Hari ni aku bangun lewat sikit. Semalam dah tau nak kena pi ke Mahkamah Tinggi Petaling Jaya. Selepas bersiap pagi tadi aku kejutkan Mike untuk teman aku ke sana. Selamatlah dia tahu. Semalam cari-cari juga dalam google maps. Selamat jumpa.
Jalan ke sana ok aje, senang (tapi masih aku tak hafal). Aku tak pernah ke Pataling Jaya untuk melakukan apa-apa urusan. Setakat lalu aje pernahlah beberapa kali. Tapi nak ke Mahkamah di sana lagilah aku tak tahu jalan. Landmark untuk kawasan ini ialah Jambatan California (macam jambatan Pulau Pinang kat Penang bentuknya).
Sampai di mahkamah sekitar jam 9am. Mahkamahnya kecil aje tapi baru. Jalan nak parking sesak. Tiada tempat parking khas dalam mahkamah. Jadi Mike terpaksa turunkan aku di depan mahkamah.
Bila melangkah masuk, ianya tak sesibuk di Mahkamah Shah Alam. Macam tak ada orang aje kat mahkamah ni. Tak ramai sangat orang yang aku jumpa. Bilik Mahkamah Tinggi terletak di tingkat 3. Bila aku sampai kat atas tu terjumpa pulak dengan Sarjan Yusof (Balai Polis Bukit Puchong). Dia ada kes kat Mahkamah Seksyen berkaitan samun.Aku masuk ke kamar mahkamah, nak serahkan Borang Saman Saksi aku kepada Penolong Mahkamah selepas aku dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa aku mungkin tidak akan dipanggil untuk hari ini. Aku call Mike cepat, takut dia dah jauh pulak. Lepas borang tu dicop kehadiran aku, aku terus turun dari bangunan mahkamah.
Mike dah tunggu kat A&W, tak jauh dari bangunan mahkamah. Dia tengah breakfast. Selamat dia tak jauh lagi. Aku pun order untuk sarapan sama. Lepas sarapan aku balik ke rumah.
Petang ni ingat nak masuk kerja semula tapi entah apalah yang penat sangat, banyak kali aku tertido dari tengahari tadi. Bangun sesekali jadi mai-mai. Last-last tertido juga. Lepas ni pun aku nak tido juga. Ngantuklah...zzzz...


No comments:
Post a Comment