Hari ni menag saja aku bangun lambat. Sebab semalam Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kata mungkin aku akan dipanggil antara jam 10am atau 11am. Jam 9am lebih aku dah bersiap. Tetiba aku rasa macam nak call TPR tapi nombor telefonnya pulak tertinggal. Jadi aku pun call lah Insp Polis yang incharge kes ni. Dia kata dengan aku mungkin aku tak perlu ke mahkamah. Jadi aku pun batalkan niat suci aku nak ke mahkamah dan terus bersiap ke pejabat.
Sampai aje pejabat lebih kurang jam 10am. Aku terus sarapan dan buat kerja-kerja lain. Tengah sibuk-sibuk tu tetiba Boss aku call dalam pukul 12pm. Dia serahkan call tu kepada TPR. TPR kata kenapa tak sampai lagi, jadi aku pun berilah alasan yang Insp Polis tu kata aku tak perlu ke mahkamah. Dia arahkan supaya aku datang dengan segera. Aku ni pun tanpa banyak tanya terus menuju balik ke rumah, nak salin baju dan ajak Mike teman aku ke mahkamah. Sampai aje mahkamah lebih kurang 15 minit lagi sebelum mahkamah ditangguhkan rehat tengahari.
Bila TPR keluar aje dari kamar mahkamah dia terkejut tengok aku dah sampai. Dia kata kalau tak Boss aku dah boleh buat pengecaman untuk aku. Tapi nak buat macam mana, mahkamah dah berehat. Masa masuk semula ke mahkamah adalah jam 2.15pm. Jadi aku lepak minum dengan Mike kat A&W. Jam 2pm aku bergegas semula naik ke bangunan mahkamah. Tunggu punya tunggu hakim tangguhkan lagi. Penolong mahkamah kata hakim tengahari tadi ada tetamu, jadi sekarang dia keluar pergi makan tengahari.

Aku diberitahu maklumat salah oleh Insp Polis yang mengendalikan kes, kemudian aku diberitahu TPR yang dia tak beri arahan pun untuk aku tidak hadir bicara. Aku yang dalam keadaan kelam kabut terus meluru ke mahkamah dan sampai 15 minit sebelum mahkamah berhenti bersidang tengahari (dan aku rasa sempat sekiranya TPR panggil aku untuk dicam oleh Boss aku). Kemudian mahkamah rehat lebih dari masa sepatutnya menyebabkan Boss aku merunggut sebab dia ada janji temu pada 3pm. Bila masuk kamar mahkamah, Puan hakim tak puas hati sebab aku dikatakan punca Boss aku terpaksa tunggu lama di mahkamah.
Petang tadi mood aku hilang dalam mahkamah. Dahlah aku datang sebagai saksi, aku pulak yang didenda. Bila TPR tanya soalan, kadang-kadang fokus aku hilang. Denda tu bagi aku tak lah banyak, tapi tak berbaloi rasanya aku kelam-kabut tetapi didenda. Kalau RM100 tu macam-macam boleh aku buat sebagai orang yang tak berpendapatan besar. Mungkin pangkat aku ni rendah, dan orang berpangkat tinggi mungkin lebih dibela. Petang tadi semuanya berjalan lancar. Semua soalan aku jawab macam biasa. Lepas selesai sidang mahkamah lebih kurang jam 3.50pm, aku meluru ke kaunter bayaran untuk bayar denda.
Mike tunggu dalam kereta di A&W. Kami bergegas ke Alamanda. Makan kat foodcourt sana. Lepas makan, kami lepak-lepak kat luar menikmati 'udara segar' sambil berborak. Lepas tu terus kami balik ke rumah. Sampai sekarang aku dok lepak-lepak depan PC dan TV. Apa aku nak buat ye malam ni. Esok dah ke pejabat...
No comments:
Post a Comment