Hari ni merupakan hari pertama aku memulakan kerja untuk tahun 2010. Penat juga hari ni. Selain mulut aku penat bercakap (sampai satu masa rasa macam malas dah nak buka mulut), habis badan aku rasa penat. Ngantuk jangan cakaplah.
Pagi tadi aku tido pukul 3am lebih, entah apasal lah mata ni berat sangat nak tido. Bila aku dah dapat nak tido, tak lena pulak jadinya. Dah memang jadi perkara bisa pulak kalau aku tido lepas pukul 3am aje, semua posisi tido tak sesuai, tak lena jadinya. Bila nak tido awal, mata ni pulak gatal tak ngantuk. Aduhhh...nak tido pun susah.
Minggu ni aku dah mula oncall. Jadi macam aktiviti biasa, aku bangun awal untuk pi kerja. Sebelum tu aku pastikan rumah dah kemas (walaupun masih bersepah) dan berada dalam keadaan selamat (sebab seminggu aku nak kena tido kat forensik ni). Segala barang-barang dalam peti sejuk aku pastikan dah kosong, sampah dah buang dan yang paling pentingnya Notebook aku ni kena cukup segala wayarnya. Kalau tak cukup maunya aku garu kepala tak tau nak buat apa nanti dok kat forensik.
Pagi ni selamat jalan tak berapa sesak. Walaupun aku bangun pukul 6am, aku keluar rumah jam 7.30am, tak teringat pulak aku, orang dah mula kerja hari ni. Memang nasib aku baiklah sebab jalan tak berapa sesak. Pagi ni bila sampai pejabat, aku kemas barang dulu.
Hari ni ada 3 orang Houseman dan 9 orang student MSU batch 2 kumpulan 1 lapor diri(patutnya 11 orang, yang 2 lagi tak dapat datang hari ni). Macam biasalah pagi ni aku kena bagi orientasi. Disebabkan perut aku lapar dan tido tak cukup, jadi terpaksalah budak-budak tu dengar aku membebel pagi-pagi buta ni pasal jabatan. Apa-apa pun selamat datang kepada korang dan cuba lah buat yang terhebat untuk habiskan posting forensik ni. Sekurang-kurangnya korang dah dapat dedahan awal pasal jabatan aku ni sebelum korang melangkah ke dunia perubatan yang 'nyata'.

Tengahari tadi aku baru jamah makanan. Kiranya pagi tadi aku tak sarapan. Tak best lah, kue tiow goreng yang diaorang beli kat cafe. Rasa melekit-lekit. Ramai tak makan. Aku memanglah lagi tak makan, tapi lapar punya pasal telan jugalah. Tengahari tadi sayang singgah hantarkan burger Carl's Jr. Baru malam tadi aku makan. Tak sempat nak makan petang tadi.
Petangnya semua kes selesai hampir jam 6pm. Aku ambil kesempatan untuk rehat seketika. Tumit aku dah berdenyut gila tadi. Nak tido memang tak dapat. Apa taknya, telefon aku ni asyik berbunyi aje. Mengalahkan wonderpet pulak gamaknya. Nak aje aku matikan telefon ni, geram. Jadi terkebil-kebil mata aku memandang siling. Dapat tinggikan kaki pun dah selesa. Malam tadi ada pulak waris call nak tuntut body. Lepas tu ada pulak kes baru bertambah. Satu kes dari wad dan satu lagi kes postmortem untuk esok. Kiranya esok ditambah tolak ada 3 kes pakar. Teruklah aku bila memulakan tahun baru ni dengan kes yang bertimbun. Sengsara hidup jawabnya. Oklah aku nak main Fish World kat Facebook kejap. Lepas ni aku nak layan rehat kejap sebelum budak-budak aku panggil untuk settle kan kes. Adios...
No comments:
Post a Comment