15 March 2010

Hari ni...

Pagi ni aku bangun jam 6am. Mengantuk gila, mata malas nak bukak. Aku kunci jam untuk bangun jam 6.30am pulak (sempat lagi sambung tido walau setengah jam pun). Bila bangun paksa relalah nak celikkan mata. Nak tak nak kena kemas barang sebab aku nak oncall hari ni. Keluar dari rumah jam dah pukul 7.30am. Sempat lagi lap kereta dan tengok enjin. Selamatlah jalan tak sesak pagi ni. Dapatlah aku memandu secara kuak santai...hehehe...
Bila sampai ofis selamatlah tak ada kes. Jadi sepanjang hari ni membosankan sebenarnya. Perut aku pulak tak berapa sedap. Nak kata sakit pun tidak, nak kata tak sakit pun tidak. Entahlah apa ayat yang sesuai aku nak gunakan pun aku tak pasti. Yang yakinnya perut aku cukup tak selesa.
Hari ni Jemang dan Haji cuti. Hampeh...dua-dua pulak cuti serentak. Jemang aku tak kisah sangat kalau dia nak cuti. Tapi Haji ni, dia orang penting. Apa-apa pun jangan lah orang tanya pasal dia, bosan nak menjawab. Aku sebenarnya selesa kerja sorang-sorang macam ni. Tak ada gangguan. Rasa aman keadaan sekeliling walaupun sunyi sikit.
Bila aku fikirkan balik, apa aku nak buat untuk mengelakkan kebosanan hari ni? Jadi aku pun bagilah talk pasal pengendalian spesimen kat student UiTM. Rasanya cakap punya cakap dekat satu jam lebih juga bercakap. Nampak sangat aku ni banyak berbual. Entah student tu faham ke tidak, aku pun tak tahu. Mintak-mintak diaorang faham. Korang tak faham tanya dengan aku ok...
Hari ni juga ada dua orang Houseman dari Hospital Kajang datang buat attachment kat dept aku. Pandangan pertama aku untuk diaorang; kosong pasal forensik. Macam kebanyakan Houseman dari Kajang semuanya berperangai pelik. Pelik maksudnya dari segi sikap. Aku pun tak tahu bagaimana diaorang dididik sepanjang posting kat hospital Kajang? Macam mana cara pergaulan diaorang kat sana? Berbeza dengan Houseman dari Hospital Serdang atau Hospital Putrajaya. Nak cakap lebih-lebih pun ini pandangan awal aku aje. Orang kata tak kenal maka tak bercakap. Lepas berbual dengan diaorang, barulah dapat tahu perangai dan cara diaorang bekerja. Malas aku nak komen pasal diaorang. Kang kata aku ngumpat pulak. Apa yang pasti mata kita cukup tajam untuk memerhati, tapi hati kita tidak layak untuk menghukum diaorang untuk hari pertama ni.
Tengahari tadi student-student belanja makan nasik bungkus. Allah...thanks lah sebab belanja makan. Insyallah rezeki korang bertambah, amin... Petangnya aku bagi Houseman periksa tulang. Adalah sikit-sikit aku tolong diaorang. Selanjutnya aku mengadap facebook aku aje petang tadi. Bosan gila, nak tido tak lalu sebab perut aku masih tak selesa. Sayang call ajak ngeteh. Sorry lah sebab tak dapat keluar.
Malam tadi aku keluar jam 9.30pm nak jumpa Abang Marol dan Jaki kat Kajang. Abang Marol datang bercuti ke sini dari Terengganu. Jaki setakat tinggal kat sini aje (walhal dia tinggal kat Kajang pun aku jarang jumpa dia). Ini dah alang-alang keluar seronok juga jumpa diaorang. Dah lama tak borak-borak kosong. Macam kat kolej dulu. Rindu gila zaman kolej.
Asalnya janji nak jumpa kat Sate Kajang. Jadi aku pun tunggulah hampir 1 jam. Lepas tu diaorang ubah lokasi kat Perantau pulak. Hampeh...tapi sebab dah lama tak jumpa, tak ada hal lah. Memang rindu gila dengan kawan-kawan lama. Harap pun dapat jumpa diaorang semula satu masa nanti.
Ok aku nak tido lah. Mata dah berat dah ni. Kes postmortem esok ada 3. Habislah esok, mesti penat. Mintak-mintak dapat habiskan sebelum tengahari. Petang dapat lah rehat, insyallah...

28 January 2010

Hari ni...

Pagi ni ada dua kes postmortem. Aku tak kisah sangat sebab biasalah setiap hari kena buat postmortem. Yang nak aku story hari ni tentang kes mayat kat jabatan aku kena curi. Kena curi?
Ceritanya macam ni...(sambil mengeluh panjang). Pagi tadi adalah satu kes ni, selepas selesai buat postmortem terus kami letak jenazah tu dalam bilik mandi kapan untuk waris uruskan. Tetiba suasana depan kaunter yang penuh dengan waris jadi sunyi aje. Bila diselidik rupanya van jenazah dah bawak keluar jenazah tu tanpa kebenaran dari pihak jabatan. Aku sebenarnya tak berapa sihat hari ni, jadi aku malas nak 'bising-bising' sangat. Pada fikiran aku cukuplah sekadar call ketua pengawal dan maklum serta siasat benda ni, mana berlaku kesilapan. Sepatutnya dokumen seperti Permit Menguburkan serta dokumen-dokumen lain ditunjukkan kepada pak guard sebelum boleh melepasi pintu pagar. Ini sebaliknya pulak berlaku, guard yang jaga pintu pagar lepas sesuka hati aje.
Kes ni mulanya aku malas nak besarkan. Tapi bila Big Boss dah tau terpaksalah aku ikut prosedur. Report Polis dan kronologi kes terpaksa aku hantar esok pagi. Aduh...malas gila aku nak buat benda-benda tu semua. Kerja yang ada pun belum habis, ditambah pulak dengan kerja lain pulak.
Yang nak aku jadikan isu juga adalah sikap biadap pemandu van jenazah tu. Petang tadi lepas jenazah selesai dikebumikan, waris dia datang jumpa aku (lebih kurang 2 jam lepas mayat disyaki hilang). Dia datang bersendirian. Aku pada masa tu masih bertolak ansur lagi, dan waris dia pun faham dengan situasi. Apa yang aku nak adalah pemandu van tersebut perlu hadir bersama van jenazah yang dibawanya supaya aku boleh catatkan nombor van dan pemandu van tersebut perlu tandatangan dalam borang pengendalian mayat. Kemudian aku boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada waris. Bunyinya senang kan?
Tapi apa pemandu tu buat korang nak tahu. Dia persoalkan balik tentang prosedur yang telah jabatan aku guna pakai selama ni. Dan dia masih menegakkan lagi kewajaran dia bawa 'lari' mayat aku tanpa kebenaran. Yang aku kesalkan tu, dia ni bukannya pemandu van, dia cuma mekanik di UKM. Dia memandu van jenazah UKM dan membawa nama UKM bila berurusan dengan aku. Seperti samseng dia terpekik terlolong lepas meninggalkan kaunter dan menunjukkan kehebatan dia memandu dengan laju (lagak macam orang kemarahan lah kiranya).
Aku ni pun berpangkat rendah aje dalam kerajaan tapi aku masih ada budi bahasa bila berurusan dengan orang. Apa salahnya mengucapkan perkataan MAAF dan BERTERIMA KASIH dalam pertuturan. Kan lagi sopan dan lebih mesra. Ini terpekik terlolong macam orang gila, ini ke dikatakan melambangkan sikap staf yang bekerja di sebuah universiti? Aku dah cukup bersopan hari ni, dah lah aku kurang sihat. Dia pulak mungkin nampak aku ni lemah sangat rasanya. Dia nak pijak kepala aku kot. Kalau korang apa rasanya bila ada orang cakap " Kalau tak tau prosedur, baik jangan kerja. Ramai lagi orang kat luar sana nak kerja". Aku memang tak tahan sekejap tadi, nak aje aku sepak mulut dia yang lancang tu.
Tapi disebabkan aku bersikap profesionalisme...chewahhh..., aku ada pendekatan aku sendiri. Petang tadi aku dah dapatkan nombor bahagian Sumber Manusia UKM, dan esok aku akan laporkan sikap mamat yang berlagak hebat tu. Petang tadi juga aku dah buat laporan polis berkenaan insiden tu termasuk driver tu punya cerita. Aku nak pastikan pihak universiti memohon maaf secara rasmi dan mengambil tindakan tatatertib kat mamat poyo tu. Mudahkan kerja aku? Aku dah kata, aku ni tak jahat, tapi aku mengaku aku ni cukup zalim.
Sepanjang lebih kurang 7 jam kes ni dah berlalu, masih sakit jiwa aku nak mengingatnya. Kalau aku tak kena ingat, macam mana aku nak buat report kes ni. Esok pagi dah nak kena hantar sebab Timbalan Pengarah nak tau cerita. Aku sampai sekarang tak menaip apa pun lagi untuk kronologi kes tu. Kan ni tambah beban kerja jawabnya.
Petang tadi adik-adik student MSU aku ada paper Forensic Med. Soalan apa yang keluar aku tak tahu, tapi pastinya soalan-soalan yang best-best dan power-power belaka. Aku boleh agak sikit-sikit apa yang akan keluar. Ialah soalan ramalan. Tapi aku juga dapat agak mungkin ramai yang terkeliru dengan paper tu. Apa-apa pun semoga korang gembira dalam kekecewaan sebab tak dapat jawab petang tadi. Korang tengoklah berapa tekunnya diaorang merenung lantai, memikirkan masa depan. Hahaha...
Tapi aku nak komen sikit cara budak-budak ni study. Takut rasanya bila tengok cara diaorang belajar. Aku dulu pun exam juga, sempoi aje. Hari last tak adanya aku nak tengok nota dah. Cuma perhatikan nota minda atau nota awan yang aku buat. Itu sudah cukup. Kalau tak sempat juga aku akan buat teknik 'bacaan secara sepintas lalu'. Diaorang punya cara belajar jenis hafalan, bahaya kan? Sepatutnya bagi aku, ilmu yang diolah dari pengalaman diaorang jadikan jawapan. Sebab aku tahu Big Boss pasti keluarkan banyak soalan fakta dan logik akal aje berpandukan gambarajah atau soalan. Jangan bersedih sebab tak dapat jawab, senyum ajelah. Moga-moga korang boleh berjaya juga akhirnya.
Oklah aku nak layan kes dulu, ada kes pulak dari wad Medikal. Nak tunggu kes ni maunya selesai sampai nak dekat jam 12am. Jomlah teman aku oncall...huhuhu...

14 January 2010

Hari ni...

Hari ni menag saja aku bangun lambat. Sebab semalam Timbalan Pendakwa Raya (TPR) kata mungkin aku akan dipanggil antara jam 10am atau 11am. Jam 9am lebih aku dah bersiap. Tetiba aku rasa macam nak call TPR tapi nombor telefonnya pulak tertinggal. Jadi aku pun call lah Insp Polis yang incharge kes ni. Dia kata dengan aku mungkin aku tak perlu ke mahkamah. Jadi aku pun batalkan niat suci aku nak ke mahkamah dan terus bersiap ke pejabat.
Sampai aje pejabat lebih kurang jam 10am. Aku terus sarapan dan buat kerja-kerja lain. Tengah sibuk-sibuk tu tetiba Boss aku call dalam pukul 12pm. Dia serahkan call tu kepada TPR. TPR kata kenapa tak sampai lagi, jadi aku pun berilah alasan yang Insp Polis tu kata aku tak perlu ke mahkamah. Dia arahkan supaya aku datang dengan segera. Aku ni pun tanpa banyak tanya terus menuju balik ke rumah, nak salin baju dan ajak Mike teman aku ke mahkamah. Sampai aje mahkamah lebih kurang 15 minit lagi sebelum mahkamah ditangguhkan rehat tengahari.
Bila TPR keluar aje dari kamar mahkamah dia terkejut tengok aku dah sampai. Dia kata kalau tak Boss aku dah boleh buat pengecaman untuk aku. Tapi nak buat macam mana, mahkamah dah berehat. Masa masuk semula ke mahkamah adalah jam 2.15pm. Jadi aku lepak minum dengan Mike kat A&W. Jam 2pm aku bergegas semula naik ke bangunan mahkamah. Tunggu punya tunggu hakim tangguhkan lagi. Penolong mahkamah kata hakim tengahari tadi ada tetamu, jadi sekarang dia keluar pergi makan tengahari.
Mahkamah mula bersidang sekitar jam 3.40pm (apalah lambat sangat, tak menepati masa). Nak buat macam mana dah dia hakim, ikut ajelah. Mula-mula Boss aku dipanggil, kemudian aku dipanggil seketika untuk Boss aku melakukan pengecaman. Tak berapa lama kemudian Boss aku keluar dari kamar mahkamah. Aku pulak dipanggil masuk. Lepas aje aku angkat sumpah dan memperkenalkan diri, hakim persoalkan kenapa aku lambat. Disebabkan kelewatan aku, Boss aku tak dapat balik awal. Dia persoalkan "besar sangat ke aku ni?". Apa aku nak jawab? Dah ni mahkamah, kalau aku terjawab lebih mau nya aku tido lokap malam ni. Puan hakim kata aku telah menghina mahkamah, jadi aku didenda RM100. Aku tak nak mempersoalkan penghakimannya terhadap aku tapi aku cuma nak beri beberapa fakta yang rasanya korang sendiri boleh nilai.
Aku diberitahu maklumat salah oleh Insp Polis yang mengendalikan kes, kemudian aku diberitahu TPR yang dia tak beri arahan pun untuk aku tidak hadir bicara. Aku yang dalam keadaan kelam kabut terus meluru ke mahkamah dan sampai 15 minit sebelum mahkamah berhenti bersidang tengahari (dan aku rasa sempat sekiranya TPR panggil aku untuk dicam oleh Boss aku). Kemudian mahkamah rehat lebih dari masa sepatutnya menyebabkan Boss aku merunggut sebab dia ada janji temu pada 3pm. Bila masuk kamar mahkamah, Puan hakim tak puas hati sebab aku dikatakan punca Boss aku terpaksa tunggu lama di mahkamah.
Petang tadi mood aku hilang dalam mahkamah. Dahlah aku datang sebagai saksi, aku pulak yang didenda. Bila TPR tanya soalan, kadang-kadang fokus aku hilang. Denda tu bagi aku tak lah banyak, tapi tak berbaloi rasanya aku kelam-kabut tetapi didenda. Kalau RM100 tu macam-macam boleh aku buat sebagai orang yang tak berpendapatan besar. Mungkin pangkat aku ni rendah, dan orang berpangkat tinggi mungkin lebih dibela. Petang tadi semuanya berjalan lancar. Semua soalan aku jawab macam biasa. Lepas selesai sidang mahkamah lebih kurang jam 3.50pm, aku meluru ke kaunter bayaran untuk bayar denda.
Mike tunggu dalam kereta di A&W. Kami bergegas ke Alamanda. Makan kat foodcourt sana. Lepas makan, kami lepak-lepak kat luar menikmati 'udara segar' sambil berborak. Lepas tu terus kami balik ke rumah. Sampai sekarang aku dok lepak-lepak depan PC dan TV. Apa aku nak buat ye malam ni. Esok dah ke pejabat...

13 January 2010

Hari ni...

Hari ni aku bangun lewat sikit. Semalam dah tau nak kena pi ke Mahkamah Tinggi Petaling Jaya. Selepas bersiap pagi tadi aku kejutkan Mike untuk teman aku ke sana. Selamatlah dia tahu. Semalam cari-cari juga dalam google maps. Selamat jumpa.
Jalan ke sana ok aje, senang (tapi masih aku tak hafal). Aku tak pernah ke Pataling Jaya untuk melakukan apa-apa urusan. Setakat lalu aje pernahlah beberapa kali. Tapi nak ke Mahkamah di sana lagilah aku tak tahu jalan. Landmark untuk kawasan ini ialah Jambatan California (macam jambatan Pulau Pinang kat Penang bentuknya).

Sampai di mahkamah sekitar jam 9am. Mahkamahnya kecil aje tapi baru. Jalan nak parking sesak. Tiada tempat parking khas dalam mahkamah. Jadi Mike terpaksa turunkan aku di depan mahkamah.

Bila melangkah masuk, ianya tak sesibuk di Mahkamah Shah Alam. Macam tak ada orang aje kat mahkamah ni. Tak ramai sangat orang yang aku jumpa. Bilik Mahkamah Tinggi terletak di tingkat 3. Bila aku sampai kat atas tu terjumpa pulak dengan Sarjan Yusof (Balai Polis Bukit Puchong). Dia ada kes kat Mahkamah Seksyen berkaitan samun.
Aku masuk ke kamar mahkamah, nak serahkan Borang Saman Saksi aku kepada Penolong Mahkamah selepas aku dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya bahawa aku mungkin tidak akan dipanggil untuk hari ini. Aku call Mike cepat, takut dia dah jauh pulak. Lepas borang tu dicop kehadiran aku, aku terus turun dari bangunan mahkamah.
Mike dah tunggu kat A&W, tak jauh dari bangunan mahkamah. Dia tengah breakfast. Selamat dia tak jauh lagi. Aku pun order untuk sarapan sama. Lepas sarapan aku balik ke rumah.
Petang ni ingat nak masuk kerja semula tapi entah apalah yang penat sangat, banyak kali aku tertido dari tengahari tadi. Bangun sesekali jadi mai-mai. Last-last tertido juga. Lepas ni pun aku nak tido juga. Ngantuklah...zzzz...

12 January 2010

Hari ni...

Hari ni bangun awal tapi rasa macam malas nak pi mandi dan nak pi kerja. Entahlah apasal malas gila. Pergi kerja hari ni jam 9am, baru nak keluar rumah. Aku bawak kereta ala-ala nak pi jalan-jalan. Slow makan angin lihat pemandangan sekitar. Bila sampai ofis dah nak dekat 9.30am.
Nak makan sarapan, rasa macam dah kenyang. Jadi aku tangguhkan mulanya, tapi jam 10.30am dah laparlah pulak. Pagi ni sarapan mee hoon goreng. Boleh tahanlah sedapnya (sebab aku suka mee hoon yang digoreng kering).
Pagi tadi sampai-sampai aje sebenarnya Bigg Boss aku kata esok kena ke mahkamah Petaling Jaya. Alamak, kes aku tak study lagi. Kena bicara satu kes bunuh pada tahun 2007. Cuba bayangkan, dah lama punya kes. Manalah aku nak ingat. Sabor aje lah. Aku pulak tak pernah ke Mahkamah Petaling Jaya. Kat mana ya mahkamah tu? Balik ni kena tengok google maps.
Pagi ni selain aku study kes terpaksa aku selesaikan dokumentasi untuk kes minggu lepas. Apalah patutnya dah selesai minggu lepas. Minggu ni aku target nak mulakan projek statistik kematian tahun lepas, dah mula dalam 5% aje. Buku Laporan Bedahsiasat student pun tak siap lagi. Adusss...
Petang tadi dalam jam 2.30pm aku terpaksa dalam rela nak beri orientasi. Entah kenapa aku jadi bosan nak beri orientasi hari ni. Dengan Houseman dan student yang menunjukkan muka yang tak minat untuk mendengar mungkin itu antara faktor yang aku jadi bosan gila nak bercakap (student-student lain yang dah aku beri orientasi pulak menunjukkan minat, apa kes?). Nak tak nak aku kena sampaikan amanah yang aku pikul. Janji orientasi dah aku beri, korang paham ke tak itu terpulanglah. Aku bukan mengajar budak kecil, tak payah aku nak bentak-bentak, menjerit-jerit atau keluarkan rotan. Janji aku punya kerja selesai. Mungkin orientasi ni tak perlu kot untuk diaorang, mungkin objektif diaorang ni datang forensik cuma nak buat postmortem dan blah dari sini secepat mungkin. Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam ni. Tapi entah kenapa aku rasa geram sangat hari ni dengan situasi petang tadi sampai kan aku menaip untuk meluahkannya. Ialah rasa cukup perit bila kita beri ceramah tapi komunikasi dua hala yang aku harapkan hambar. Apa-apa pun suka hatilah labu, janji aku jalankan amanah.
Jam 3pm lebih mesyuarat kualiti untuk jabatan aku bermula. Mesyuarat ni bertujuan untuk menerbitkan bahan rujukan untuk digunapakai dan diaplikasikan secara kualiti dalam perkhidmatan. Aku rasa tenang pulak bila berada dalam mesyuarat ni dari aku beri orientasi tadi. Mesyuarat kali pertama ni membincangkan pengumpulan data untuk pengendalian bedahsiasat. Banyak juga bab-bab yang kena cari datanya. Tak apa, aku seronok. Aku di tugaskan untuk menguruskan bab pengendalian spesimen. Senang tapi padat juga pengisiannya. Bab-bab lain diagihkan tugasan mengikut kemahiran masing-masing.

Ini ada sikit kudapan yang disediakan lepas mesyuarat kualiti petang tadi. Banyak juga aku makan sambil dengar Dr Salmah dan Dr Fatimah berkeluh-kesah. Diaorang bercerita, aku penuhkan mulut dengan makanan dan sekali sekala mengiakan aje apa yang diaorang bualkan. Boleh?
Jam 5pm aku cuba balik awal sebab nak elak hujan. Tapi sikit aje lagi nak sampai kat depan rumah, hujan dah turun lebat. Sabar ajelah. Masuk aje rumah terus kepala aku berdenyut. Aku ni lemah gila dengan hujan. Ingat dengan berbaring bolehlah hilang denyutan sakit tu. Rupanya lagi berdenyut kuat pulak. Aku bangun capai tuala terus mandi. Baru lega sikit. Terlelap sekejap petang tadi, sedar lepas maghrib.
Perut lapar lah pulak. Nak masak malas. Jam 9pm Mike sampai. Aku ajak dia teman aku makan malam ni. Ingat nak lepak kedai mamak Maulana Seri Serdang, tapi jauh sangat (perut dah lapar ni). Nak lepak kat Al Azhwath dah penuh. Last-last lepak kat Bibi Maju dekat dengan 7E Equine. Nasi goreng kampung dia kaw gila pedasnya. Memang best. Nak-nak time lepas hujan. Licin aku makan. Ijat pun ada sekali makan ngan kami. Sambil-sambil tu berbual kosong ajelah.

Balik tadi aku singgah rumah Ijat ambik DVD ni. Saja pinjam. Antara banyak-banyak tu tak sabar aku nak tengok cerita Korea ni (alah kat 8TV tengah main sekarang ni). Apa ke tajuknya pun aku tak tahu? Aku ni kalau korang nak tahu adalah peminat cerita Korea, alah macam orang lain yang minat cerita Hindustan tu. Cuma sejak 4-5 bulan kebelakangan ni aje aku tak sempat nak beli DVD Korea. Selamatlah aku dah ajar Ijat dan bini dia tengok cerita Korea dulu-dulu. Sekarang ni diaorang pun gila dengan cerita Korea. Sekurang-kurangnya ada juga member yang minat cerita Korea. Senang nak tukar pinjam DVD.
Oklah guys, aku nak rehat dulu. Esok nak ke mahkamah. Entah kena panggil atau tidak, tak tahulah aku.

07 January 2010

Hari ni...

Pagi ni aku memang kunci jam untuk bangun awal. Kepenatan melayan kes malam tadi menyebabkan aku tido lena sungguh. Kunci jam 6am untuk bangun, jam 5am aku dah terjaga. Nak tak nak sebelum jam 6am, aku terkebil-kebil mata sambil tarik selimut semula. Layan masa yang ada sebelum jam 6am untuk rehat lagi. Penat-penat macam ni memang best kalau dapat lelapkan mata dan dapat rehatkan badan.
Jam 6am lebih lepas subuh aku selesaikan fail-fail atas meja aku untuk persediaan pagi ni punya kes. Lebih kurang jam 7.30am aku rehat sekejap sebelum aku pi mandi.
Inilah sarapan pagi aku. Mee hoon goreng. Tak bestlah. Rasa macam mee kicap aje. Diaorang ni nak meniaga ke tak nak, macam tak ikhlas aje masak. Dan macam biasalah, sumbat aje dalam perut ni. Tak makan lapar pulak nanti.
Kalau ikutkan malam semalam ada satu kes yang dah daftar secara rasmi. Tetiba ada pulak kes tambahan pagi ni. Kalau ikutkan ada 4 kes hari ni. Yang postmortemnya 2 kes aje. Satu kes tu waris dia tak ada lagi (petang tadi baru waris dia datang, jadi tak sempatlah nak buat postmortem, tangguh esok). Dan satu lagi kes refer dari Hospital Kajang, tak sampai-sampai lagi sampai sekarang (mungkin esok diaorang refer kot).
Esok pulak mungkin 3 postmortem akan dilakukan (kalau malam ni tak masuk kes barulah). Alah penatlah minggu ni. Kenapalah banyak sangat orang mati minggu ni. Apa-apa pun tu lah rezeki aku. Dapat juga duit oncall. Nak mengeluh pun kat mulut aje, hati ni terima aje lah seadanya. Dah itu kerja aku dan ini lah rezeki aku.
Petang tadi lepas jam 1pm dah tak ada kes. Dapatlah aku lelapkan mata sekejap. Petang tadi cuma ada kerja-kerja teknikal aje. Maksud aku, sediakan dan lengkapkan borang dan serah spesimen yang aku dah ambik semalam kepada polis.
Lepas jam 5pm tadi ada 2 kes masuk. Satu postmortem esok dan satu lagi polis keluarkan permit kubur. Aku memang dah tak larat nak layan sangat kes tu. Sementara PPK aku ambik kes baik aku lelapkan mata sekejap. Dah jam 7pm Nuar kejutkan aku untuk release kes. Sebelum tido petang tadi aku rendam mee yang paling sedap kat muka bumi ni. Yummmy...
Inilah makanan aku petang tadi. Call sayang mulanya jam 5pm tadi. Ingat nak ajak dia keluar makan. Call punya call, dia tak angkat. Ingatkan dia dah balik atau sibuk dengan kerja dia kot. Jadi lapar punya pasal, aku pun masak lah meggi ni. Telan ajelah walau pun tak nak makan. Badan aku dah berpeluh dan berketar menahan lapar dari tengahari tadi. Tak tahan rasanya nak berlapar lagi. Ada pulak yang pitam nanti.
Bila Nuar kejut sebelum maghrib tadi, dia kata ada orang belanja McD. Perut aku dah kenyang lah pulak. Mungkin aku makan tengah malam sikit kot. Tapi alhamdulillah ada juga rezeki percuma malam ni.

Petang tadi adalah aku berbual-bual dengan budak-budak student ni. Saja berbual kosong. Tetiba timbul lah isu pasal lemah semangat ni. Bukan lemah semangat untuk teruskan posting ni tetapi lemah semangat bila teringat-ingat semual 'cara dan bagaimana si mati itu menemui ajalnya'. Maksudnya dia sentiasa terfikirkan 'kedatangan maut' setiap masa kiranya dia bersendirian. Kiranya ni menginsafi diri sendiri tapi dari segi negatiflah (pada pendapat aku).

Allah dah bersumpah dalam Quran bahawa "setiap yang bernyawa pasti akan mati". Jadi macam aku pun sentiasa menginsafi diri sendiri tentang kekuasaan Allah untuk mengawal setiap kehidupan. Aku sendiri tak tahu macam mana aku akan mati nanti (insyallah aku sentiasa memohon agar aku dimatikan dalam golongan orang yang mendapat syafaat dan mendapat perlindungan Arash Nya). Kadang-kadang bila melihat mayat yang terbujur kaku depan mata dan sentiasa mengendalikan kematian, benda tu dah macam biasa. Tapi ada juga terdetik kat hati ni setiap kali mengendalikan kes, bila lah pulak tibanya 'masa' aku.

Pada pendapat aku sepatutnya dia menginsafi kematian dari sudut kekuasaan Allah (dari pandangan positif). Mungkin dia lemah semangat juga. Aku ni kalau nak beri nasihat memang tak pandai. Nak beri pendapat dan berkongsi pengalaman boleh lah. Aku dulu pun pengecut gila sebelum masuk ke Jabatan Forensik ni. Timbul juga persoalan, aku nak uruskan orang mati ke? Aku nak 'bergelumang' dengan darah orang yang telah mati ke? Dan satu lagi soalan yang sengsara, aku nak potong orang ke?

Semua benda tu dah terjawab dengan sendiri sekarang. Layaknya aku ada kat forensik ni dah hampir tahun ke 5. Apa yang penting bagi aku sifat ingin membantu 'mereka' secepat mungkin menguruskan apa yang telah tertulis di Loh Mahfuz yang masih tidak diselesaikan di dunia ini. Maksud aku mungkin telah tertulis oleh kalam Allah, selepas si polan ni mati, dia akan di bedahsiasat. Mayatnya pula akan dituntut selepas 3 hari dari tarikh dia dijumpai. Tidakkah ini perjalanan dia yang masih belum selesai yang mana kerja aku adalah membantu jasadnya untuk disimpan dan kemudianya diuruskan oleh keluarga mereka. Kalau tak ada peti mayat dan tempat pengurusan mayat seperti Jabatan Forensik ni, mayat dia nak disimpan di mana? Kalau dah 3 hari, rasanya dah busuk baunya.

Kesimpulan aku untuk adik-adik student yang nak masuk mana-mana rumah mayat. Tanamlah sifat untuk 'membantu' mereka yang dah mati. Keikhlasan dan sifat rendah diri akan membuatkan kita insaf dan kita secara semulajadi akan 'seronok' membantu mereka. Dan seperti biasalah, apa yang kita lihat tentang jasad si mati jangan di simpan dalam fikiran dan jangan mempunyai niat untuk bercerita kepada orang lain. Anggaplah ini ilmu yang tidak semua orang dapat merasainya. Fikirkan kematian itu dari sudut positif dan akui kekuasaan Allah yang mencipta kehidupan dan mematikan ciptaan Nya. Kita yang hidup ni, teruskan menikmati kehidupan seumpama kita hidup 1000 tahun lagi dan ingatkan mati seumpama kita akan mati sesaat aje lagi. Jadi salah satu pekerjaan Allah yang mungkin kita tak dapat campuri adalah bab kematian, maksudnya kita tak tahu bila, bagaimana dan tempat kita mati. Jadi janganlah korang dok rasa diri korang akan dimatikan sekejap. Fikirkan pulak kenapa Allah utuskan kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Kalau korang dah insaf tentang benda tu semua, maknaknya korang bolehlah jadi orang yang berguna untuk jalan agamaNya.

Amboi macam ustaz pulak aku ni. Hahaha... Apa-apa pun inilah kehidupan. Noktahkan setiap persoalan dengan jawapan yang bernas lahir dari akal fikiran yang waras. Jangan ikut mainan hati yang mematikan segala kenikmatan hidup. Hindari syaitan dari meniupkan angin kelemahan dalam hidup. Hidup perlu diteruskan, mati nanti dah tak jadi hal sebab orang lain yang bernyawa pulak akan menguruskan badan kita. Apa yang sepatutnya difikirkan adalah meningkatkan amalan untuk bekalan 'di sana' nanti. Betul tak? Mati semua orang akan mati, junjungan besar kita pun Allah wafatkan. Inikan kita manusia yang penuh dengan dosa.

Yang last sekali aku nak beritahu, tingkatkan 'saham' akhirat. Dari korang dok fikir benda-benda yang boleh melemahkan jiwa baik berusaha untuk kumpul 'harta' akhirat. Korang mesti pernah dengar 3 amalan yang diterima selepas mati tetapi amalannya dilakukan sekarang. Amal sedekah (jadi rajin-rajinlah menderma), ilmu yang dimanafaatkan oleh orang lain (jadi pandai-pandailah berkongsi ilmu, jangan kedekut) dan ketiga doa anak yang soleh (yang ni korang kena kawin dulu, dapat anak, didik anak dengan didikan agama dan bimbing dia untuk berdoa keselamatan dan ketenangan bagi kedua ibubapanya setiap masa).

Oklah aku nak blah dulu, ada kes pulak dari ICU. Lemah aku dibuatnya. Jomlah teman aku layan kes dulu.

06 January 2010

Hari ni...

Hari ni malas gila nak bangun. Penangan penat semalam tak habis lagi. Almaklumlah dah lama tak oncall dan bulan Disember lepaskan banyak cuti. Jadi sikap malas masih ada lagi. Nak tak nak bangun juga lah jam 6.30am tadi. Macam biasalah, pagi-pagi tadi bila bangun kemas dan atur fail yang nak guna pagi ni. Lepas selesai tu baru aku mandi.
Inilah sarapan aku pagi ni. Nasi goreng, lauk paru dan cendawan goreng. Dah si Hairul tak nak makan paru, dia letak kat bekas makanan aku. Haji pun letak juga paru dan Dr Salmah pun letak juga cendawan kat aku. Daripada setakat kenyang terus jadi mengah perut ni bila disumbat makanan punya banyak. Alhamdulillah, itu dinamakan rezeki. Selamat aku makan banyak sebab hari ada 3 kes.
Malas aku nak cerita pasal postmortem yang dah dijalankan pagi ni. Lenguh juga kaki ni berdiri lama-lama. Tangan aku ni dah jadi macam mesin taip, menulis dokumen-dokumen semuanya secara pantas. Semuanya pulak kes yang perlu disegerakan. Macam-macam ragam waris aku kena layan. Semuanya nak cepat. Dan aku sebagai pekerja yang cekap (ewahhh...) terus aje aku diaorang dengan segera.
Petang tadi member aku, Liong hantarkan barang-barang ni. Ada kalender, diari dan tiket Theme Park Time Square. Dia nak jumpa aku dah lama, nak bagi benda-benda ni tapi dia tak ada masa sangat. Apa-apa pun thanks Liong. Tahun ni memang kurang dapat diari dan kalender. Semua nak berjimat ke apa?

Petang tadi aku sempat lelapkan mata sekejap. Nak kumpul tenaga sikit untuk malam ni. Malam ni mula pukul 9pm tadi dah ada keje lagi. Aku terima satu kes yang famili dia tak nak buat postmortem. Panjanglah isu nya esok pagi ni. Kadang-kadang bila timbul isu macam ni terpaksalah kita gunakan komunikasi yang bersesuaian. Di sinilah diplomasi terpaksa diterapkan. Kalau kita berkeras sikit aje maknanya pasti pihak waris tidak akan berpuas hati dengan pihak kita. Jadi alhamdulillah semuanya mintak-mintak selesai malam ni. Azab aku dah lepas setakat ni, esok terserahlah pada polis dan MO aku nak buat macam mana. Jangan timbul kekecohan dah lah. Apa tak risaunya, kebanayakan ahli keluarga si mati ni anggota polis juga. Dan si polis yang keluarkan arahan untuk postmortem tu pun tak nak berkira dengan waris ni. Kesian pun ada kat waris. Tapi dah undang-undang, kenalah ikut. Bila timbul benda macam ni aku sendiri tak boleh buat apa-apa. Dah arahan, postmortem tetap akan dijalankan kecualilah polis keluarkan permit kubur.
Hari ni juga pagi-pagi lagi bebudak student MSU dah kena sound kat Dr Salmah. Apa tak bisingnya dia, bebudak tu tak ambil history untuk setiap kes. Ada yang ambik pun tak lengkap. Dendanya, satu kes diaorang tak dapat tengok. Tak pernah lagi ada group student yang kena halang dari tengok postmortem. Riasu aku dibuatnya. Aku pun pagi ni membebel juga kat diaorang, aku dah ingatkan sebelum ni. Tapi aku ni jenis mengingatkan aje. Harap-harap lain kali diaorang faham. Aku ni pulak bila nak ingatkan diaorang rasanya takut nanti diaorang 'marah' kat aku pulak. Tapi kalau tak ingatkan, marah pulak boss bila tau. Tapi apa-apa pun boleh dimaafkan lagi sebab baru hari ke tiga diaorang kat sini. Jadi mungkin tak sesuai lagi dengan suasana. Apa-apa pun aku harap lama-kelamaan diaorang semua dah mula biasa dengan keadaan kat jabatan aku.
Ok lah aku nak buat kerja sikit. Lepas ni aku nak cuba melelapkan mata. Esok ada satu kes aje. janganlah bertambah malam ni. Amin...

04 January 2010

Hari ni...

Hari ni merupakan hari pertama aku memulakan kerja untuk tahun 2010. Penat juga hari ni. Selain mulut aku penat bercakap (sampai satu masa rasa macam malas dah nak buka mulut), habis badan aku rasa penat. Ngantuk jangan cakaplah.
Pagi tadi aku tido pukul 3am lebih, entah apasal lah mata ni berat sangat nak tido. Bila aku dah dapat nak tido, tak lena pulak jadinya. Dah memang jadi perkara bisa pulak kalau aku tido lepas pukul 3am aje, semua posisi tido tak sesuai, tak lena jadinya. Bila nak tido awal, mata ni pulak gatal tak ngantuk. Aduhhh...nak tido pun susah.
Minggu ni aku dah mula oncall. Jadi macam aktiviti biasa, aku bangun awal untuk pi kerja. Sebelum tu aku pastikan rumah dah kemas (walaupun masih bersepah) dan berada dalam keadaan selamat (sebab seminggu aku nak kena tido kat forensik ni). Segala barang-barang dalam peti sejuk aku pastikan dah kosong, sampah dah buang dan yang paling pentingnya Notebook aku ni kena cukup segala wayarnya. Kalau tak cukup maunya aku garu kepala tak tau nak buat apa nanti dok kat forensik.
Pagi ni selamat jalan tak berapa sesak. Walaupun aku bangun pukul 6am, aku keluar rumah jam 7.30am, tak teringat pulak aku, orang dah mula kerja hari ni. Memang nasib aku baiklah sebab jalan tak berapa sesak. Pagi ni bila sampai pejabat, aku kemas barang dulu.
Hari ni ada 3 orang Houseman dan 9 orang student MSU batch 2 kumpulan 1 lapor diri(patutnya 11 orang, yang 2 lagi tak dapat datang hari ni). Macam biasalah pagi ni aku kena bagi orientasi. Disebabkan perut aku lapar dan tido tak cukup, jadi terpaksalah budak-budak tu dengar aku membebel pagi-pagi buta ni pasal jabatan. Apa-apa pun selamat datang kepada korang dan cuba lah buat yang terhebat untuk habiskan posting forensik ni. Sekurang-kurangnya korang dah dapat dedahan awal pasal jabatan aku ni sebelum korang melangkah ke dunia perubatan yang 'nyata'.
Pagi tadi free tak ada postmortem. Jadi aku habiskan masa dengan orientasi dan tour sekeliling jabatan. Petangnya ada 2 kes postmortem. Lenguhlah kaki aku berdiri, tak laratlah. Sejak dua bulan kebelakangan ni pulak entah kenapa tumit aku ni rasa macam bengkak aje bila berdiri lama. Mungkin ke disebabkan selipar yang aku pakai atau mungkinkah berat badan aku dah bertambah? Alamak...
Tengahari tadi aku baru jamah makanan. Kiranya pagi tadi aku tak sarapan. Tak best lah, kue tiow goreng yang diaorang beli kat cafe. Rasa melekit-lekit. Ramai tak makan. Aku memanglah lagi tak makan, tapi lapar punya pasal telan jugalah. Tengahari tadi sayang singgah hantarkan burger Carl's Jr. Baru malam tadi aku makan. Tak sempat nak makan petang tadi.
Petangnya semua kes selesai hampir jam 6pm. Aku ambil kesempatan untuk rehat seketika. Tumit aku dah berdenyut gila tadi. Nak tido memang tak dapat. Apa taknya, telefon aku ni asyik berbunyi aje. Mengalahkan wonderpet pulak gamaknya. Nak aje aku matikan telefon ni, geram. Jadi terkebil-kebil mata aku memandang siling. Dapat tinggikan kaki pun dah selesa. Malam tadi ada pulak waris call nak tuntut body. Lepas tu ada pulak kes baru bertambah. Satu kes dari wad dan satu lagi kes postmortem untuk esok. Kiranya esok ditambah tolak ada 3 kes pakar. Teruklah aku bila memulakan tahun baru ni dengan kes yang bertimbun. Sengsara hidup jawabnya. Oklah aku nak main Fish World kat Facebook kejap. Lepas ni aku nak layan rehat kejap sebelum budak-budak aku panggil untuk settle kan kes. Adios...