15 March 2010
Hari ni...
28 January 2010
Hari ni...
Yang nak aku jadikan isu juga adalah sikap biadap pemandu van jenazah tu. Petang tadi lepas jenazah selesai dikebumikan, waris dia datang jumpa aku (lebih kurang 2 jam lepas mayat disyaki hilang). Dia datang bersendirian. Aku pada masa tu masih bertolak ansur lagi, dan waris dia pun faham dengan situasi. Apa yang aku nak adalah pemandu van tersebut perlu hadir bersama van jenazah yang dibawanya supaya aku boleh catatkan nombor van dan pemandu van tersebut perlu tandatangan dalam borang pengendalian mayat. Kemudian aku boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada waris. Bunyinya senang kan?


14 January 2010
Hari ni...
Mahkamah mula bersidang sekitar jam 3.40pm (apalah lambat sangat, tak menepati masa). Nak buat macam mana dah dia hakim, ikut ajelah. Mula-mula Boss aku dipanggil, kemudian aku dipanggil seketika untuk Boss aku melakukan pengecaman. Tak berapa lama kemudian Boss aku keluar dari kamar mahkamah. Aku pulak dipanggil masuk. Lepas aje aku angkat sumpah dan memperkenalkan diri, hakim persoalkan kenapa aku lambat. Disebabkan kelewatan aku, Boss aku tak dapat balik awal. Dia persoalkan "besar sangat ke aku ni?". Apa aku nak jawab? Dah ni mahkamah, kalau aku terjawab lebih mau nya aku tido lokap malam ni. Puan hakim kata aku telah menghina mahkamah, jadi aku didenda RM100. Aku tak nak mempersoalkan penghakimannya terhadap aku tapi aku cuma nak beri beberapa fakta yang rasanya korang sendiri boleh nilai.13 January 2010
Hari ni...
Jalan ke sana ok aje, senang (tapi masih aku tak hafal). Aku tak pernah ke Pataling Jaya untuk melakukan apa-apa urusan. Setakat lalu aje pernahlah beberapa kali. Tapi nak ke Mahkamah di sana lagilah aku tak tahu jalan. Landmark untuk kawasan ini ialah Jambatan California (macam jambatan Pulau Pinang kat Penang bentuknya).
Sampai di mahkamah sekitar jam 9am. Mahkamahnya kecil aje tapi baru. Jalan nak parking sesak. Tiada tempat parking khas dalam mahkamah. Jadi Mike terpaksa turunkan aku di depan mahkamah.
Bila melangkah masuk, ianya tak sesibuk di Mahkamah Shah Alam. Macam tak ada orang aje kat mahkamah ni. Tak ramai sangat orang yang aku jumpa. Bilik Mahkamah Tinggi terletak di tingkat 3. Bila aku sampai kat atas tu terjumpa pulak dengan Sarjan Yusof (Balai Polis Bukit Puchong). Dia ada kes kat Mahkamah Seksyen berkaitan samun.12 January 2010
Hari ni...
Petang tadi dalam jam 2.30pm aku terpaksa dalam rela nak beri orientasi. Entah kenapa aku jadi bosan nak beri orientasi hari ni. Dengan Houseman dan student yang menunjukkan muka yang tak minat untuk mendengar mungkin itu antara faktor yang aku jadi bosan gila nak bercakap (student-student lain yang dah aku beri orientasi pulak menunjukkan minat, apa kes?). Nak tak nak aku kena sampaikan amanah yang aku pikul. Janji orientasi dah aku beri, korang paham ke tak itu terpulanglah. Aku bukan mengajar budak kecil, tak payah aku nak bentak-bentak, menjerit-jerit atau keluarkan rotan. Janji aku punya kerja selesai. Mungkin orientasi ni tak perlu kot untuk diaorang, mungkin objektif diaorang ni datang forensik cuma nak buat postmortem dan blah dari sini secepat mungkin. Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam ni. Tapi entah kenapa aku rasa geram sangat hari ni dengan situasi petang tadi sampai kan aku menaip untuk meluahkannya. Ialah rasa cukup perit bila kita beri ceramah tapi komunikasi dua hala yang aku harapkan hambar. Apa-apa pun suka hatilah labu, janji aku jalankan amanah.
Ini ada sikit kudapan yang disediakan lepas mesyuarat kualiti petang tadi. Banyak juga aku makan sambil dengar Dr Salmah dan Dr Fatimah berkeluh-kesah. Diaorang bercerita, aku penuhkan mulut dengan makanan dan sekali sekala mengiakan aje apa yang diaorang bualkan. Boleh?
Balik tadi aku singgah rumah Ijat ambik DVD ni. Saja pinjam. Antara banyak-banyak tu tak sabar aku nak tengok cerita Korea ni (alah kat 8TV tengah main sekarang ni). Apa ke tajuknya pun aku tak tahu? Aku ni kalau korang nak tahu adalah peminat cerita Korea, alah macam orang lain yang minat cerita Hindustan tu. Cuma sejak 4-5 bulan kebelakangan ni aje aku tak sempat nak beli DVD Korea. Selamatlah aku dah ajar Ijat dan bini dia tengok cerita Korea dulu-dulu. Sekarang ni diaorang pun gila dengan cerita Korea. Sekurang-kurangnya ada juga member yang minat cerita Korea. Senang nak tukar pinjam DVD. 07 January 2010
Hari ni...


Petang tadi adalah aku berbual-bual dengan budak-budak student ni. Saja berbual kosong. Tetiba timbul lah isu pasal lemah semangat ni. Bukan lemah semangat untuk teruskan posting ni tetapi lemah semangat bila teringat-ingat semual 'cara dan bagaimana si mati itu menemui ajalnya'. Maksudnya dia sentiasa terfikirkan 'kedatangan maut' setiap masa kiranya dia bersendirian. Kiranya ni menginsafi diri sendiri tapi dari segi negatiflah (pada pendapat aku).
Allah dah bersumpah dalam Quran bahawa "setiap yang bernyawa pasti akan mati". Jadi macam aku pun sentiasa menginsafi diri sendiri tentang kekuasaan Allah untuk mengawal setiap kehidupan. Aku sendiri tak tahu macam mana aku akan mati nanti (insyallah aku sentiasa memohon agar aku dimatikan dalam golongan orang yang mendapat syafaat dan mendapat perlindungan Arash Nya). Kadang-kadang bila melihat mayat yang terbujur kaku depan mata dan sentiasa mengendalikan kematian, benda tu dah macam biasa. Tapi ada juga terdetik kat hati ni setiap kali mengendalikan kes, bila lah pulak tibanya 'masa' aku.
Pada pendapat aku sepatutnya dia menginsafi kematian dari sudut kekuasaan Allah (dari pandangan positif). Mungkin dia lemah semangat juga. Aku ni kalau nak beri nasihat memang tak pandai. Nak beri pendapat dan berkongsi pengalaman boleh lah. Aku dulu pun pengecut gila sebelum masuk ke Jabatan Forensik ni. Timbul juga persoalan, aku nak uruskan orang mati ke? Aku nak 'bergelumang' dengan darah orang yang telah mati ke? Dan satu lagi soalan yang sengsara, aku nak potong orang ke?
Semua benda tu dah terjawab dengan sendiri sekarang. Layaknya aku ada kat forensik ni dah hampir tahun ke 5. Apa yang penting bagi aku sifat ingin membantu 'mereka' secepat mungkin menguruskan apa yang telah tertulis di Loh Mahfuz yang masih tidak diselesaikan di dunia ini. Maksud aku mungkin telah tertulis oleh kalam Allah, selepas si polan ni mati, dia akan di bedahsiasat. Mayatnya pula akan dituntut selepas 3 hari dari tarikh dia dijumpai. Tidakkah ini perjalanan dia yang masih belum selesai yang mana kerja aku adalah membantu jasadnya untuk disimpan dan kemudianya diuruskan oleh keluarga mereka. Kalau tak ada peti mayat dan tempat pengurusan mayat seperti Jabatan Forensik ni, mayat dia nak disimpan di mana? Kalau dah 3 hari, rasanya dah busuk baunya.
Kesimpulan aku untuk adik-adik student yang nak masuk mana-mana rumah mayat. Tanamlah sifat untuk 'membantu' mereka yang dah mati. Keikhlasan dan sifat rendah diri akan membuatkan kita insaf dan kita secara semulajadi akan 'seronok' membantu mereka. Dan seperti biasalah, apa yang kita lihat tentang jasad si mati jangan di simpan dalam fikiran dan jangan mempunyai niat untuk bercerita kepada orang lain. Anggaplah ini ilmu yang tidak semua orang dapat merasainya. Fikirkan kematian itu dari sudut positif dan akui kekuasaan Allah yang mencipta kehidupan dan mematikan ciptaan Nya. Kita yang hidup ni, teruskan menikmati kehidupan seumpama kita hidup 1000 tahun lagi dan ingatkan mati seumpama kita akan mati sesaat aje lagi. Jadi salah satu pekerjaan Allah yang mungkin kita tak dapat campuri adalah bab kematian, maksudnya kita tak tahu bila, bagaimana dan tempat kita mati. Jadi janganlah korang dok rasa diri korang akan dimatikan sekejap. Fikirkan pulak kenapa Allah utuskan kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Kalau korang dah insaf tentang benda tu semua, maknaknya korang bolehlah jadi orang yang berguna untuk jalan agamaNya.
Amboi macam ustaz pulak aku ni. Hahaha... Apa-apa pun inilah kehidupan. Noktahkan setiap persoalan dengan jawapan yang bernas lahir dari akal fikiran yang waras. Jangan ikut mainan hati yang mematikan segala kenikmatan hidup. Hindari syaitan dari meniupkan angin kelemahan dalam hidup. Hidup perlu diteruskan, mati nanti dah tak jadi hal sebab orang lain yang bernyawa pulak akan menguruskan badan kita. Apa yang sepatutnya difikirkan adalah meningkatkan amalan untuk bekalan 'di sana' nanti. Betul tak? Mati semua orang akan mati, junjungan besar kita pun Allah wafatkan. Inikan kita manusia yang penuh dengan dosa.
Yang last sekali aku nak beritahu, tingkatkan 'saham' akhirat. Dari korang dok fikir benda-benda yang boleh melemahkan jiwa baik berusaha untuk kumpul 'harta' akhirat. Korang mesti pernah dengar 3 amalan yang diterima selepas mati tetapi amalannya dilakukan sekarang. Amal sedekah (jadi rajin-rajinlah menderma), ilmu yang dimanafaatkan oleh orang lain (jadi pandai-pandailah berkongsi ilmu, jangan kedekut) dan ketiga doa anak yang soleh (yang ni korang kena kawin dulu, dapat anak, didik anak dengan didikan agama dan bimbing dia untuk berdoa keselamatan dan ketenangan bagi kedua ibubapanya setiap masa).
Oklah aku nak blah dulu, ada kes pulak dari ICU. Lemah aku dibuatnya. Jomlah teman aku layan kes dulu.
06 January 2010
Hari ni...
Malas aku nak cerita pasal postmortem yang dah dijalankan pagi ni. Lenguh juga kaki ni berdiri lama-lama. Tangan aku ni dah jadi macam mesin taip, menulis dokumen-dokumen semuanya secara pantas. Semuanya pulak kes yang perlu disegerakan. Macam-macam ragam waris aku kena layan. Semuanya nak cepat. Dan aku sebagai pekerja yang cekap (ewahhh...) terus aje aku diaorang dengan segera.
Petang tadi aku sempat lelapkan mata sekejap. Nak kumpul tenaga sikit untuk malam ni. Malam ni mula pukul 9pm tadi dah ada keje lagi. Aku terima satu kes yang famili dia tak nak buat postmortem. Panjanglah isu nya esok pagi ni. Kadang-kadang bila timbul isu macam ni terpaksalah kita gunakan komunikasi yang bersesuaian. Di sinilah diplomasi terpaksa diterapkan. Kalau kita berkeras sikit aje maknanya pasti pihak waris tidak akan berpuas hati dengan pihak kita. Jadi alhamdulillah semuanya mintak-mintak selesai malam ni. Azab aku dah lepas setakat ni, esok terserahlah pada polis dan MO aku nak buat macam mana. Jangan timbul kekecohan dah lah. Apa tak risaunya, kebanayakan ahli keluarga si mati ni anggota polis juga. Dan si polis yang keluarkan arahan untuk postmortem tu pun tak nak berkira dengan waris ni. Kesian pun ada kat waris. Tapi dah undang-undang, kenalah ikut. Bila timbul benda macam ni aku sendiri tak boleh buat apa-apa. Dah arahan, postmortem tetap akan dijalankan kecualilah polis keluarkan permit kubur.
