tengah aku dok mengemas tetiba Mike masakkan jemput tepung ni. Sedap juga makan, dah lama tak makan jemput ni. Maklumlah malas nak masak sekarang ni. Jadi makanan aku pun asyik beli aje. Mana nak jual jemput tepung kosong macam ni.

Ini pulak makanan tengahari dan malam aku. Mike rajin masak hari ni. Dia masak nasik dan sup sayur tu. Ayam panggang tu dia beli. Kalau ikutkan aku, memang malaslah nak masak atau keluar makan time cuti-cuti ni. Nak-nak aku banyak kerja, lagilah malas nak keluar cari makan. Paksa relalah makan apa aje yang ada dalam peti sejuk. Selamat Mike ada, dia jugalah yang tolong sediakan makan untuk aku. Thanks.


Hari ni mulanya aku kemas kan rak buku dalam bilik bacaan. Aku kemas buku aje. Kemudian nak dekat pukul 6pm lebih aku dah naik angin. Menyusun tak kemas-kemas juga. Bilik tido tetamu masih belum selesai lagi. Aku kosongkan bilik bacaan yang dulu (untuk dijadikan bilik tido tetamu) kemudian aku masukkan barang dalam bilik tu. Inilah hasilnya. Tak kemas 100% lagi. Main letak-letak aje barang dulu.

Tapi barang-barang semuanya aku longgokkan dalam bilik bacaan baru. Hasilnya, aku sendiri tak boleh masuk dalam bilik tu. Jawabnya sabtu, ahad ni lah aku sambung mengemas. Sabtu, ahad ni aku cuti. Aku malas dah nak fikir macam mana susun atur dalam bilik tu. Nantikan ajelah Erik Leong datang deko kat rumah aku ni.

Dalam pukul 8am tadi sayang hantar msg kat aku, dia kata makciknya meninggal dunia kat Kuantan. Takziah aku untuk family dia. Masa dia beritahu aku tadi dia dah sampai kat hentian Sungai Besi, baru balik dari Kuantan melawat makciknya yang sedang nazak mulanya. Mungkin sudah sampai masanya, sayang dan mak dia tak sempat nak tengok makciknya menghembuskan nafas terakhir. Kemudian adalah msg susulan yang dia hantar kepada aku. Tetapi macam biasalah semuanya menyakitkan hati. Aku dah cuba jadi air pun, masih membara api kemarahan dia. Saja nak membakar perasaan aku. Nak aje aku cili-cili mulut dia tu. Tak sopan langsung.
Mulanya dia persoalkan aku, kenapa tak teman dia pergi ke Kuantan semalam. Macam korang tahu, semalam aku mengemas rumah seharian suntuk, sampai sakit-sakit badan aku ni. Ayat yang buat aku tak senang duduk mulanya berbunyi "...since awak x dpt tlg..sy g kuantan ngan rody esok...sy rasa..susah la sy nak mintk tlg awak...sy tau, awak mesti marah sy ckp mcm ne..tp..nie realiti...pijak la dibumi yg nyata..". Bukan aku tak nak pergi mulanya. Aku kesian juga bila tahu dia terpaksa naik bas ke Kuantan, sebab kereta dia ada kat sana, mak dia guna. Sebelum ni pun makcik dia (entah yang mana satu) pernah dikata nazak. Tapi tak meninggal time tu. Jadi dalam fikiran aku, mungkin sakit biasa-biasa aje. Aku pun dah ada plan dalam dua hari ni nak mengemas rumah. Dah terfikir dari sejak lepas tunang hari tu lagi. Jadi inilah masa aku nak mengemas bila cuti-cuti macam ni. Dia tak faham ke nak bagi aku kebebasan sikit? Yang dia tahu, apa dia nak mesti dia dapat. Aku juga yang pening melayan. Dah namanya mintak tolong, kena lah faham jika pihak yang satu lagi tidak mahu menolong. Janganlah berkecil hati. Tapi aku pun semalam ada rasa serba salah kalau tak ikut kemahuan dia untuk teman dia ke Kuantan, dan hari ni kerisauan aku semalam terjawab dengan ayat yang menyakitkan hati aku malam ni.
Bila aku kata itu perkara yang kecil dan jangan besar-besarkan (maksud aku, tak teman dia ke Kuantan) dia kata pulak "...benda kecik?..hmm..bila sy mintak tlg, sy menaruh harapan..Bharap pd awak..supaya bleh bantu sy...mendesak?? siapa mendesak?..Bila masa sy xsopan?selalu ckp sy xsopan...mintk tlg pun xsopan...standard sopan awak tinggi sgt...nmpknya sy memang dr bangsa yg xsopan...xsetaraf dgn sopan awak...". Aku maksudkan dia tak sopan sebab dari ayat dia mulanya macamlah aku tak pernah tolong dia sebelum ni. Perlu ke aku nak mengungkit apa yang dah aku tolong dia? Aku lelaki, mana nak mengungkit, dan bukan jenis aku. Disebabkan aku tak teman dia ke Kuantan dia kata aku ni susah nak tolong dia. Itu saja kayu pengukur dia? Kalau korang apa yang korang nak buat? Arrrggghhh...kepala aku dah panas.
Aku dah syak dah, mesti sayang nak kenakan aku cukup-cukup malam ni. Dia dah pasang strategi perang. Aku baru nak pacak kawat duri. Allah...apalah ujian Mu untuk aku malam ni? Tahap keimanan aku bergetar. Aku balas balik kat dia "Apalah awak ni. Istirghfar byk2. Asyik angin x tentu pasal knp? Itu lah yg sy risau bila dkt dgn awak. Kalau awak ok, sy sendiri offer nak tolong. Ni awak angin aje dgn sy, sy takut nak dkt. Mungkin awak perasan atau tidak, itu yg sy rasa. Takut". Maksud aku 'offer nak tolong' tu ialah teman dia pergi semula ke Kuantan. Aku mulanya terfikir juga nak call Boss aku untuk teman dia esok pagi, masa mula-mula dia maklumkan makcik dia dah meninggal tadi. Sebabnya aku oncall esok, peraturan oncall kena ikutlah. Bila keluar ayat sengsara macam kat atas tadi terus aku hold dulu kesanggupan aku. Aku risau dan takut dengan perangai dia yang suka mendesak macam ni. Bila aku tak penuhi permintaan dia bermakna dia akan simpan dalam hati. Dia akan gunakan tu untuk 'serang' aku dilain masa. Macam hari nilah, semalam bila aku kata tak nak ikut, dia kata ok. Bila dah nak perang dengan aku, dia keluarkan 'peralatan bom saraf' dia. Sampai sakit kepala otak aku. Aku nak tanya lah, ni ke sifat perempuan? (soalan maut untuk kaum hawa).
Kemudian dia balas yang ni pulak "...kalo sy ok, awak offer nak tolong??... Wah...br nie...awak offer nak tlg sy?...mcm xpecaya...sy mintk tlg elok2..awak kata malas...hmm..nie awak offer nak tlg sy?......." Ni dia persoalkan pulak bila aku nak tolong. Apa kes? Tolong salah, tak tolong salah. Apa aku nak buat ni weiii... Aku balas "Sy rasa jiwa awak x tenteram lah. Sy pulak jadi mangsa awak nak marah2 ni. Kan yg meninggal tu makcik awak. Bukannya 'org' dkt2 awak. Esok sy oncall, bila oncall kan cuti beku. Apalah awak ni? Tak puas hati kat mana sebenarnya? Tu ke yg awak maksudkan tolong? Bkn itu kuasa veto? Bila sy ckp sikit awak putar kenakan sy semula. Knp awak ni?" Aku faham makciknya yang meninggal malam ni. Tapi aku ni siapa? Aku cuma tunang dia aje. Dalam bab cuti perintah am pun termaktub cuma ayah, ibu, isteri dan anak-anak aje yg meninggal aku boleh bercuti. Atas belas ikhsan aje jika orang lain yang meninggal aku boleh cuti. Dan itu bukan masalah aku sebenarnya, nak cuti boleh aje. Tapi esok aku dah mula oncall. Bila oncall ini bermakna seratus peratus diri aku kena berada kat tempat oncall. Kalau sakit dan MC aje yang boleh membatalkan oncall tu. Dan oncall ni pun bukan alasannya juga. Tapi alasan yang paling besar sekarang ni sikap dia terhadap aku. Tengoklah cantik gila bahasa dia nak mintak tolong dengan aku. Kalau dia merayu dan minta tolong (dalam perkataan sebenar TOLONG) mungkin dari awal lagi aku akan teman dia.
Kemudian dari permintaan tolong kepada ayat mendesak (sama ada sedar atau tidak) dan tak nak ambil kisah pun permasalahan oncall aku esok dan tidak terfikir pun yang aku adalah kakitangan awam yang akan bertugas, dia membalas "..adik mak sy kan yg meninggal tu...xdkt lg ke?..xpe la..pendek kata..sy xleh nak harap pertolongan dr awak la...xyah pusing2..". Apalah tunang aku ni? Makcik dia bukan keluarga aku lagi pun. Memang aku faham yang dia maksudkan ahli keluarga dia yang meninggal, tapi bukan ahli keluarga aku pun. Dari aku nak ikut dia awal-awal tadi bila sampai msg yang ni aku dah jadi muak dan bosan dengan dia. Aku ke yang pusing ayat? Apa maknanya dia maksukan dengan "sy xleh harap pertolongan dr awak". teruk sangat ke aku ni? Dari suruh teman dia ke Kuantan, sehingga aku ibarat ditarik dan dipaksa untuk mengikut kemahuan dia? Ibarat kalau aku tak ikut dia bermakna aku ni tak guna langsung.
Kalau aku, dalam family aku meninggal pun, aku tak kisah pun dia nak ikut pun tidak. Sebab aku sedar dia masih tunang aku. Aku pun akan fikirkan macam mana dia nak cuti, macam mana nak berjalan jauh ke Terengganu dan mungkin dia ada hal peribadi yang dia nak buat.
Kesimpulan dari kisah ni, aku cuma nak beritahu, bukanlah aku ni zalim sangat tak nak ikut dia melawat makcik dia yang meninggal tu. Aku sendiri bertugas di bilik mayat dan aku faham perasaan dia. Cuma yang aku tak suka ialah sikap dia. Masih berdegil dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain semata-mata nak memenuhi kehendak dia. Semalam kata ok, hari ni kata tak ok pulak. Dan konsep perkataan TOLONG perlu aku kaji semula dengan dia ni. Jadi fobia pulak aku sekarang. Dan dengan sikap dia macam ni, aku risau sesuatu akan berlaku jika dia tidak mahu muhasabah diri. Aku faham jika korang pun akan rasa berkecil hati jika seseorang yang korang harap dapat membantu tetiba tak nak bantu. Tetapi dari segi orang berilmu dan berakal panjang dia akan menafsirkan dari sudut berbeza. Tak perlu kecil hati sebab secara tidak langsung akan menyakitkan hati pihak yang kita minta bantuan tadi. Dan hasilnya adalah seperti aku dan tunang aku malam ni. Asalnya dengan niat yang baik, dah dua-dua tak puas hati. Dan aku tak akan mengharapkan perkataan MAAF dari dia, sebab dia memang jenis yang tak tahu mengungkapkan perkataan MAAF. Manusia sombong, bongkak dan riak aje yang dalam hatinya tak ada perkataan maaf.
Dari aku penat mengemas dan menyepahkan barang. Tetiba pulak hilang penat tu. Kepala aku ligat pulak memikirkan permasalahan ni. Aku cuma nak seseorang yang dapat mendengar. Aku tak tahu apa yang aku patut buat dengan orang macam ni.
Oklah guys, aku noktahkan dulu penulisan aku ni. Makin aku menaip, makin meluap-luap marah aku. Dan aku sedar inilah dikatakan darah manis (tapi ni dah tak manis dah, makin menaik darah aku adalah). Apa yang dia buat sejak bergelar tunang ni akan meresap dalam jiwa aku. Tak macam dulu, aku masih boleh bersahaja. Sory lah sebab libatkan korang untuk membaca keluh kesah aku ni. Ini lah salah satu cara aku nak lepas kan masalah aku. Sebab aku tak ada siapa yang boleh mendengar masalah aku ni. Doakan ketenteraman jiwa aku ok. Amin...