15 March 2010
Hari ni...
28 January 2010
Hari ni...
Yang nak aku jadikan isu juga adalah sikap biadap pemandu van jenazah tu. Petang tadi lepas jenazah selesai dikebumikan, waris dia datang jumpa aku (lebih kurang 2 jam lepas mayat disyaki hilang). Dia datang bersendirian. Aku pada masa tu masih bertolak ansur lagi, dan waris dia pun faham dengan situasi. Apa yang aku nak adalah pemandu van tersebut perlu hadir bersama van jenazah yang dibawanya supaya aku boleh catatkan nombor van dan pemandu van tersebut perlu tandatangan dalam borang pengendalian mayat. Kemudian aku boleh serahkan dokumen yang diperlukan kepada waris. Bunyinya senang kan?


14 January 2010
Hari ni...
Mahkamah mula bersidang sekitar jam 3.40pm (apalah lambat sangat, tak menepati masa). Nak buat macam mana dah dia hakim, ikut ajelah. Mula-mula Boss aku dipanggil, kemudian aku dipanggil seketika untuk Boss aku melakukan pengecaman. Tak berapa lama kemudian Boss aku keluar dari kamar mahkamah. Aku pulak dipanggil masuk. Lepas aje aku angkat sumpah dan memperkenalkan diri, hakim persoalkan kenapa aku lambat. Disebabkan kelewatan aku, Boss aku tak dapat balik awal. Dia persoalkan "besar sangat ke aku ni?". Apa aku nak jawab? Dah ni mahkamah, kalau aku terjawab lebih mau nya aku tido lokap malam ni. Puan hakim kata aku telah menghina mahkamah, jadi aku didenda RM100. Aku tak nak mempersoalkan penghakimannya terhadap aku tapi aku cuma nak beri beberapa fakta yang rasanya korang sendiri boleh nilai.13 January 2010
Hari ni...
Jalan ke sana ok aje, senang (tapi masih aku tak hafal). Aku tak pernah ke Pataling Jaya untuk melakukan apa-apa urusan. Setakat lalu aje pernahlah beberapa kali. Tapi nak ke Mahkamah di sana lagilah aku tak tahu jalan. Landmark untuk kawasan ini ialah Jambatan California (macam jambatan Pulau Pinang kat Penang bentuknya).
Sampai di mahkamah sekitar jam 9am. Mahkamahnya kecil aje tapi baru. Jalan nak parking sesak. Tiada tempat parking khas dalam mahkamah. Jadi Mike terpaksa turunkan aku di depan mahkamah.
Bila melangkah masuk, ianya tak sesibuk di Mahkamah Shah Alam. Macam tak ada orang aje kat mahkamah ni. Tak ramai sangat orang yang aku jumpa. Bilik Mahkamah Tinggi terletak di tingkat 3. Bila aku sampai kat atas tu terjumpa pulak dengan Sarjan Yusof (Balai Polis Bukit Puchong). Dia ada kes kat Mahkamah Seksyen berkaitan samun.12 January 2010
Hari ni...
Petang tadi dalam jam 2.30pm aku terpaksa dalam rela nak beri orientasi. Entah kenapa aku jadi bosan nak beri orientasi hari ni. Dengan Houseman dan student yang menunjukkan muka yang tak minat untuk mendengar mungkin itu antara faktor yang aku jadi bosan gila nak bercakap (student-student lain yang dah aku beri orientasi pulak menunjukkan minat, apa kes?). Nak tak nak aku kena sampaikan amanah yang aku pikul. Janji orientasi dah aku beri, korang paham ke tak itu terpulanglah. Aku bukan mengajar budak kecil, tak payah aku nak bentak-bentak, menjerit-jerit atau keluarkan rotan. Janji aku punya kerja selesai. Mungkin orientasi ni tak perlu kot untuk diaorang, mungkin objektif diaorang ni datang forensik cuma nak buat postmortem dan blah dari sini secepat mungkin. Ini bukan kali pertama aku berhadapan dengan situasi macam ni. Tapi entah kenapa aku rasa geram sangat hari ni dengan situasi petang tadi sampai kan aku menaip untuk meluahkannya. Ialah rasa cukup perit bila kita beri ceramah tapi komunikasi dua hala yang aku harapkan hambar. Apa-apa pun suka hatilah labu, janji aku jalankan amanah.
Ini ada sikit kudapan yang disediakan lepas mesyuarat kualiti petang tadi. Banyak juga aku makan sambil dengar Dr Salmah dan Dr Fatimah berkeluh-kesah. Diaorang bercerita, aku penuhkan mulut dengan makanan dan sekali sekala mengiakan aje apa yang diaorang bualkan. Boleh?
Balik tadi aku singgah rumah Ijat ambik DVD ni. Saja pinjam. Antara banyak-banyak tu tak sabar aku nak tengok cerita Korea ni (alah kat 8TV tengah main sekarang ni). Apa ke tajuknya pun aku tak tahu? Aku ni kalau korang nak tahu adalah peminat cerita Korea, alah macam orang lain yang minat cerita Hindustan tu. Cuma sejak 4-5 bulan kebelakangan ni aje aku tak sempat nak beli DVD Korea. Selamatlah aku dah ajar Ijat dan bini dia tengok cerita Korea dulu-dulu. Sekarang ni diaorang pun gila dengan cerita Korea. Sekurang-kurangnya ada juga member yang minat cerita Korea. Senang nak tukar pinjam DVD. 07 January 2010
Hari ni...


Petang tadi adalah aku berbual-bual dengan budak-budak student ni. Saja berbual kosong. Tetiba timbul lah isu pasal lemah semangat ni. Bukan lemah semangat untuk teruskan posting ni tetapi lemah semangat bila teringat-ingat semual 'cara dan bagaimana si mati itu menemui ajalnya'. Maksudnya dia sentiasa terfikirkan 'kedatangan maut' setiap masa kiranya dia bersendirian. Kiranya ni menginsafi diri sendiri tapi dari segi negatiflah (pada pendapat aku).
Allah dah bersumpah dalam Quran bahawa "setiap yang bernyawa pasti akan mati". Jadi macam aku pun sentiasa menginsafi diri sendiri tentang kekuasaan Allah untuk mengawal setiap kehidupan. Aku sendiri tak tahu macam mana aku akan mati nanti (insyallah aku sentiasa memohon agar aku dimatikan dalam golongan orang yang mendapat syafaat dan mendapat perlindungan Arash Nya). Kadang-kadang bila melihat mayat yang terbujur kaku depan mata dan sentiasa mengendalikan kematian, benda tu dah macam biasa. Tapi ada juga terdetik kat hati ni setiap kali mengendalikan kes, bila lah pulak tibanya 'masa' aku.
Pada pendapat aku sepatutnya dia menginsafi kematian dari sudut kekuasaan Allah (dari pandangan positif). Mungkin dia lemah semangat juga. Aku ni kalau nak beri nasihat memang tak pandai. Nak beri pendapat dan berkongsi pengalaman boleh lah. Aku dulu pun pengecut gila sebelum masuk ke Jabatan Forensik ni. Timbul juga persoalan, aku nak uruskan orang mati ke? Aku nak 'bergelumang' dengan darah orang yang telah mati ke? Dan satu lagi soalan yang sengsara, aku nak potong orang ke?
Semua benda tu dah terjawab dengan sendiri sekarang. Layaknya aku ada kat forensik ni dah hampir tahun ke 5. Apa yang penting bagi aku sifat ingin membantu 'mereka' secepat mungkin menguruskan apa yang telah tertulis di Loh Mahfuz yang masih tidak diselesaikan di dunia ini. Maksud aku mungkin telah tertulis oleh kalam Allah, selepas si polan ni mati, dia akan di bedahsiasat. Mayatnya pula akan dituntut selepas 3 hari dari tarikh dia dijumpai. Tidakkah ini perjalanan dia yang masih belum selesai yang mana kerja aku adalah membantu jasadnya untuk disimpan dan kemudianya diuruskan oleh keluarga mereka. Kalau tak ada peti mayat dan tempat pengurusan mayat seperti Jabatan Forensik ni, mayat dia nak disimpan di mana? Kalau dah 3 hari, rasanya dah busuk baunya.
Kesimpulan aku untuk adik-adik student yang nak masuk mana-mana rumah mayat. Tanamlah sifat untuk 'membantu' mereka yang dah mati. Keikhlasan dan sifat rendah diri akan membuatkan kita insaf dan kita secara semulajadi akan 'seronok' membantu mereka. Dan seperti biasalah, apa yang kita lihat tentang jasad si mati jangan di simpan dalam fikiran dan jangan mempunyai niat untuk bercerita kepada orang lain. Anggaplah ini ilmu yang tidak semua orang dapat merasainya. Fikirkan kematian itu dari sudut positif dan akui kekuasaan Allah yang mencipta kehidupan dan mematikan ciptaan Nya. Kita yang hidup ni, teruskan menikmati kehidupan seumpama kita hidup 1000 tahun lagi dan ingatkan mati seumpama kita akan mati sesaat aje lagi. Jadi salah satu pekerjaan Allah yang mungkin kita tak dapat campuri adalah bab kematian, maksudnya kita tak tahu bila, bagaimana dan tempat kita mati. Jadi janganlah korang dok rasa diri korang akan dimatikan sekejap. Fikirkan pulak kenapa Allah utuskan kita sebagai khalifah di muka bumi ni. Kalau korang dah insaf tentang benda tu semua, maknaknya korang bolehlah jadi orang yang berguna untuk jalan agamaNya.
Amboi macam ustaz pulak aku ni. Hahaha... Apa-apa pun inilah kehidupan. Noktahkan setiap persoalan dengan jawapan yang bernas lahir dari akal fikiran yang waras. Jangan ikut mainan hati yang mematikan segala kenikmatan hidup. Hindari syaitan dari meniupkan angin kelemahan dalam hidup. Hidup perlu diteruskan, mati nanti dah tak jadi hal sebab orang lain yang bernyawa pulak akan menguruskan badan kita. Apa yang sepatutnya difikirkan adalah meningkatkan amalan untuk bekalan 'di sana' nanti. Betul tak? Mati semua orang akan mati, junjungan besar kita pun Allah wafatkan. Inikan kita manusia yang penuh dengan dosa.
Yang last sekali aku nak beritahu, tingkatkan 'saham' akhirat. Dari korang dok fikir benda-benda yang boleh melemahkan jiwa baik berusaha untuk kumpul 'harta' akhirat. Korang mesti pernah dengar 3 amalan yang diterima selepas mati tetapi amalannya dilakukan sekarang. Amal sedekah (jadi rajin-rajinlah menderma), ilmu yang dimanafaatkan oleh orang lain (jadi pandai-pandailah berkongsi ilmu, jangan kedekut) dan ketiga doa anak yang soleh (yang ni korang kena kawin dulu, dapat anak, didik anak dengan didikan agama dan bimbing dia untuk berdoa keselamatan dan ketenangan bagi kedua ibubapanya setiap masa).
Oklah aku nak blah dulu, ada kes pulak dari ICU. Lemah aku dibuatnya. Jomlah teman aku layan kes dulu.
06 January 2010
Hari ni...
Malas aku nak cerita pasal postmortem yang dah dijalankan pagi ni. Lenguh juga kaki ni berdiri lama-lama. Tangan aku ni dah jadi macam mesin taip, menulis dokumen-dokumen semuanya secara pantas. Semuanya pulak kes yang perlu disegerakan. Macam-macam ragam waris aku kena layan. Semuanya nak cepat. Dan aku sebagai pekerja yang cekap (ewahhh...) terus aje aku diaorang dengan segera.
Petang tadi aku sempat lelapkan mata sekejap. Nak kumpul tenaga sikit untuk malam ni. Malam ni mula pukul 9pm tadi dah ada keje lagi. Aku terima satu kes yang famili dia tak nak buat postmortem. Panjanglah isu nya esok pagi ni. Kadang-kadang bila timbul isu macam ni terpaksalah kita gunakan komunikasi yang bersesuaian. Di sinilah diplomasi terpaksa diterapkan. Kalau kita berkeras sikit aje maknanya pasti pihak waris tidak akan berpuas hati dengan pihak kita. Jadi alhamdulillah semuanya mintak-mintak selesai malam ni. Azab aku dah lepas setakat ni, esok terserahlah pada polis dan MO aku nak buat macam mana. Jangan timbul kekecohan dah lah. Apa tak risaunya, kebanayakan ahli keluarga si mati ni anggota polis juga. Dan si polis yang keluarkan arahan untuk postmortem tu pun tak nak berkira dengan waris ni. Kesian pun ada kat waris. Tapi dah undang-undang, kenalah ikut. Bila timbul benda macam ni aku sendiri tak boleh buat apa-apa. Dah arahan, postmortem tetap akan dijalankan kecualilah polis keluarkan permit kubur.04 January 2010
Hari ni...
Pagi tadi free tak ada postmortem. Jadi aku habiskan masa dengan orientasi dan tour sekeliling jabatan. Petangnya ada 2 kes postmortem. Lenguhlah kaki aku berdiri, tak laratlah. Sejak dua bulan kebelakangan ni pulak entah kenapa tumit aku ni rasa macam bengkak aje bila berdiri lama. Mungkin ke disebabkan selipar yang aku pakai atau mungkinkah berat badan aku dah bertambah? Alamak...29 December 2009
Hari ni...
Hari ni pulak entah apa kerja yang aku buat. Aku pun tak tahu. Cuma aku habiskan sikit-sikit projek aku yang tergendala. Petang tadi aku balik awal, jam 3.30pm lebih aku dah blah. Bukannya apa, mulanya ingat nak balik betulkan kereta, tapi bila tengok masa yang macam tak berapa cukup, aku batalkan niat tu. Aku call Mike minta tolong ambik aku. Balik terus terlelap pulak depan PC.
Ini kali pertama aku masuk IB. Sebelum ni berminat juga untuk mengikuti pementasan teater tapi masa aje yang tak ada. Bila dah ada peluang ni seronok pulak rasanya. Dengar dan lihat dalam TV aje sebelum ni dengan kehebatan IB. Tapi malam ni aku sendiri merasai kehebatan IB.
Gema Zafana berkaitan dengan zapin dari negeri Johor. Siapa yang tak tahu tarian zapin (maksud aku mesti korang pernah dengar). Dan aku secara langsung (waktu zaman sekolah dulu-dulu lah) terlibat dalam tarian zapin. Masa tingkatan 4 aku adalah penari dan bila naik ke tingkatan 5 aku dah jadi jurulatih. Dan adalah serba sedikit gerak-geri zapin yang masih aku ingat, almaklumlah dah sedekat aku meninggalkan zaman persekolahan.

Malam tadi persembahan bermula tepat jam 8.30pm dan berakhir jam 11.40pm. Balik tadi singgah sekejap kedai mamak kat Serdang. Pesan tosei rawa tapi tak sedap lah pulak malam ni dia masak. Rasa lemau aje. Lepas tu hantar sayang balik semula ke pejabat sebab kereta dia park kat sana.25 December 2009
Hari ni...
Pagi ni aku bangun awal tapi lepas subuh sambil-sambil tengok tv tu aku terlelap semula. Best pulak tido. Bangun secara rasminya lepas pukul 12pm. Adalah juga tersedar sekali sekala sebab nak tengok tv. Tengahari tadi Mike masakkan meggi goreng ni. Makan ajelah apa yang ada, nak keluar malas.
Petang tadi aku tak tahu nak buat apa, adalah sekali sekala aku mengemas rumah. Kadang-kadang dok mengadap PC ni, download cerita sambil-sambil tengok tv. Tapi petang tadi aku dok habiskan masa buat benda ni (dalam gambar kat bawah). Dulu aku ada beli perhiasan gantung-gantung ni (ada limau, lemon, strawberry dan kacang). Aku cantumkannya sekali, jadi senang bila nak gantung nanti. Ingat nak gantung kat dapur.
Malam ni aku makan kat kedai mamak rasmi aku. Macam biasalah, makan mee goreng mamak dan milo ais. Lepas makan terus balik.24 December 2009
Hari ni...
Pagi ni sampai-sampai aje aku sarapan dulu, best gila makanan pagi ni. Mee soto. Makan tak tengok sekeliling dah. Best sangat.
Petangnya sekali lagi aku makan soto nasi impit. Ada lebih punya pagi tadi. Adalah rezeki aku petang tadi nak makan. Yang pastinya memang best makan petang tadi.
Petang tadi aku terbaca diari student UCSI tentang hari pertama diaorang kat sini. Macam-macam komen aku terbaca. Sebenarnya jarang aku ada masa nak baca diari student. Jangan korang salah sangka pulak, diari ni bukan rahsia macam diari peribadi. Diari ni adalah catatan harian diaorang kat sini. Bukti dokumentasi ini adalah antara perkara wajib diaorang lakukan untuk lulus posting kat jabatan aku. Siapa-siapa yang dah pernah posting kat jabatan aku, diaorang fahamlah apa tu diari student.



Dan ini komen yang membuatkan aku tergelak tetiba. Korang bacalah sendiri.
Petang tadi aku singgah jumpa sayang. Dia call kata gambar tunang hari tu dah siap. Apalah punya lama baru siap gambar tunang tu. Keseluruhan gambar yang aku tengok tu tak berapa best. Rasa kurang seni lah jurukamera nya. Tak ada unsur 'wow' dalam gambar tu. Selamatlah dalam banyak-banyak tu ada beberapa gambar yang ok. Yang lain biasa-biasa aje.
Lepas makan kami singgah ke bank sekejap sebab aku nak keluarkan duit dan ambil cermin mata baru aku. Inilah cermin mata baru aku yang berharga RM1020. Sesuailah harganya untuk penglihatan yang lebih selesa. Baik beli benda yang berkualiti untuk mata aku ni, kalau tak jaga elok mau buta pulak nanti.
Lepas ambil cermin mata kami singgah beli DVD sekejap. Inilah antara DVD yang aku beli.
Lepas beli DVD aku teman Mike mencari Citi Bank. Punyalah jauh sampai ke KL malam ni aku berjalan. Banyak kali aku menguap dah. Ngantuk sangat.17 December 2009
Kalamullah...

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.12 December 2009
Hari ni...


Lepas makan jadi kenyang dan penat pulak. Entah pukul berapa entah, aku terlelap semula. Penat dan ngantuk sangat. Sedar-sedar dah jam 6.30pm. Menggeliat ala kadar, sambung tengok tv. Dah jam 7pm aku mandi, bersedia nak keluar pi shopping kat Jusco. Nak beli barang dapur sikit untuk adik aku yang akan datang isnin ni. Kesian pulak tak ada makanan dalam peti sejuk. Apa pulak dia nak makan nanti? Dahlah minggu depan aku oncall, dia pulak nak duduk seminggu kat rumah aku. Baik aku sediakan makanan untuk dia masak sendiri nanti. Kesianlah pulak nak suruh dia keluar beli makan. Dahlah aku tak mungkin akan balik bila time oncall.
Lepas singgah Jusco aku dan Mike singgah makan kat kedai mamak. Malam ni aku pesan mee goreng mamak. Tak tahu dah nak makan apa. Jadi blur dah pasal makan ni. Layan ajelah apa-apa pun, asalkan kenyang perut ni sudahlah.
Lepas makan kami ke Pasar Borong Selangor pi beli daging, sayur sikit dan udang. Esok ingat nak masaklah. Almaklumlah dah lama dapur aku tak berasap. Jadi nak try-try lah memasak semula. Sedap atau tak, belakang kira. Asal makan.
23 November 2009
Hari ni...
Makanan untuk majlis kawin kat Selangor ni kadang-kadang pelik juga aku. Ialah, makin kekampungan. Maksud aku, kebanyakan majlis yang aku pergi tak ada dah hidangan biasa-biasa macam dulu. Ataupun itu memang makanan dah dalam menu yang tukang masak berikan. Entahlah, tapi bagi aku memang sesuai dengan selera aku (aku ni apa pun makan, hahaha...). Ada gulai nangka, pajeri nangka, gulai rebung, rendang daging, ayam goreng, acar buah, nasi putih dan nasi tomato (kalau aku tak silaplah). Macam makanan biasa-biasa aje kan? Tiap-tiap hari kedai makan mana-mana pun ada jual. Tapi sedap juga. Aku ni bab komen pasal makan memang nombor satu. Komen tau, masak tak tau. Hahaha...
Apa-apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru untuk Aishah dan Amirul. Semoga mahligai yang korang bina insyallah akan bertahan dan kekal selamanya. Ucapan ikhlas dari aku yang akan mengikuti jejak korang bulan Mac tahun depan. Huhuhu...
Petang tadi selepas kenduri kepala aku berdenyut. Sakit kepala sungguh sebabnya kena hujan. Aku ni kan pantang kena hujan. Mulalah kepala berdenyut. Sampai rumah aje lepas zohor terus terlelap. Sakit kepala punya pasal. Jam 5pm aku terjaga sebab hospital call. Ingatkan ada kes rupanya operator nak semak semula siapa yang oncall hari ni. Jadi keliru sikit sebab Jemang tak tukar nama oncall hari ni. Aku ganti dia hari ni untuk cuti yang aku ambik minggu lepas ke konsert Siti.Malam ni hati aku tak sedaplah pulak. Tulah pasal aku ambil keputusan nak over night kat hospital malam ni. Pertamanya tadi kredit aku dah habis, jadi aku nak keluar beli kredit. Duit pulak tak ada. Bila sampai ke mesin ATM, ada ke patut duit RM10 aje yang ada. Tebal beg duit aku dengan note RM10. Gila... Apa-apa pun oklah sebab dapat beli prepaid. Oklah aku layan menaip esoklah pulak. Aku nak tengok kes tadi dulu.
21 November 2009
Hari ni...
Aku pun layan lah buat kerja depan PC dan sambil-sambil tu tengok tv. Ingat nak kemas rumah, malas lah pulak. Sedap kalau malas-malas kan diri hari ni. Terlelap jugalah sekejap tengaharinya. Bangun semula sebab Mike call kata malam ni ni nak datang tido kat rumah aku. Lepas tu aku pun layan mengadap PC semula.
Malam tadi Mike datang nak bermalam kat rumah aku. Aku pulak dari tadi main-main edit konsert Siti Nurhaliza hari tu. Dah selesai konsert tu aku edit. Nanti aku maklumkan link ke Youtube aku kat korang bila aku dah upload kan. Lecehlah nak upload, lambat gila. Kepada sesiapa nak video konsert tu, datang sendiri jumpa aku. Bawa thumbdrive aje yang berkapasiti 2GB. Free aje aku bagi. Oklah aku nak edit lagi ni. Mata aku pun dah ngantuk melayan PC ni. Nak edit pun susah gila.20 November 2009
Hari ni...
Lepas CME macam biasalah, mesti ada jamuan sikit. Kali ni disebabkan paginya sibuk, jadi CME ditangguh ke petang. Jadi bersesuaianlah untuk minum petang. Time hujan-hujan pulak tu.

Petang ni aku balik jam 5.15pm. Kena balik awal sebab risau jalan sesak. Selamatlah jalan belum sesak lagi. Sampai rumah terus baring. Nak tido sayang marah sebab takut aku terlepas maghrib katanya. Jadi aku baring-baring dan lepas ni aku nak membuta. Nak bayar tido tertunggak aku dalam 2 hingga 3 hari ni. Siapa nak join aku tido, jom. Zzz...



