Hari ni bangun awal tapi rasa macam malas nak pi mandi dan nak pi kerja. Entahlah apasal malas gila. Pergi kerja hari ni jam 9am, baru nak keluar rumah. Aku bawak kereta ala-ala nak pi jalan-jalan. Slow makan angin lihat pemandangan sekitar. Bila sampai ofis dah nak dekat 9.30am.
Nak makan sarapan, rasa macam dah kenyang. Jadi aku tangguhkan mulanya, tapi jam 10.30am dah laparlah pulak. Pagi ni sarapan mee hoon goreng. Boleh tahanlah sedapnya (sebab aku suka mee hoon yang digoreng kering).
Pagi tadi sampai-sampai aje sebenarnya Bigg Boss aku kata esok kena ke mahkamah Petaling Jaya. Alamak, kes aku tak study lagi. Kena bicara satu kes bunuh pada tahun 2007. Cuba bayangkan, dah lama punya kes. Manalah aku nak ingat. Sabor aje lah. Aku pulak tak pernah ke Mahkamah Petaling Jaya. Kat mana ya mahkamah tu? Balik ni kena tengok google maps.
Pagi ni selain aku study kes terpaksa aku selesaikan dokumentasi untuk kes minggu lepas. Apalah patutnya dah selesai minggu lepas. Minggu ni aku target nak mulakan projek statistik kematian tahun lepas, dah mula dalam 5% aje. Buku Laporan Bedahsiasat student pun tak siap lagi. Adusss...

Jam 3pm lebih mesyuarat kualiti untuk jabatan aku bermula. Mesyuarat ni bertujuan untuk menerbitkan bahan rujukan untuk digunapakai dan diaplikasikan secara kualiti dalam perkhidmatan. Aku rasa tenang pulak bila berada dalam mesyuarat ni dari aku beri orientasi tadi. Mesyuarat kali pertama ni membincangkan pengumpulan data untuk pengendalian bedahsiasat. Banyak juga bab-bab yang kena cari datanya. Tak apa, aku seronok. Aku di tugaskan untuk menguruskan bab pengendalian spesimen. Senang tapi padat juga pengisiannya. Bab-bab lain diagihkan tugasan mengikut kemahiran masing-masing.

Jam 5pm aku cuba balik awal sebab nak elak hujan. Tapi sikit aje lagi nak sampai kat depan rumah, hujan dah turun lebat. Sabar ajelah. Masuk aje rumah terus kepala aku berdenyut. Aku ni lemah gila dengan hujan. Ingat dengan berbaring bolehlah hilang denyutan sakit tu. Rupanya lagi berdenyut kuat pulak. Aku bangun capai tuala terus mandi. Baru lega sikit. Terlelap sekejap petang tadi, sedar lepas maghrib.
Perut lapar lah pulak. Nak masak malas. Jam 9pm Mike sampai. Aku ajak dia teman aku makan malam ni. Ingat nak lepak kedai mamak Maulana Seri Serdang, tapi jauh sangat (perut dah lapar ni). Nak lepak kat Al Azhwath dah penuh. Last-last lepak kat Bibi Maju dekat dengan 7E Equine. Nasi goreng kampung dia kaw gila pedasnya. Memang best. Nak-nak time lepas hujan. Licin aku makan. Ijat pun ada sekali makan ngan kami. Sambil-sambil tu berbual kosong ajelah.

Oklah guys, aku nak rehat dulu. Esok nak ke mahkamah. Entah kena panggil atau tidak, tak tahulah aku.
No comments:
Post a Comment