07 November 2009

Hari ni...

Mula aje celik mata hari ni aku mengemas rumah. Bukan nak mengemas apa pun, cuma nak buat pertukaran antara bilik aje. Aku nak tukar bilik tetamu dengan bilik bacaan. Sebelum ni bilik tetamu sempit sikit dan bilik bacaan aku cukup luas. Kali ni bila tukar bilik harap-harap tetamu aku selesalah sikit. Tapi yang bermasalahnya bilik bacaan aku banyak sangat barang, dah jadi macam stor. Itulah yang bermasalahnya. Nak menyusun semula barangan. Makan masa ni.
Ini adalah bilik bacaan asal aku, yang antara lain aku jadikan stor buat sementara. Apa yang korang tengok tu memang keadaan asal bilik ni. Semua barang tunggang langgang, macam kapal karam. Nak mengasingkan barang mungkin memakan masa. Aku tak yakin dapat bersihkan dalam sehari dua. Maunya memakan masa lama sebab nak keluarkan barang yang berkenaan dan asingkan mengikut keperluan.

Dan ini pulak bilik tido tetamu asalnya. Apa yang korang tengok sekarang ni adalah sebahagian dari barangan bilik bacaan aku yang dah aku pindahkan. Kini bilik tu akan jadi bilik bacaan baru. Ini belum selesai lagi nak mengemas.

Hari ni, ini ajelah kerja aku. Selamat Mike ada, boleh tolong aku sikit-sikit mengemas. Sakit dah badan aku ni asyik membongkok dan mengalihkan barang. Berpeluhlah aku hari ni. Mau sampai ke malam nak mengemas ni. Petang tadi aku rehat sekejap, tido. Penat sangat. Lepas maghrib tadi aku sambung semula mengemas. Jom tolong aku mengemas...

04 November 2009

Hari ni...

Pagi ni entah macam mana tak perasan aku sampai kerja lewat lagi. Jam 6am aku dah bangun sebenarnya. Sibuk mencari gambar berkaitan spesimen yang aku tangkap beberapa tahun lepas, sedar-sedar dah 8am lebih. Allahuakbar...memang aku tak perasan langsung. Masa kereta aku nak masuk gate jabatan, bertembung pulak dengan HOD aku. Mungkin dia nampak tapi mungkin juga dia buat-buat tak nampak. Aku cuma mampu tersengih ajelah. Jam dah nak dekat pukul 9am bila aku tengok masa tadi.
Mana-mana pun aku pergi sarapan dulu. Laparlah perut. Pagi ni makan nasi lemak lagi (bosan sebenarnya setiap hari makan nasi lemak, muak). Apa-apa pun makan ajelah, dah rezeki aku untuk pagi ni. Alhamdulillah...
Masa tengah makan Haji Azhar dan HOD aku masuk. Diaorang pun join sekali makan dan bersembang. Pagi ni ada mesyuarat pengurusan forensik bilangan 7/2009. Ini adalah mesyuarat pengurusan terakhir untuk jabatan aku pada tahun ni. Jam 10am lebih, mesyuarat pun mula. Makin banyak pulak kerja yang dipertanggungjawab bagi aku. Nak kena buat arahan kerja, flowchart, statistik dan apa-apa entah lagi. Pening wooo... Apa-apa pun aku cabar diri aku untuk selesaikan semua tu secepat mungkin untuk kebaikan jabatan. Dalam prinsip aku tidak ada perkataan 'cuba'. Prinsip aku, buat yang terbaik dari yang terbaik. Biar impaknya maksima. Perrrggghhh...cayalah.
Lepas mesyuarat ada makan-makan sikit. Makan kuih aje. Tapi ini lah yang aku paling seronok kerja kat jabatan aku selama ni. Bukan sebab makanan dan rezeki yang melimpah tapi sebab semangat kekeluargaan yang ada antara kami. Boleh duduk semeja setiap kali makan dan boleh berbual serta bergurau senda. Gambar kat bawah ni menceritakan seribu cerita tentang keluarga forensik Hospital Serdang.

Aku tak dapat bayangkan sebenarnya macam mana perasaan aku jika suatu hari nanti aku terpaksa meninggalkan 'family' besar aku ni. Ibarat isi dengan kuku, aur dan tebing semuanya berkait. Rindu gila rasanya kalau nak tinggalkan suasana ni. Suasana macam ni mungkin tak akan berulang dalam hidup ni. Love u all.
Ini kak Is, PA kepada HOD aku. Dia suruh aku ambik gambar dia dan post dalam blog ni. Jadi dia tengah peace kat korang, than korang pun please peace kat dia balik. Hahaha...

Sebenarnya aku tengah buat research sikit pasal prosedur pengendalian spesimen. Benda ni sebenarnya dah jadi salah satu bidang kepakaran aku, chewahhh... Setiap kali pelawat atau student datang attachment kat jabatan aku prosedur pengendalian spesimen adalah salah satu perkara wajib yang diaorang kena tahu. Nampak prosedur ni senang tapi ramai yang kantoi bila mengendalikannya. Ramai rakan-rakan aku kat jabatan lain masih tidak tahu tentang pentingnya prosedur ni.
Aku sebenarnya sibuk dok buat research pasal benda ni sebab hujung bulan ni akan berlangsung seminar jenayah seksual dan penderaan kanak-kanak. Entah apa ke hal nya, aku pulak di jemput jadi penceramah. Kenapalah tak cari orang lain, aku juga... Dah paksa rela lah aku kena beri ceramah nanti. Bukan tak cukup ilmu di dada tapi ilmu pengetahuan masih kurang lagi (errrr...sama lah tu ekkk...). Wehhh...pening aku macam ni. Tolong.
Dari aku memeningkan kepala nak cari bahan untuk benda tu semua, baik aku pekena roti dulu. Aku makan roti kaya empat keping untuk lunch aku hari ni. Itu aje. Diet? Tidak juga. Dah tahap kepala aku ni pening untuk memikirkan macam mana nak olah bahan dalam slide nanti, aku dok kacau mamat ni tido. Inilah Shahin, Radicare cleansing yang kerja kat jabatan aku. Setiap hari aku marah dia. Zalim kan aku ni. Marah main-main aje. Tapi kadang-kadang aku marah kaw-kaw punya mamat ni. Tengok pada tahap ketemperan aku lah. Comelkan dia tido? Hahaha...

Petang tadi walaupun aku tak buat kerja apa pun (sebab hari ni langsung tak ada kes), kepala aku ligat berpusing cari idea. Jenis aku pulak, aku ni tak boleh terima tekanan banyak sangat dalam kepala otak aku ni. Mulalah ngantuk dibuatnya. Kadang-kadang nak hilangkan tekanan aku mulalah kacau orang lain. Mangsanya budak-budak kat bawah ni lah yang terima rasukan dari aku. Diaorang dok susun dan klipkan borang, aku pulak dok mengacau. Bosanlah.

Last-last aku terlelap atas kerusi depan meja aku. Ngantuk sangat. Aku terjaga sebab Dr Fairis datang. Dia nak guna PC untuk selesaikan laporan bedah siasat dia. Aku menghitung masa untuk balik. Lepas jam 5pm aku terus cabut balik. Hujan lah pulak petang ni. Jalan memang sesak time hujan-hujan macam ni. Sampai rumah jam 6.30pm.
Sebab dah tido tadi, mata aku tak ngantulah pulak. Aku mengemas sikit barang-barang yang bersepah dalam bilik aku. Ambik keputusan nak basuh bajulah. Tak lah banyak mana pun tapi nak menunggu mesin basuh tu selesai membasuh maunya sejam juga sekali basuh. Ini ada 3 kali nak basuh. Aku asingkan ikut jenis pakaian. Kalau ikutkan malas aku, mau aje aku longgokkan sekali cuci aje.
Tadi aku terbaca entry lama sebuah blog, tentang keluarga dan cara dia dibesarkan. Sedih aku baca, tersentuh jiwa ni sikit. Sampai aku rasa macam tak sanggup nak habiskan bacaan aku tu. Hari tu aku ada tengok cara dia menulis dan dari cara gaya tulisannya aku dapat baca sikit tentang karektor (betul ke ejaan aku ni?) dia. Dan jangkaan aku tepat untuk sekian kalinya. Cuma kadang-kadang susah aku nak ungkapkan. Dan ayat yang aku ingat tentang dia maklumkan kat aku ialah "inilah kali pertama saya sambut birthday". Sebenarnya ayat tu sentiasa terngiang-ngiang kat telinga aku. Entah apa yang menyebabkan perkara tu pun aku tak pasti. Tapi kali pertama aku tengok wajah dia pun aku dapat teka, disebalik senyuman dia tersimpan 'beban' jiwa yang terpaksa ditanggung. Kalau dia terbaca perenggan dalam blog ni, aku nak tawarkan keprihatinan jiwa aku ni untuk dia mengadu masalah. Tapi terpulang pada tuan punya badan. Aiman tak kisah. Saja nak jadi tempat berkongsi suka dan duka. Masih ada yang peduli (macam indon pulak).
Ok lah aku nak cuba upload gambar kat facebook. Kadang-kadang geram juga, line lambat gila. Aku upload 5 keping gambar yang keluarnya 2 aje. Sabar ajelah. Nak aje aku call tuan punya facebook ni, kenapa upload lambat sangat gambar tu. Aku tarik telinga dia nanti. Gatal sangat nak buka web tapi lembab. Eeee...geram aku dibuatnya.

03 November 2009

Hari ni...

Aku terjaga jam 6.30am pagi tadi. Itu pun sebab jam loceng aku berbunyi. Entah macam mana aku boleh tertido semula tak tahulah aku. Tetiba handset aku berbunyi. Call dari Sarjan Yusof. Lepas dia call tu aku tengok jam dah pukul 8am lebih. Subahanallah...lambat pulak aku bangun pagi ni. Padahal malam tadi dah cukup puas aku tido. Jam 9am lebih baru aku sampai kat pejabat. Tengok-tengok ada 4 kes postmortem pagi ni. Dah mula sibuk pagi tadi kat pejabat. Waris dah ramai depan kaunter. Sebelum apa-apa, baik aku sarapan dulu. Alas perut dengan nasik lemak aje aku pagi ni. Alhamdulillah...

Pagi ni pun aku banyak habiskan masa dengan fail yang berlonggok atas meja tu. Aku buat sedikit-sedikitlah. Nak buat secara longgok memang tak larat. Cuba juga lah habiskan kalau boleh.
Petangnya lepas rehat aku beri ceramah tentang pengendalian spesimen medikolegal. Inilah group student UIA dan 2 orang Houseman yang posting kat jabatan aku untuk minggu ni.

Lepas aku habiskan ceramah, aku sambung semula habiskan fail yang belum selesai. Selamat petang ni tak ada kes postmortem. Kes yang dituntut oleh waris aje tinggal. Dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Masing-masing ada kerja. Tengok ajelah Dr Salmah dengan Jemang, asyik gila dengan kerja.

Lepas pukul 5pm aku balik. Balik rumah aku terus makan. Laparlah. Malam ni apa aku nak buat ekkk... Aku pun tak tahu. Mengadap tv ajelah lepas ni. Nak cuba-cuba upload gambar kat facebook.

02 November 2009

Hari ni...

Pagi ni aku bangun awal. Jam 6am aku dah bangun. Bersiap untuk pergi kerja. Pukul 8am nanti aku selesai oncall. Dah 7 hari aku oncall selama 24 jam. Selamat minggu ni tak berapa sibuk sangat. Malam tadi sampai ke pagi tadi sebelum jam 6am ada 4 kes untuk aku daftarkan. 1 kes dari wad dan 3 kes untuk di postmortem. Banyak tu...
Pagi-pagi tadi student dari UIA dah datang, ada 8 orang. Diaorang akan posting di jabatan aku selama 6 hari. Macam biasalah, aku akan beri orientasi jabatan. Hari ni juga ada dua orang Houseman yang buat posting kat sini untuk minggu ni. Aku terpaksa beri orientasi secepat mungkin sebab postmortem dah nak mula.
Hari ni cukup sibuk sebab banyak sangat kes. Bertambah pulak kesnya dari 4 aje. Lantaklah. Aku cuma nak habiskan aku punya fail yang bertimbun atas meja tu. Plan aku dalam minggu ni separuh atau suku dari fail-fail tu dapat aku selesaikan. Insyallah...
Tengahari tadi sayang ajak keluar makan. Kami makan kat Seri Serdang. Ramai juga orang makan kat sini. Seronok juga dapat makan berdua. Lepas makan aku teman sayang pergi ke bank. Adalah kerja dia tu.

Dalam jam 2.30pm aku masuk semula ke jabatan. Ada dua kes postmortem yang nak diselesaikan petang ni. Aku tak oncall jadi aku jadi runner keluar masuk antara pejabat dan bilik postmortem. Sambil-sambil tu aku selesaikan sikit fail yang ada.
Sedar tak sedar jam dah pukul 5pm. Aku pun blah lah balik rumah. Hari Isnin kalau korang nak tahu adalah hari tido aku. Maksud aku jika dah selesai oncall minggu sebelumnya. Biasanya aku akan tido awal. Kiranya topup tido yang tak cukup minggu lepas. Nak menaip apa pun lagi aku tak tahu. Lepas ni aku nak tido. Jangan ada sesiapa yang call. Aku belasah nanti kacau aku tido. Jom zzz...

01 November 2009

Hari ni...

Pagi ni alhamdulillah cuma ada satu kes untuk postmortem. Jadi hari ni dengan rehat yang cukup aku bangun awal untuk pergi oncall. Sempat lagi singgah kat gerai yang sama macam semalam untuk beli sarapan. Sampai aje aku buat kerja sedikit sebelum tunggu yang lain sampai. Bila diaorang dahy sampai kitaorang sarapan dulu. Ni lah rezeki aku hari ni. Alhamdulillah kenyang.

Lepas makan polis masih tak datang lagi. Waris dah berlonggok kat depan kaunter. Pening betul nak melayan. Last-last pukul 10.15 baru polis sampai. Janji pukul 9am. Apalah... Aku release body pada waris pada jam 11.30am. Selepas tu memang free gila. Dah tak ada kes lain.
Kalau ikutkan hati aku, nak aje balik rehat kat rumah. Tapi atas komitmen dan kerajinan aku (hahaha...ayat poyo gila) aku pun selesaikan fail yang masih berlonggok atas meja aku. Korang boleh tengok berapa ratus fail lagi yang aku tak selesaikan atas meja tu. Tengah aku selesaikan fail atas meja tu tetiba satu fail ni aku cari tak jumpa-jumpa. Manalah pulak hilangnya. Cari punya cari sekeliling jabatan masih tak jumpa lagi. Dari jam 12pm aku cari hinggalah jam 3pm masih tak jumpa juga fail tu. Fail lain ada kat atas meja aku tu. Manalah fail tu bersembunyi. Matilah aku kalau fail tu hilang. Ni aku nak letak dalam peti besi pulak ni. Geram betul. Sakit kepala dan penat kaki aku berlari sana sini dengan harapan dapat jumpa fail tu. Tapi hampeh...tak jumpa-jumpa juga.


Jam 3pm aku ambil keputusan berhenti dari mencari fail tu. Sakit hati dibuatnya. Baik aku balik. Kebetulan pulak adik aku nak jumpa kat rumah sebab nak ambil barang dia yang tertinggal. Tengok cuaca petang tadi macam nak hujan lebat. On the way nak sampai rumah hujan dah turun renyai-renyai. Aku call adik aku, suruh dia datang lain kalilah. Hujan mungkin lebat.
Sayang pulak dalam jam 2pm lebih tadi kata nak hantar makanan tengahari yang dia masak. Aku punyalah lama tunggu kat ofis, dia tak datang-datang juga. Masa dekat aku nak balik dari ofis ke rumah, aku call dia. Dia masih kat rumah lagi. Aku malas lah nak tunggu dia, aku kata aku nak balik dan tak payahlah hantar makanan tu. Dia macam merajuk pulak bunyinya. Aku yang merajuk tunggu dia lelama, dia tak kira. Ada aku makan orang nanti (hehehe...garang tu).
Aku dah sampai rumah, sayang hantar msg. Dia kata nak datang rumah aku hantar makanan tu. Aku kata tak payah tapi dia nak hantar juga, aku ikutkan aje. Perut tengah lapar juga ni hujan-hujan. Dalam pukul 4pm sayang sampai kat rumah aku, dalam hujan tengah turun. Aku ingatkan dia nak datang lepas hujan reda. Kesian pulak kat dia. Jauh-jauh hantarkan makanan untuk aku. Tapi aku tak berbual lama. Hujan tu beb. Nak ajak masuk rumah...jangan cari pasal. Ada yang kawin free pulak nanti.
Bila aku masuk rumah, bau makanan tu menyebabkan perut aku makin berbunyi. Tak sabar punya pasal terus aku makan. Sedap gila. Udang pedas masak dengan petai dan gulai tempoyak ikan patin. Perrrggghhh...memang sedap. Licin aku bantai. Untung ada bakal isteri yang pandai masak.
Lepas makan mata ngantuk pulak. Tengah aku tengok tv tetiba mata terlelap. Selamat sedar semula sebab ada kes dari hospital. Nak tak nak aku suruh Nuar simpan aje dulu kes tu. Kacau betullah time aku nak tido. Aku bangun dan terus sambung tido kat atas.
Hari ni aku banyakkan rehat. Entah penat apa pun aku tak tahulah. Lepas ni nak buat apa pun aku tak tahu. Rasanya nak sambung tido semulalah.

31 October 2009

Hari ni...

Malas gila nak bangun pagi ni. Tengah hujan, sedap kalau sambung tarik selimut. Nak tak nak kena pi oncall juga. Ada satu kes postmortem pagi ni. Rasa macam tak berbaloi pulak bangun semata-mata satu kes aje. Sedar-sedar terlewat juga aku pi oncall. 9am baru nak bertolak dari rumah. Patutnya 8.30am aku dah ada kat hospital. Selamat kereta tak banyak sangat pagi ni.
Singgah kat gerai tepi jalan sekejap, beli sarapan. Sampai kat hospital waris dah ramai, polis pulak tak datang lagi. Sebelum tu baik aku sarapan dulu sementara menanti polis datang. Pagi ni aku makan mee goreng dan ayam rendang, pedas. Sedap makan time hujan ni.
Korang nampak tiket konsert Siti ni? Dah lama dan menjadi idaman aku untuk pergi ke konsert Siti. Aku memang peminat Siti dari mula dia menceburkan diri dalam bidang seni. Nak kata peminat hardcore tak lah, gitu-gitu aje. Selama ni kesempatan aje tak ada untuk aku pergi secara live untuk tengok konsert dia. Dan bila sekali lagi kesempatan tu datang, aku dengan semangatlah beli tiket ni dari Dr Salmah. Tanpa aku sedar hari konsert tu adalah hari oncall aku. Huhuhu...frust gila. Mintak-mintak aku dapat tukar jadual oncall untuk satu hari tu aje. Kalau tidak aku terpaksalah jual tiket tu. Arrrggghhh...tidakkk...

Selesai postmortem tadi aku selesaikan pulak fail-fail yang berlonggok atas meja. Asyik sangat menyelesaikan fail-fail tu sehingga aku tak perasan masa berlalu. Aku dah janji dengan sayang nak keluar lunch tengahari ni. Perut masih kenyang sebenarnya penangan mee goreng pagi tadi. Apa-apa pun sebab dah janji kenalah makan juga.
Kami ke The Mines singgah di Subway. Makan sandwich. Ini kali kedua aku makan benda ni. Kali pertama dulu pun sayang yang belikan. Best dapat makan sandwich, aku suka sangat. Nak buat sendiri malas, kalau ada orang buatkan aku makan. Hahaha...


Lepas makan kami jalan-jalan sekejap kat The Mines. Tak beli apa pun, cuma window shopping. Sempat beli majalah biasa kami aje. Lepas tu terus kami balik. Aku sampai rumah petang tadi terus tertido. Entah apa penat sangat pun tak tahu lah aku. Bangun-bangun ni tak tahulah nak buat apa pulak. Baik aku update blog sekejap. Lepas ni? Entah apa aku nak buat? Mesti bosan. Korang ada idea apa patut aku buat?

28 October 2009

Hari ni...

Pagi tadi aku tak boleh lelapkan mata. Entah kenapa mata ni berat rasanya nak tutup. Dah buat macam-macam cara tak juga mau tido. Dari sejam ke sejam aku memerhatikan masa berlalu. Bosan wooo... Ni lah kerja aku kalau tak boleh tido. Menangkap gambar sendiri. Saja nak hilangkan bosan.
Jam 5.30am rasanya baru aku boleh terlelap. Tu pun tido tak lena. Jam 7am lebih tadi tetiba adik aku, Ida call. Dia macam ada masalah aje bila call. Bila tanya, memang dia ada masalah besar. Bila dia mula menangis, aku dah dapat agak apa masalah dia. Nak tak nak aku memang tak boleh tolong sangat masalah ni. Bagi aku mana-mana pun dia juga kena selesaikan sendiri. Cuma aku dapat nasihatkan supaya dia berfikir panjang sebelum ambil sesuatu keputusan. Secara tak langsung sebenarnya hari ni kepala aku pun pening memikirkan masalah adik aku ni.
Hari ni alhamdulillah cuma buat satu kes postmortem aje. Yang lainnya kes untuk diserahkan pada waris. Jadi taklah banyak sangat kerja. Tengahari tadi aku suruh student belikan nasi untuk makan tengahari. Laparlah. Petangnya pulak time hujan-hujan macam ni sedap pekena kuih. Sebab makan banyak sangat perut aku jadi senak. Terlebih sudah.
Petang tadi jam nak hampiri pukul 5pm aku ambil keputusan untuk topup tido aku yang tertunggak. Dapatlah lena dengan nyenyak sekejap hingga jam 7.30pm. Malam ni aku hanya layan PC ni dan tengok TV. Apa-apa pun selamat aku bawak DVD portable aku, jadi senang sikit nak layan movie dalam 'bilik gelap'. Oklah aku stop kat sini dulu untuk hari ni. Tak tahu aku nak buat apa lepas ni. Mintak-mintaklah mata aku ni dapat lena. Kalau tidak, jadi burung hantu lagi lah aku pagi nanti.