Hari ni malas gila nak bangun. Penangan penat semalam tak habis lagi. Almaklumlah dah lama tak oncall dan bulan Disember lepaskan banyak cuti. Jadi sikap malas masih ada lagi. Nak tak nak bangun juga lah jam 6.30am tadi. Macam biasalah, pagi-pagi tadi bila bangun kemas dan atur fail yang nak guna pagi ni. Lepas selesai tu baru aku mandi.
Inilah sarapan aku pagi ni. Nasi goreng, lauk paru dan cendawan goreng. Dah si Hairul tak nak makan paru, dia letak kat bekas makanan aku. Haji pun letak juga paru dan Dr Salmah pun letak juga cendawan kat aku. Daripada setakat kenyang terus jadi mengah perut ni bila disumbat makanan punya banyak. Alhamdulillah, itu dinamakan rezeki. Selamat aku makan banyak sebab hari ada 3 kes.
Malas aku nak cerita pasal postmortem yang dah dijalankan pagi ni. Lenguh juga kaki ni berdiri lama-lama. Tangan aku ni dah jadi macam mesin taip, menulis dokumen-dokumen semuanya secara pantas. Semuanya pulak kes yang perlu disegerakan. Macam-macam ragam waris aku kena layan. Semuanya nak cepat. Dan aku sebagai pekerja yang cekap (ewahhh...) terus aje aku diaorang dengan segera. Petang tadi member aku, Liong hantarkan barang-barang ni. Ada kalender, diari dan tiket Theme Park Time Square. Dia nak jumpa aku dah lama, nak bagi benda-benda ni tapi dia tak ada masa sangat. Apa-apa pun thanks Liong. Tahun ni memang kurang dapat diari dan kalender. Semua nak berjimat ke apa?
Petang tadi aku sempat lelapkan mata sekejap. Nak kumpul tenaga sikit untuk malam ni. Malam ni mula pukul 9pm tadi dah ada keje lagi. Aku terima satu kes yang famili dia tak nak buat postmortem. Panjanglah isu nya esok pagi ni. Kadang-kadang bila timbul isu macam ni terpaksalah kita gunakan komunikasi yang bersesuaian. Di sinilah diplomasi terpaksa diterapkan. Kalau kita berkeras sikit aje maknanya pasti pihak waris tidak akan berpuas hati dengan pihak kita. Jadi alhamdulillah semuanya mintak-mintak selesai malam ni. Azab aku dah lepas setakat ni, esok terserahlah pada polis dan MO aku nak buat macam mana. Jangan timbul kekecohan dah lah. Apa tak risaunya, kebanayakan ahli keluarga si mati ni anggota polis juga. Dan si polis yang keluarkan arahan untuk postmortem tu pun tak nak berkira dengan waris ni. Kesian pun ada kat waris. Tapi dah undang-undang, kenalah ikut. Bila timbul benda macam ni aku sendiri tak boleh buat apa-apa. Dah arahan, postmortem tetap akan dijalankan kecualilah polis keluarkan permit kubur.Hari ni juga pagi-pagi lagi bebudak student MSU dah kena sound kat Dr Salmah. Apa tak bisingnya dia, bebudak tu tak ambil history untuk setiap kes. Ada yang ambik pun tak lengkap. Dendanya, satu kes diaorang tak dapat tengok. Tak pernah lagi ada group student yang kena halang dari tengok postmortem. Riasu aku dibuatnya. Aku pun pagi ni membebel juga kat diaorang, aku dah ingatkan sebelum ni. Tapi aku ni jenis mengingatkan aje. Harap-harap lain kali diaorang faham. Aku ni pulak bila nak ingatkan diaorang rasanya takut nanti diaorang 'marah' kat aku pulak. Tapi kalau tak ingatkan, marah pulak boss bila tau. Tapi apa-apa pun boleh dimaafkan lagi sebab baru hari ke tiga diaorang kat sini. Jadi mungkin tak sesuai lagi dengan suasana. Apa-apa pun aku harap lama-kelamaan diaorang semua dah mula biasa dengan keadaan kat jabatan aku.
Ok lah aku nak buat kerja sikit. Lepas ni aku nak cuba melelapkan mata. Esok ada satu kes aje. janganlah bertambah malam ni. Amin...


No comments:
Post a Comment