20 November 2009
Kalamullah...
PETUNJUK KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT
Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al Quran) yang mengesahkan benarnya kitab yang ada pada kamu, dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan dia; dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayat Ku (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya; dan kepada Aku lah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (Al-Baqarah: 41)
Huraian
Beriman dengan Al Quran merupakan salah satu daripada rukun iman yang keempat. Al Quran merupakan rujukan utama umat Islam.
Di dalamnya terkandung segala kebaikan yang menjamin kehidupan yang bahagia di dunia dan di akhirat, dan mencegah manusia daripada kesesatan hidup di dunia.
Janganlah kita berpaling lari dari petunjuk Al Quran semata-mata mahu mengejar keuntungan yang sedikit berupa harta, pangkat kedudukan dan sebagainya kerana sesungguhnya keuntungan tersebut teramat kecil nilainya berbanding dengan kerugian yang bakal kita tempuhi di akhirat kelak akibat kelalaian kita ketika di dunia.
Manusia yang alpa dan menjauhi Al Quran akan jauh dari keredaan Allah SAW sedangkan tidak ada yang lebih mulia di sisi Nya melainkan orang yang paling bertaqwa iaitu orang yang sentiasa mengerjakan perkara-perkara yang disuruh serta menjauhi perkara yang dilarang.
Sesungguhnya orang yang paling rugi adalah mereka yang menjauhi dan membenci Al Quran sedangkan mereka mengetahui akan hakikat kebenaran yang terkandung di dalamnya sebagaimana halnya yang berlaku terhadap orang-orang Yahudi yang mendustai Rasulullah SAW dan kitab Al Quran yang dibawa baginda kepada mereka padahal segala kebenaran itu juga terdapat di dalam kitab mereka yang diturunkan sebelumnya.
Kesimpulan
Muslim yang beriman dengan Allah SAW tidak akan melakukan sesuatu yang terang-terangan bercanggah dengan ajaran Islam kerana ia akan merosakkan dirinya dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.
Al Quran merupakan panduan terbaik yang menggambarkan kehidupan orang-orang yang beriman dan beroleh kejayaan di dunia dan di akhirat.
13 November 2009
Kalamullah...
GOLONGAN KANAN DAN KIRI
Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? Dan puak kiri; alangkah siksanya keadaan puak pihak kiri itu? Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia) yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) - (Al-Waqiqh 8-10)
Huraian
Golongan kanan iaitu mereka yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kanan adalah orang yang mendapat kemuliaan. Merekalah orang yang berbahagia dan bakal menduduki syurga.
Manakala puak kiri iaitu orang yang menerima buku catatan amalan mereka dengan tangan kiri merupakan satu petanda bahawa merekalah orang yang rugi yang mendapat kecelakaan dan bakal menghuni neraka jahanam.
Keadaan puak ketiga pula adalah orang yang telah mendahului dalam melakukan kebaikan dan amal soleh ketika di dunia malah mereka sentiasa berlumba-lumba untuk tabungan hari akhirat.
Golongan ini telah diberi keluliaan oleh Allah SAW sepadan dengan kecemerlangan yang telah dicapai mereka ketika hidup mereka di dunia.
Kesimpulan
Allah SAW menjadikan dunia ini sebagai ladang akhirat. Siapa yang bijak memanfaatkan masa hidupnya maka kesudahannya adalah kebahagiaan. Mereka akan tergolong di kalangan orang-orang yang beroleh kenikmatan dunia dan akhirat serta layak menduduki syurga Allah.
Hari ni...
Pagi ni aku bangun awal untuk ke tempat kerja. Dari rumah aku singgah isi minyak dulu. Dah kering minyak kereta. Bila dah isi barulah sedap nak berjalan. Tapi jalan raya pagi ni sesak teramat. Selamatlah aku keluar rumah awal. Jadi terperangkap sekejaplah dalam kesesakan pagi ni.
Sampai tempat kerja perkara pertama aku buat ialah sarapan pagi. Laparlah perut pagi ni. Dan alhamdulillah rezeki aku pagi ni. Nasik berlauk. Best wooo...memang kegemaran aku. Sambal dia perrrggghhh...pedas dan power. Tapi satu aje yang tak best...deria rasa dan bau aku dah hilang gara-gara hidung tersumbat. Potong stimlah. Aku pun sumbat ajelah makanan tu dalam mulut. Memang tak terasa langsung apa rasanya. Pedas ke, masin ke, manis ke, semuanya aku telan tanpa perasaan.
Hari ni ada dua aje kes postmortem. Satu buat pagi dan satu lagi buat petang. Taklah sibuk sangat, maksud aku keadaan terkawallah juga. Dengan keadaan aku yang tak berapa sihat ni, selamatlah Allah masih sayangkan aku. Taklah banyak beban kerja yang terpaksa aku tanggung. Hari ni suara aku mula hilang, tengelam timbul. Nak bercakap pun susah. Dahlah sakit tekak nak bercakap, kena ulang pulak berkali-kali sebab si pendengar tu tak faham apa yang aku kata. Nak kuat cakap, aku terpaksa tinggikan nada suara. Lepas tu paham-paham sendirilah, perit anak tekak ni.Petang tadi aku tertido. Ingat nak baring-baring aje. Lepas maghrib baru sedar. Lena juga tido. Dan macam biasalah, malam ni aku jadi burung hantu tak tido lagi ni. Apa aktiviti aku nak buat pun tak tahu. Cuma update beberapa kerja aku yang masih tertangguh kat pejabat ni. Malam ni aku tido kat ofis, nak balik rumah malas lah.
Apa aku nak buat pun tak tahulah pagi-pagi buta ni...
12 November 2009
Hari ni...
Semalam aku terlena pukul 3am. Memang tak tahan tekak ni, gatal gila. Pagi tadi terlajak bangun. Pukul 8am baru nak capai tuala untuk mandi. Teruk sangat batuk malam semalam. Siang ni bila bangun, batuk dan rasa gatal tekak dah kurang sikit. Tapi selsema dan hidung tersumbat pulak. Aduh...macam-macam lah.
Pagi ni ada satu kes untuk postmortem. Selamatlah external aje. Tengahari boleh rehat sekejap. Ini sarapan aku pagi semalam, lontong. Mula-mulanya aku was-was nak makan sebab dr Salmah kata ada ulat pada kacang. Bila aku siasat kuah tu, ok aje. Aku pun ngap ajelah, dah memang antara makanan aku. Setakat ulat sayur tu, tak salah makan.
Tengaharinya staf aku belanja makan nasi goreng kampung ni. Lidah aku kurang deria rasa dah. Jadi makan ajelah. Dah rezeki.
Ingat semalam nak ambil ubat. Tak jadilah pulak bila teringat kesan sampingannya kat aku. Takut terjadi apa-apa pulak nanti. Macam yang aku kata, bila aku makan ubat batuk bermakna aku akan jadi mai-mai. Setakat nak mintak paracetamol aka panadol, kat rumah aku ada. Petang tadi Ijat call aku, dia kata malam semalam saja aje dia round dengan kereta dia yang baru di cat depan rumah aku sekitar jam 10pm++. Dia ternampak ada sebuah Kancil putih dengan dua orang lelaki di dalamnya park depan rumah aku. Risau aku dibuatnya, sebab tak ada member aku yang pakai Kancil. Yang aku peliknya siapa nak parking malam-malam depan rumah orang lain. Risau dia nak mencuri aje. Aku balik segera petang tadi. Alhamdulillah semuanya ok. Tak ada kesan diceroboh atau cubaan menceroboh.
Petang tadi lepas maghrib kepala aku sakit sangat. Memang tak boleh bangun. Aku tertido entah pukul berapa pun aku tak tahu. Selamatlah tadi Abang Din dan Hairul cover sekejap oncall. Ada satu kes dari wad dan satu kes BID dari ED. Dan selepas tu line clear sampai sekarang.
Dan tadi aku terjaga pukul 2am++. Tak boleh nak tido semula ni, apa aku nak buat ekkk... Bosannya.
10 November 2009
Hari ni...
Malam tadi aku tak dapat tido nyenyak. Batuk dan sakit dada aku makin teruk bila tido kat tempat sejuk. Banyak kali aku tersedar. Pusing sana, pusing sini, dada ni rasa nak pecah bila batuk. Kerongkong ni rasa makin sakit dan tersumbat. Nak tak nak cuba jugalah melelapkan mata walhal tak lena tido pun. Buat syarat.
Malam tadi ada dua kes dari wad. Selamatlah dua kes tu tak nak release malam tadi. Memang aku tak larat nak bangun. Terjaga jam 5am tadi, sejam kedian baru dapat lena dengan nyenyak. Kena bangun pulak tak lama lepas tu sebab nak mandi, kan aku kerja.
Pagi ni ingat tak ada kes untuk postmortem. Rupanya ada satu kes. Lepas selesaikan kes tu sampai ke petang banyak pulak kes nak kena release. Ada 5 kes kena release. Penat wooo...
Tengahari tadi sayang belikan aku lunch. Dia beli kat Nando's. Ada mushroom soup, garlic bread, dan salad. Sebenarnya aku tak ada selera sangat hari ni. Nak tak nak telan ajelah walhal deria rasa aku dah kurang sensitif. Bedal ajelah labu...

Petang tadi aku terpaksa lenakan diri sekejap. Tetiba kepala aku berdenyut dan sakit kepala yang teramat. Selamatlah ada member-member tolong cover. Dapatlah aku tido sejam. Tapi bila bangun kepala terhuyung hayang. Tu pun Hj Azhar kejutkan dalam pukul 6pm sebab nak pantau Radicare baiki aircond. Kacau betullah. Dah lah aku kurang sihat, time ni lah nak datang buat kerja.Lepas tu aku tak boleh tido. Tekak aku makin menjadi gatalnya. Bila batuk kepala aku berdenyut sakit. Macam migraine. Sampai aku kena tekan kepala setiap kali batuk. Esok paksa rela terpaksalah aku mintak Dr Salmah orderkan ubat untuk aku. Sakit tak boleh tahanlah. Aku nak ubat aje, MC tak nak. Kan aku ni pekerja yang berdedikasi. Ahak...
Ok lah guys, aku stop kat sini dulu. Bagi aku rehat. Tak stabil kepala aku ni. Sakitnya, masyallah susah mau ceritalah...
09 November 2009
Hari ni...
Pagi ni aku bangun awal hasil dari ketepatan jam handset aku berbunyi dengan baik. Seawal jam 6am benda tu dah berbunyi. Apa yang tak bestnya, boleh pulak aku terlelap sejam lagi. Pukul 7am lebih baru terjaga. Apa taknya malam tadi aku tido dalam jam 3am lebih. Mata tak ngantuk lagi masa tu. Jadi nak tak nak, aku paksa juga untuk tido. Maknanya kalau aku dah melebihi jam 3am masih tak tido, itu masalah besar. Tak akan nyenyak tido aku. Hari ni pulak aku dah oncall. Alhamdulillah sampai kat ofis sebelum jam 8am. Jalan tak berapa sesak sangat hari ni walaupun banyak kenderaan.
Pagi ni selamatlah ada satu kes postmortem aje. Taklah berapa sibuk. Hari ni juga ada dua orang Houseman posting kat tempat aku dalam minggu ni. Welcome to our dept Dr Shangeetha and Dr Raja. Harapan kami korang dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan selamat berkenalan dengan keluarga forensik di sini. Mulanya sebenarnya aku ingatkan tak akan ada Houseman dan student dalam dua minggu ni. Tapi tetiba pulak ada. Macam biasalah pagi-pagi lagi aku dah berikan orientasi pasal jabatan. Kemudian kami buat postmortem. Sampai ke tengahari, kemudian rehat sekejap.
Pagi ni selamatlah ada satu kes postmortem aje. Taklah berapa sibuk. Hari ni juga ada dua orang Houseman posting kat tempat aku dalam minggu ni. Welcome to our dept Dr Shangeetha and Dr Raja. Harapan kami korang dapat menimba sebanyak mungkin ilmu dan selamat berkenalan dengan keluarga forensik di sini. Mulanya sebenarnya aku ingatkan tak akan ada Houseman dan student dalam dua minggu ni. Tapi tetiba pulak ada. Macam biasalah pagi-pagi lagi aku dah berikan orientasi pasal jabatan. Kemudian kami buat postmortem. Sampai ke tengahari, kemudian rehat sekejap.
Pagi ni kebetulan pulak kes postmortem yang kami buat tu ada masalah. Bukan masalah pada body simati tetapi masalah pada family diaorang. Kes berebut siapa nak uruskan mayat tu. Sebelah pihak suami nak menuntut mayat si isteri, belah keluarga si mati ni pun nak menuntutnya. Siap macam nak buat rusuhan ramainya orang berkumpul depan dept aku hari ni. Sampai polis dan pak guard turun mengawal keadaan. Keluarga si mati kata si suami ni cuba nak bunuh isterinya. Si suami pulak menafikannya. Dari postmortem kes tu cuma infeksi pneumonia aje. Apalah kecoh-kecoh. Kemudian polis dah pening melayan, polis ambil keputusan nak bawak kes tuntutan tu ke mahkamah. Maknanya body tu tak boleh diserah kepada sesiapa selagi tak dapat keputusan dari mahkamah siapa yang berhak menuntutnya. Lepas beberapa sessi perbincangan dan penerangan barulah keluarga si mati dan suami si mati berdamai. Jadi kes ni tak perlulah di bawa ke mahkamah sebab yang berhak menuntut kalau ikutkan adalah suami dia. Apa-apa pun setakat nak uruskan orang tersayang yang telah pergi ni, gunakanlah akal fikiran. Kalau mengikut perasaan ia akan terus menyiksa mayat. Ini adalah antara kes yang biasa aku hadapi bila bekerja dengan forensik. Macam macam perangai dan emosi yang tidak stabil terpaksa aku hadapi. Alhamdulillah semuanya dapat ditangani dengan berhemah dan bijaksana.
Hari ni juga kebetulan pulak hospital aku menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Tahunan National Suicide registry Malaysia. Ramailah member-member dari seluruh Malaysia yang datang. Aku tak terlibat sebab aku tak menguruskan semua data dan maklumat berkaitan kes-kes bunuh diri ni. Aku tahu kursus ni 3 minggu lepas lagi sebab member aku Hasli ada call kata nak suruh ambil dia kat stesen komuter. Pagi tadi tertunggu-tunggu jugalah dia call. Rupanya dia dah naik cab ke hospital, hampeh... Tapi petang tadi aku hantar dia ke stesen komuter sebab flight dia pukul 8pm ke Alor Star. Dia sebenarnya kerja kat Hospital Tuanku Fauziah Arau, Perlis. Tapi kalut sangat nak balik awal, risau bini dengan anak kat rumah katanya.
Petangnya lepas rehat, aku beri kelas tentang pengendalian spesimen kat Houseman. Lepas tu seperti arahan Boss aku, diaorang kena periksa tulang rangka manusia. Dan alhamdulillah petang tadi rezeki melimpah ruah. Ada orang belanja kami McDonald. Best dapat makan free. Rezeki jangan ditolak. Dr Fatimah pulak bagi burger nya kat aku. Maknanya aku makan dua biji burger. Kenyang perut ni.
Petang tadi ada kes mayat untuk dieksport ke Indonesia. Lepas habis kes tu aku jadi tak tau nak buat apa pulak. Kebetulan pulak sayang call. Biasalah dengan suara menggoda dia, cair dan hilang marah aku yang semalam. Dia just nak beritahu yang dia dalam komuter. Dan bila aku offer untuk ambik dia, dia menolak dengan baik. Aku ni bukan jenis pendendam dan tak reti nak simpan marah lama-lama. Yang boleh dijernihkan tu apa salahnya aku bertolak ansur sikit. Tapi aku tetap berhati-hati, yang jernih tu mungkin akan keruh sebab keladak masih ada kat dasarnya. Apa-apa pun aku ok aje, terimalah realiti kehidupan.
Mula aku bercadang nak tido. Tapi bila memikirkan takut terlepas maghrib, dan tak elok tido senja-senja ni. Aku pun mulalah operasi mengemas dan susun atur semula jabatan aku. Gambar ni aku snap masa 20% dari proses make over berlaku. Banyak gila habuk dan barang-barang tak guna aku lempar ke tepi. Entah apalah harta pusaka staf-staf aku simpan? Dokumen masa jabatan aku baru buka pun masih ada. Patutnya dah boleh hantar ke muzium simpan.
Pagi tadi Dr Fatimah ada beri cadangan untuk make over sikit bilik pejabat kami. Dinding dah ceria dengan cat baru tapi susun atur dalam pejabat masih sama. Mulanya kalau ikutkan aku, malas nak mengemas, tapi entah mana datang rajinnya aku petang tadi terus mengemas ikut naluri aku. Sempit ke apa ke, janji ada pemandangan baru. Cuma meja aku aje yang tak berubah, tetap memandang kaunter. Inilah hasil make overnya (sebenarnya aku pinjam ayat member aku. Siapa? Itu tuan punya diri boleh jawab sendiri). Kemas dan tak serabut dengan benda-benda tak berguna sini sana. Semuanya tersimpan rapi. Cuma ada beberapa perkara yang akan aku suruh staf aku kemaskan semula esok.

Ok lah aku nak rehat kejap. Kebetulan pulak ada satu kes kematian kat wad. Aku pun nak rehat kejap sebab aku kurang sihat. Dada aku semakin sakit, batuk. Duduk dalam tempat sejuk pulak ni. Betul-betul sakit. Dah nak sebulan batuk masih tak elok-elok lagi?08 November 2009
Hari ni...
Pagi ni celik aje mata nak mengemas aje dalam kepala ni. Kerja semalam pun masih tertangguh. Aku tido dalam pukul 2am lebih. Tak sedar dah lewat masih mengemas. Pagi ni tengah aku dok mengemas tetiba Mike masakkan jemput tepung ni. Sedap juga makan, dah lama tak makan jemput ni. Maklumlah malas nak masak sekarang ni. Jadi makanan aku pun asyik beli aje. Mana nak jual jemput tepung kosong macam ni.
Ini pulak makanan tengahari dan malam aku. Mike rajin masak hari ni. Dia masak nasik dan sup sayur tu. Ayam panggang tu dia beli. Kalau ikutkan aku, memang malaslah nak masak atau keluar makan time cuti-cuti ni. Nak-nak aku banyak kerja, lagilah malas nak keluar cari makan. Paksa relalah makan apa aje yang ada dalam peti sejuk. Selamat Mike ada, dia jugalah yang tolong sediakan makan untuk aku. Thanks.
Hari ni mulanya aku kemas kan rak buku dalam bilik bacaan. Aku kemas buku aje. Kemudian nak dekat pukul 6pm lebih aku dah naik angin. Menyusun tak kemas-kemas juga. Bilik tido tetamu masih belum selesai lagi. Aku kosongkan bilik bacaan yang dulu (untuk dijadikan bilik tido tetamu) kemudian aku masukkan barang dalam bilik tu. Inilah hasilnya. Tak kemas 100% lagi. Main letak-letak aje barang dulu.
Tapi barang-barang semuanya aku longgokkan dalam bilik bacaan baru. Hasilnya, aku sendiri tak boleh masuk dalam bilik tu. Jawabnya sabtu, ahad ni lah aku sambung mengemas. Sabtu, ahad ni aku cuti. Aku malas dah nak fikir macam mana susun atur dalam bilik tu. Nantikan ajelah Erik Leong datang deko kat rumah aku ni.
Dalam pukul 8am tadi sayang hantar msg kat aku, dia kata makciknya meninggal dunia kat Kuantan. Takziah aku untuk family dia. Masa dia beritahu aku tadi dia dah sampai kat hentian Sungai Besi, baru balik dari Kuantan melawat makciknya yang sedang nazak mulanya. Mungkin sudah sampai masanya, sayang dan mak dia tak sempat nak tengok makciknya menghembuskan nafas terakhir. Kemudian adalah msg susulan yang dia hantar kepada aku. Tetapi macam biasalah semuanya menyakitkan hati. Aku dah cuba jadi air pun, masih membara api kemarahan dia. Saja nak membakar perasaan aku. Nak aje aku cili-cili mulut dia tu. Tak sopan langsung.Mulanya dia persoalkan aku, kenapa tak teman dia pergi ke Kuantan semalam. Macam korang tahu, semalam aku mengemas rumah seharian suntuk, sampai sakit-sakit badan aku ni. Ayat yang buat aku tak senang duduk mulanya berbunyi "...since awak x dpt tlg..sy g kuantan ngan rody esok...sy rasa..susah la sy nak mintk tlg awak...sy tau, awak mesti marah sy ckp mcm ne..tp..nie realiti...pijak la dibumi yg nyata..". Bukan aku tak nak pergi mulanya. Aku kesian juga bila tahu dia terpaksa naik bas ke Kuantan, sebab kereta dia ada kat sana, mak dia guna. Sebelum ni pun makcik dia (entah yang mana satu) pernah dikata nazak. Tapi tak meninggal time tu. Jadi dalam fikiran aku, mungkin sakit biasa-biasa aje. Aku pun dah ada plan dalam dua hari ni nak mengemas rumah. Dah terfikir dari sejak lepas tunang hari tu lagi. Jadi inilah masa aku nak mengemas bila cuti-cuti macam ni. Dia tak faham ke nak bagi aku kebebasan sikit? Yang dia tahu, apa dia nak mesti dia dapat. Aku juga yang pening melayan. Dah namanya mintak tolong, kena lah faham jika pihak yang satu lagi tidak mahu menolong. Janganlah berkecil hati. Tapi aku pun semalam ada rasa serba salah kalau tak ikut kemahuan dia untuk teman dia ke Kuantan, dan hari ni kerisauan aku semalam terjawab dengan ayat yang menyakitkan hati aku malam ni.
Bila aku kata itu perkara yang kecil dan jangan besar-besarkan (maksud aku, tak teman dia ke Kuantan) dia kata pulak "...benda kecik?..hmm..bila sy mintak tlg, sy menaruh harapan..Bharap pd awak..supaya bleh bantu sy...mendesak?? siapa mendesak?..Bila masa sy xsopan?selalu ckp sy xsopan...mintk tlg pun xsopan...standard sopan awak tinggi sgt...nmpknya sy memang dr bangsa yg xsopan...xsetaraf dgn sopan awak...". Aku maksudkan dia tak sopan sebab dari ayat dia mulanya macamlah aku tak pernah tolong dia sebelum ni. Perlu ke aku nak mengungkit apa yang dah aku tolong dia? Aku lelaki, mana nak mengungkit, dan bukan jenis aku. Disebabkan aku tak teman dia ke Kuantan dia kata aku ni susah nak tolong dia. Itu saja kayu pengukur dia? Kalau korang apa yang korang nak buat? Arrrggghhh...kepala aku dah panas.
Aku dah syak dah, mesti sayang nak kenakan aku cukup-cukup malam ni. Dia dah pasang strategi perang. Aku baru nak pacak kawat duri. Allah...apalah ujian Mu untuk aku malam ni? Tahap keimanan aku bergetar. Aku balas balik kat dia "Apalah awak ni. Istirghfar byk2. Asyik angin x tentu pasal knp? Itu lah yg sy risau bila dkt dgn awak. Kalau awak ok, sy sendiri offer nak tolong. Ni awak angin aje dgn sy, sy takut nak dkt. Mungkin awak perasan atau tidak, itu yg sy rasa. Takut". Maksud aku 'offer nak tolong' tu ialah teman dia pergi semula ke Kuantan. Aku mulanya terfikir juga nak call Boss aku untuk teman dia esok pagi, masa mula-mula dia maklumkan makcik dia dah meninggal tadi. Sebabnya aku oncall esok, peraturan oncall kena ikutlah. Bila keluar ayat sengsara macam kat atas tadi terus aku hold dulu kesanggupan aku. Aku risau dan takut dengan perangai dia yang suka mendesak macam ni. Bila aku tak penuhi permintaan dia bermakna dia akan simpan dalam hati. Dia akan gunakan tu untuk 'serang' aku dilain masa. Macam hari nilah, semalam bila aku kata tak nak ikut, dia kata ok. Bila dah nak perang dengan aku, dia keluarkan 'peralatan bom saraf' dia. Sampai sakit kepala otak aku. Aku nak tanya lah, ni ke sifat perempuan? (soalan maut untuk kaum hawa).
Kemudian dia balas yang ni pulak "...kalo sy ok, awak offer nak tolong??... Wah...br nie...awak offer nak tlg sy?...mcm xpecaya...sy mintk tlg elok2..awak kata malas...hmm..nie awak offer nak tlg sy?......." Ni dia persoalkan pulak bila aku nak tolong. Apa kes? Tolong salah, tak tolong salah. Apa aku nak buat ni weiii... Aku balas "Sy rasa jiwa awak x tenteram lah. Sy pulak jadi mangsa awak nak marah2 ni. Kan yg meninggal tu makcik awak. Bukannya 'org' dkt2 awak. Esok sy oncall, bila oncall kan cuti beku. Apalah awak ni? Tak puas hati kat mana sebenarnya? Tu ke yg awak maksudkan tolong? Bkn itu kuasa veto? Bila sy ckp sikit awak putar kenakan sy semula. Knp awak ni?" Aku faham makciknya yang meninggal malam ni. Tapi aku ni siapa? Aku cuma tunang dia aje. Dalam bab cuti perintah am pun termaktub cuma ayah, ibu, isteri dan anak-anak aje yg meninggal aku boleh bercuti. Atas belas ikhsan aje jika orang lain yang meninggal aku boleh cuti. Dan itu bukan masalah aku sebenarnya, nak cuti boleh aje. Tapi esok aku dah mula oncall. Bila oncall ini bermakna seratus peratus diri aku kena berada kat tempat oncall. Kalau sakit dan MC aje yang boleh membatalkan oncall tu. Dan oncall ni pun bukan alasannya juga. Tapi alasan yang paling besar sekarang ni sikap dia terhadap aku. Tengoklah cantik gila bahasa dia nak mintak tolong dengan aku. Kalau dia merayu dan minta tolong (dalam perkataan sebenar TOLONG) mungkin dari awal lagi aku akan teman dia.
Kemudian dari permintaan tolong kepada ayat mendesak (sama ada sedar atau tidak) dan tak nak ambil kisah pun permasalahan oncall aku esok dan tidak terfikir pun yang aku adalah kakitangan awam yang akan bertugas, dia membalas "..adik mak sy kan yg meninggal tu...xdkt lg ke?..xpe la..pendek kata..sy xleh nak harap pertolongan dr awak la...xyah pusing2..". Apalah tunang aku ni? Makcik dia bukan keluarga aku lagi pun. Memang aku faham yang dia maksudkan ahli keluarga dia yang meninggal, tapi bukan ahli keluarga aku pun. Dari aku nak ikut dia awal-awal tadi bila sampai msg yang ni aku dah jadi muak dan bosan dengan dia. Aku ke yang pusing ayat? Apa maknanya dia maksukan dengan "sy xleh harap pertolongan dr awak". teruk sangat ke aku ni? Dari suruh teman dia ke Kuantan, sehingga aku ibarat ditarik dan dipaksa untuk mengikut kemahuan dia? Ibarat kalau aku tak ikut dia bermakna aku ni tak guna langsung.
Kalau aku, dalam family aku meninggal pun, aku tak kisah pun dia nak ikut pun tidak. Sebab aku sedar dia masih tunang aku. Aku pun akan fikirkan macam mana dia nak cuti, macam mana nak berjalan jauh ke Terengganu dan mungkin dia ada hal peribadi yang dia nak buat.
Kesimpulan dari kisah ni, aku cuma nak beritahu, bukanlah aku ni zalim sangat tak nak ikut dia melawat makcik dia yang meninggal tu. Aku sendiri bertugas di bilik mayat dan aku faham perasaan dia. Cuma yang aku tak suka ialah sikap dia. Masih berdegil dan tidak menghiraukan kesusahan orang lain semata-mata nak memenuhi kehendak dia. Semalam kata ok, hari ni kata tak ok pulak. Dan konsep perkataan TOLONG perlu aku kaji semula dengan dia ni. Jadi fobia pulak aku sekarang. Dan dengan sikap dia macam ni, aku risau sesuatu akan berlaku jika dia tidak mahu muhasabah diri. Aku faham jika korang pun akan rasa berkecil hati jika seseorang yang korang harap dapat membantu tetiba tak nak bantu. Tetapi dari segi orang berilmu dan berakal panjang dia akan menafsirkan dari sudut berbeza. Tak perlu kecil hati sebab secara tidak langsung akan menyakitkan hati pihak yang kita minta bantuan tadi. Dan hasilnya adalah seperti aku dan tunang aku malam ni. Asalnya dengan niat yang baik, dah dua-dua tak puas hati. Dan aku tak akan mengharapkan perkataan MAAF dari dia, sebab dia memang jenis yang tak tahu mengungkapkan perkataan MAAF. Manusia sombong, bongkak dan riak aje yang dalam hatinya tak ada perkataan maaf.
Dari aku penat mengemas dan menyepahkan barang. Tetiba pulak hilang penat tu. Kepala aku ligat pulak memikirkan permasalahan ni. Aku cuma nak seseorang yang dapat mendengar. Aku tak tahu apa yang aku patut buat dengan orang macam ni.
Oklah guys, aku noktahkan dulu penulisan aku ni. Makin aku menaip, makin meluap-luap marah aku. Dan aku sedar inilah dikatakan darah manis (tapi ni dah tak manis dah, makin menaik darah aku adalah). Apa yang dia buat sejak bergelar tunang ni akan meresap dalam jiwa aku. Tak macam dulu, aku masih boleh bersahaja. Sory lah sebab libatkan korang untuk membaca keluh kesah aku ni. Ini lah salah satu cara aku nak lepas kan masalah aku. Sebab aku tak ada siapa yang boleh mendengar masalah aku ni. Doakan ketenteraman jiwa aku ok. Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)

