28 January 2010

Hari ni...

Pagi ni ada dua kes postmortem. Aku tak kisah sangat sebab biasalah setiap hari kena buat postmortem. Yang nak aku story hari ni tentang kes mayat kat jabatan aku kena curi. Kena curi?
Ceritanya macam ni...(sambil mengeluh panjang). Pagi tadi adalah satu kes ni, selepas selesai buat postmortem terus kami letak jenazah tu dalam bilik mandi kapan untuk waris uruskan. Tetiba suasana depan kaunter yang penuh dengan waris jadi sunyi aje. Bila diselidik rupanya van jenazah dah bawak keluar jenazah tu tanpa kebenaran dari pihak jabatan. Aku sebenarnya tak berapa sihat hari ni, jadi aku malas nak 'bising-bising' sangat. Pada fikiran aku cukuplah sekadar call ketua pengawal dan maklum serta siasat benda ni, mana berlaku kesilapan. Sepatutnya dokumen seperti Permit Menguburkan serta dokumen-dokumen lain ditunjukkan kepada pak guard sebelum boleh melepasi pintu pagar. Ini sebaliknya pulak berlaku, guard yang jaga pintu pagar lepas sesuka hati aje.
Kes ni mulanya aku malas nak besarkan. Tapi bila Big Boss dah tau terpaksalah aku ikut prosedur. Report Polis dan kronologi kes terpaksa aku hantar esok pagi. Aduh...malas gila aku nak buat benda-benda tu semua. Kerja yang ada pun belum habis, ditambah pulak dengan kerja lain pulak.
Yang nak aku jadikan isu juga adalah sikap biadap pemandu van jenazah tu. Petang tadi lepas jenazah selesai dikebumikan, waris dia datang jumpa aku (lebih kurang 2 jam lepas mayat disyaki hilang). Dia datang bersendirian. Aku pada masa tu masih bertolak ansur lagi, dan waris dia pun faham dengan situasi. Apa yang aku nak adalah pemandu van tersebut perlu hadir bersama van jenazah yang dibawanya supaya aku boleh catatkan nombor van dan pemandu van tersebut perlu tandatangan dalam borang pengendalian mayat. Kemudian aku boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada waris. Bunyinya senang kan?
Tapi apa pemandu tu buat korang nak tahu. Dia persoalkan balik tentang prosedur yang telah jabatan aku guna pakai selama ni. Dan dia masih menegakkan lagi kewajaran dia bawa 'lari' mayat aku tanpa kebenaran. Yang aku kesalkan tu, dia ni bukannya pemandu van, dia cuma mekanik di UKM. Dia memandu van jenazah UKM dan membawa nama UKM bila berurusan dengan aku. Seperti samseng dia terpekik terlolong lepas meninggalkan kaunter dan menunjukkan kehebatan dia memandu dengan laju (lagak macam orang kemarahan lah kiranya).
Aku ni pun berpangkat rendah aje dalam kerajaan tapi aku masih ada budi bahasa bila berurusan dengan orang. Apa salahnya mengucapkan perkataan MAAF dan BERTERIMA KASIH dalam pertuturan. Kan lagi sopan dan lebih mesra. Ini terpekik terlolong macam orang gila, ini ke dikatakan melambangkan sikap staf yang bekerja di sebuah universiti? Aku dah cukup bersopan hari ni, dah lah aku kurang sihat. Dia pulak mungkin nampak aku ni lemah sangat rasanya. Dia nak pijak kepala aku kot. Kalau korang apa rasanya bila ada orang cakap " Kalau tak tau prosedur, baik jangan kerja. Ramai lagi orang kat luar sana nak kerja". Aku memang tak tahan sekejap tadi, nak aje aku sepak mulut dia yang lancang tu.
Tapi disebabkan aku bersikap profesionalisme...chewahhh..., aku ada pendekatan aku sendiri. Petang tadi aku dah dapatkan nombor bahagian Sumber Manusia UKM, dan esok aku akan laporkan sikap mamat yang berlagak hebat tu. Petang tadi juga aku dah buat laporan polis berkenaan insiden tu termasuk driver tu punya cerita. Aku nak pastikan pihak universiti memohon maaf secara rasmi dan mengambil tindakan tatatertib kat mamat poyo tu. Mudahkan kerja aku? Aku dah kata, aku ni tak jahat, tapi aku mengaku aku ni cukup zalim.
Sepanjang lebih kurang 7 jam kes ni dah berlalu, masih sakit jiwa aku nak mengingatnya. Kalau aku tak kena ingat, macam mana aku nak buat report kes ni. Esok pagi dah nak kena hantar sebab Timbalan Pengarah nak tau cerita. Aku sampai sekarang tak menaip apa pun lagi untuk kronologi kes tu. Kan ni tambah beban kerja jawabnya.
Petang tadi adik-adik student MSU aku ada paper Forensic Med. Soalan apa yang keluar aku tak tahu, tapi pastinya soalan-soalan yang best-best dan power-power belaka. Aku boleh agak sikit-sikit apa yang akan keluar. Ialah soalan ramalan. Tapi aku juga dapat agak mungkin ramai yang terkeliru dengan paper tu. Apa-apa pun semoga korang gembira dalam kekecewaan sebab tak dapat jawab petang tadi. Korang tengoklah berapa tekunnya diaorang merenung lantai, memikirkan masa depan. Hahaha...
Tapi aku nak komen sikit cara budak-budak ni study. Takut rasanya bila tengok cara diaorang belajar. Aku dulu pun exam juga, sempoi aje. Hari last tak adanya aku nak tengok nota dah. Cuma perhatikan nota minda atau nota awan yang aku buat. Itu sudah cukup. Kalau tak sempat juga aku akan buat teknik 'bacaan secara sepintas lalu'. Diaorang punya cara belajar jenis hafalan, bahaya kan? Sepatutnya bagi aku, ilmu yang diolah dari pengalaman diaorang jadikan jawapan. Sebab aku tahu Big Boss pasti keluarkan banyak soalan fakta dan logik akal aje berpandukan gambarajah atau soalan. Jangan bersedih sebab tak dapat jawab, senyum ajelah. Moga-moga korang boleh berjaya juga akhirnya.
Oklah aku nak layan kes dulu, ada kes pulak dari wad Medikal. Nak tunggu kes ni maunya selesai sampai nak dekat jam 12am. Jomlah teman aku oncall...huhuhu...

No comments:

Post a Comment